BAB 10

Romance Series 9975

Sudah 1 jam setengah Harriz pengsan belum ada tanda-tanda yang Harriz akan sedar. Trisya yang masih menangis di dalam pelukan ibu mertuanya. Yang lain masih setia menunggu diruang tamu. Ibubapa Trisya pun ada di rumah Tengku Esmail.

"Bonda, Mama kenapa Harriz belum bangun. Harriz cedera parah ke." Tanya Trisya dalam keadaan menangis.

"Tak ada la kan tadi Doktor Nazri dah bagitahu yang angah pengsan biasa ja. Kejap lagi bangun la tu. Dah berhenti la menangis." Balas Tengku Ratna. Datin Nur hanya sekadar menganggukkan kepala.

Tiba-tiba terdengar suara mengerang kesakitan semua yang ada diruang tamu terus pandang pada Harriz. Pelahan-lahan Harriz membuka mata Trisya terus berlari duduk disisi Harriz dengan sisa airmatanya. Harriz bangun dan duduk diatas sofa. Harriz melihat sekelilingnya semua ahli keluarganya dan ahli keluarga mertuanya ada di situ.

"Bonda kenapa dengan angah bonda, Kenapa semua ada disini bonda." Soal Harriz sambil memicit belakang lehernya.

"Tadi angah pengsan tu yang kami semua ada disini. Jawab Tengku Ratna sambil melihat Trisya.

"Ni kenapa han menangis ni. Hun sakit sikit je." Tanya Harriz menyeka airmata Trisya.

"Em.. Sebenarnya han nak minta maaf kat hun sebab han, Hun pengsan." Jawab Trisya sambil memegang tangan kanan Harriz.

"Kenapa han nak minta maaf pula ni. apa yang han dah buat." Soal Harriz dengan berkerut dahi.

"Ish.. Angah ni sebenarnya macam ni. Tadi masa angah didapur kak ngah turun untuk minum air tiba-tiba kak ngah dengar bunyi bising didapur jadi kak ngah karate la leher pencuri tu sampai pengsan. Bila kak ngah buka lampu rupa-rupanya pencuri tu angah. Pastu kak ngah panik dan kak ngah menjerit satu rumah dengar suara kak ngah. Pastu along pun angkat la angah kat sini kat 2 jam juga la angah pengsan. Power juga karate kak ngahni. Ha tu la citenye 'THE END'." Terang Haira dengan panjang sekali. Harriz terus memandang Trisya yang sedang menangis dan menundukkan kepalanya.

"Dah tak payah la nak menangis lagi hun dah maafkan han. Lain kali jangan buat lagi dan len kali jangan terlampau berani sangat ye buatnya tadi pencuri betul macam mana." Ucap Harriz dengan nada lembut .

"Tak payah nak risau sangat Harriz sebelum ni pun dia pernah tangkap pencuri yang pernah masuk ke rumah papa. 4 jam kalau tak salah papa pencuri tu pengsan. Polis pun hairan." Ucap Dato Badrul sambil berpeluk tubuh.

Trisya yang mendengar kata maaf dari Harriz terus memeluk Harriz. Lega hatinya apabila mendengar kata maaf itu. Semua yang ada diruang tamu hanya tersenyum melihat pasangan itu. Tengku Ratna mengucap syukur apabila melihat anak dan menantunya mesra sebegitu rupa. Ibubapa Trisya meminta diri untuk pulang. Dan semua naik ke bilik masing-masing Harriz juga masuk kedalam bilik mereka.

"Kuat juga ya karate han ni sampai sekarang masih berasa." Ucap Harriz yang sedang duduk di birai katil.

"Ala maaf la han tak sengaja la. macam papa cerita tadi dulu rumah papa pernah pencuri masuk masa tu han ada dibilik mak tom. Bila dengar bunyi bising mak tom buka lampu rupanya pencuri pastu pencuri tu tangkap dan ikat mak tom jadi masa pencuri tu nak naik tangga han karate la diaorang sampai pengsan. Pastu han panggil mama dan papa, papa pun coll la polis. Pencuri tu pun kena tangkap. Jadi bila mana tadi hun didapur dengan lampu pun tak buka han ingatkan pencuri la han terus karate jela. Maaf hun, Han betul-betul tak sengaja tadi." Cerita Trisya panjang. Harriz hanya mengangguk bila mendengar cerita Trisya.

