Bab16:My Hero

Romance Completed 40304

Kami diikat di bilik di simpanan..Aku tak mampu bergerak seinci pun dalam keadaan ini..Ini semua salah aku..aku tak nak khairil terlibat dalam hal ni dia cuma mahu menyelamatku tapi dia tertangkap pula..

"Maafkan saya Khairil.."

"Takpe..saya yang patut minta maaf sebab saya terleka tadi..jangan risau polis dan Arif dalam perjalanan..Arif dah beri bukti pada polis..jadi kita hanya perlu bertahan je sekarang ni"Aku mengganguk laju..kali ni aku takkan main2 lagi..aku akan pastikan kau tertangkap akhirnya Tengku Riduan..

Tap!!Tap!!!

Tapak kasut makin jelas di telingaku..dan semakin hampir..tu mesti Tengku Riduan di situ..Seperti jangkaan ku dia berada di situ tersenyum sinis kepada kami berdua..di tangannya mempunyai pisau lipat..Ya Allah..Aku harap aku dilindungi begitu juga Khairil..Arif cepat selamatkan kami..

"Wah2 Kau tak nak kahwin ngn anak aku..Kau nak lari pulak..pandai betullah kau ni afrina"

"Lepaskan Khairil!!Dia takde kena mengena pun dalam hal ni!!!Hal ni antara kita berdua..Jadi lepaskan dia!!!"Aku menjerit di seluruh bangunan itu dengan sekuat hati..biarlah aku cedera sendiri daripada orang lain yang disakiti disebabkan aku..

"Kau kata takde kena mengena...oh ya kau tak tahu ya..Maaflah sayang ayah tak bagitau..Kan Khairil??Knp kau nak jadi hero pulak..ayah kan nak bagikan harta kita sama2 nanti"Aku terkejut ngn kata katanya.."Kita??"Aku memandang Khairi ngn kehairanan..dia seperti tahu apa yang aku fikir..

"Ayah sudahlah...tamatkanlah sampai di sini sahaja..Khairil tak nak jadi macam ayah!! Afrina sukakan arif..Khairil tak nak jadi penghalang..Khairil tak nak rosakkan kebahagiaan orang lain lagi!!"Muka Khairil merah padam dan air matanya mengalir..mungkin dia menyesal ngn tindakannya..ya aku memang patut marah dia sekarang ni tapi setiap manusia buat kesalahan..jadi aku maafkan dia..

"Kalau you nak tamatkan..Nanti you jugak yang rugi..tentang arif tu nanti saya jelah yang uruskan"Kelibat alysia di sisi Tengku arif...Dia?!!Dia terlibat sekali..Dia tak serik lagi ke?!!Di penjara..Kau nak masuk sekali lagi?!!

"Alysia!!Sanggup awak pergunakan Arif sekali lagi!!Kau tak tahu ke dia sayangkan kau..aku pun tak boleh tandingi kau..!! Sanggup kau buat begini..hanya sebab harta..Aku takkan bagi korang semua harta tu..Aku takkan bagilah!!!"Alysia hanya ketawa berdekah-dekah mendengar kata kataku..Aku ingat betul dia sudah insaf..atau dia masih cintakan Arif..Rupanya itu hanya lakonan semata mata!!

"Bila masa aku pergunakan dia??Aku takde cakap pun aku masih sayang dia..sekarang ni dia tu dah tergila gilakan kau..Takpelah nanti kalau kau dah kahwin ngn budak ni..aku pun akan dapat juga duitnya nanti.."Aku makin geram dengannya..Afrina kau perlu tabah..sama seperti ayah katakan dulu..

"Korang akan tewas juga akhirnya!!!"Badanku meronta ronta cuba untuk leraikan ikatan itu..tapi aku lemah dan tak berdaya..mungkin sebab aku tak makan..Diorang hanya mengetawakan aku..

"Jadi khairil..kamu nak kahwin ngn afrina sekarang..??"

"Tak nak"

Aku terkejut Tengku Riduan bangunkan dia dan menumbuknya sekuat hati..Ya Allah knp kau terlalu kejam ngn anak sendiri !!!muka Khairil mulai merah dan lebam..

"Tumbuklah walau banyak pun..Khairil takkan kahwin dengan dia!!!Ayh jangan jadikan Khairil hamba macam mak!!Khairil hanya nak mahu kita kembali semula seperti keluarga yang bahagia seperti dulu...Bukan begini!!!"Makin banyak tumbukan yang diterima oleh Khairil..aku tergamam ngn kata katanya..air mataku mengalir deras..Khairil hanya mahu lindungi keluarganya..aku tahu niatnya..

"Disebabkan mak kau ngn kaulah...Aku miskin!!Kalau tak dah lama aku bunuh korang berdua!!!Jadi kau patut dengar cakap aku..!!"Dia membuka pisau lipat nya dan mahu tikam dada anaknya sendiri...Ya Allah selamatkanlah dia ya Allah..aku meronta-ronta mahu pergi ke sana tapi aku diikat ngn kemas..

"Ini polis!!!Jangan bergerak..kamu semua telah dikepung..Letakkan senjata ke bawah..Dan angkat tangan!!!"Aku bersyukur polis tiba pada masa yang tepat..Doaku termakbul akhirnya..Tengku Riduan dan Alysia panik dan cuba melarikan diri tapi diperangkap...Aku harap mereka akan mendapat hukuman yang setimpal ngn apa mereka buat.. tanpa berlengah Aku cepat2 ke arah khairil...aku bersyukur dia tidak diapa-apakan...Mukanya berpeluh-peluh..Dia akhirnya dibawa ke hospital untuk diperiksa..

Aku duduk di tepi menunggu keretaku.. walau badanku sudah sakit2 ni tapi aku tahan..Tiba2 kelibat sekujur tubuh lelaki menghampiri aku..Arif tercungap-cungap menuju ke arahku lalu dia memberikan aku kain untuk lap mukaku..Aku tersenyum manis kepadanya..terima kasih lindungi aku Arif..

"Kau!!!Boleh tak jaga diri kau!!Nasib baiklah aku sempat ke sini..kalau kau cedera teruk macam mana tak ke aku risau..mom aku pun risau tau tak?