"Han memang pandai karate ke." Tanya Harriz.

"Ya kami semua ada tali pinggang hitam." Jawab Trisya.

Harriz masuk ke bilik air untuk membersihkan diri 15 minit berlalu Harriz yang hanya memakai bathrobe terus tidur diatas katil. Trisya yang melihat Harriz baring diatas katil dia juga turut baring disebelah Harriz dan kedua-duanya terlelap sambil berpelukan.

"Han hari ni kita balik rumah papa nak tak. Dah lama kita tak balik rumah papa kan." Ujur Harriz yang sedang menonton television yang ada didalam bilik mereka.

"Betul ke ni hun. Nak balik pukul berapa kalau nak tidur sana boleh tak." Tanya Trisya dengan ceria.

"Betul la. Boleh nanti bawa baju kerja hun sekali nanti kita pergi kerja terus dari rumah papa tak perlu nak patah balik. Kita gerak pukul 9 pagi." Balas Harriz.

"Okey la kalau macam tu. Han nak packing baju dulu." Ujur Trisya.

Setelah siap packing baju dan bersiap Trisya terus meletakkan bag pakaian di tepi pintu bilik mereka. Harriz yang sudah bersiap terus mengambil bag pakaian dan berjalan turun tangga bersama Trisya. Tengku Ratna yang sedang duduk diruang tamu melihat anak dan menantunya pelik.

"Aih.. Angah nak pergi mana bawa bag bagai." Tanya Tengku Ratna sambil mendekati anak dan menantunya.

"Ooh.. Nak balik rumah papa. Dah lama tak balik sana isnin lepas kerja kitorang balik sini." Jawab Harriz sambil memberi bag kepada Adha.

"Ha.. Elok la tu nanti kirim salam pada papa mama kamu ya Trisya. Bonda pun dah lama tak jumpa diorang. Last bonda jumpa diorang dua minggu lepas masa angah pengsan. Ujur Tengku Ratna. Trisya dan Harriz bersalam dengan Tengku Ratna dan terus masuk kedalam kereta.

Setelah 50 minit perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah Dato Badrul. Trisya melihat ada kereta kakaknya dan kereta Eusoff pun ada. Hatinya gembira apabila semua ada dirumah papanya. Harriz yang melihat wajah isterinya itu asyik senyum saja dari tadi dia juga ikut senyum.

"Assalammualaikum." Trisya memberi salam apabila sudah ada di depan pintu rumah.

"Waalaikummusalam. Kejap." Jawab seseorang dari dalam bila pintu dibuka Trisya melambaikan tangannya.

"Ya Allah cik Trisya lamanya tak jumpa rindu Mak Tom pada cik Trisya." Ujur Mak Tom.

"Sama la dengan Trisya Mak Tom. Lama tak dengar Mak Tom melatah hehehe.." Usik Trisya sambil memeluk Mak Tom.

"Apa khabar Dato." Ucap Mak Tom sambil mengambil bag ditangan Harriz.

"Ala Mak Tom ni tak payah la nak panggil saya Dato panggil Harriz je." Balas Harriz dengan senyuman. Mak Tom hanya mengganggukkan kepala saja.

"Mana yang lain Mak Tom." Tanya Trisya dengan mata meliar memandang sekeliling rumah.

"Ada di ruang tamu atas. Cik Balqis pun ada." Balas Mak Tom sambil menunjuk keatas.

"Kalau macam tu kitorang naik dulu la ye Mak Tom." Kata Trisya. Terus mereka naik ke tingkat 2. Harriz hanya mengikut Trisya dengan senyuman saja.

"Assalammualaikum semua I'M HOME." Laung Trisya. Semua yang ada diruang tamuitu terkejut.

"Waalaikummussalam." Jawab mereka serentak.

"Ya Allah, Budak ni tak malu pada suami ke duk menjerit telolong macam tu. Haih...." Marah Datin Nur sambil menepuk bahu Trisya. Harriz hanya ketawa apabila Trisya kena marah dengan mertuanya.

"Ala angah rindu la. Tak tahan nak melepas rindu." Kata Trisya dengan muncung mulut.

"Ya la tu, Harriz apa khabar. Trisya ni macam mana ada malas-malas tak kat sana." Tanya Datin Nur kepada menantunya.

"Baik mama. Trisya ni okey je tapi kalau dia merajuk boleh tahan juga ye." Balas Harriz dengan senyuman.

"Ha dia memang macam tu. kali ni merajuk pasal apa pula" Soal Dato Badrul

"Dia nak makan cendol durian tapi dah abis. Esok tu kitorang pergi lagi kedai tu mujur dapat papa, mama tapi ingat bila dah dapat hilang merajuk rupanya eemm.. Masih ada rajuknya." Cerita Harriz panjang.

"La sebab tu ja. Haih.... Kenapa dah ada isi ka." Tanya Datin Nur.

"Huih.. Idok le." Jawab Trisya. Datin Nur hanya mengeleng.

"Along jom." Ajak Trisya dengan menarik tangan Balqis. Balqis hanya menganggukkan kepala dan berlalu pergi. Harriz melihat dengan berkerut dahinya.

"Tu nak p mana pulak ni laki hampa tinggai macam ni ja ka." Ucap Dato Badrul dengan pelat kedah.

"Jap papa kitorang nak pergi ke secaret place jap." Laung Trisya di tangga.

"Secaret Place" Ucap Harriz dan Eusoff serentak.

"Ha kalau Harriz dan Eusoff nak tahu diorang tu ada tempat rahsia iaitu Rumah kecil kat belakang rumah. Siapa pun tak Boleh masuk sebab ada password hanya diorang saja yang tahu." Terang Datin Nur kepada menantu-menantunya.

Trisya sibuk soal siasat kakaknya ketika didalam bilik rahsia mereka. Macam-macam soalan dia tanya. Balqis hanya menjawab ala kadar saja bukan dia tak tahu perangai adik kembarnya itu.

"Satu lagi along soalan ni penting untuk angah,acik,mama,papa and also abang long juga. Along dah ada ke." Tanya Trisya sambil mengangkat kening.

"AA.. Tah la along pun tak check. Setakat ni belum ada tanda-tanda lagi." Jawab Balqis

"Em.. angah pun tak check takut la pula." Ucap Trisya.

Hampir 2 jam mereka dalam tempat rahsia mereka. Akhirnya Balqis dan Trisya keluar dari situ melangkah ke ruang tamu di tingkat dua. Apabila tiba diruang tamu semua sudah tak ada disitu. Trisya dan Balqis terus melangkah ke bilik mereka masing-masing. Bila membuka pintu Trisya melihat Harriz sedang nyenyak tidur.

"Hun bangun. Dah nak masuk solat zohor ni. Hun bangun la." Trisya memanggil Harriz sambil mengguncang bahu suaminya itu. Bila merasa bahunya diguncang Harriz membuka mata perlahan-lahan.

"Ah.. Apa ni hun cepat la dah nak dekat waktu zohor dah nanti kita nak makan lagi." Ujur Trisya lagi apabila Harriz menarik dan memeluknya.

"Ala kejap la rindu la lama tau han tinggalkan hun sampai hati." Ujur Harriz dengan nada merajuk.

"Dah la tak payah la nak merajuk bagai nanti malamkan boleh peluk juga." Ucap Trisya dan berlalu ke bilik air. Harriz yang mendengar hanya tersenyum nakal.

usai solat mereka turun untuk sarapan bersama-sama. Lepas sarapan mereka melakukan bermacam aktiviti. Begitu la keluarga Dato Badrul menghabiskan masa dihujung minggu. Dato Badrul dan Datin Nur turut bahagia bila melihat Trisya dan Harriz mula rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience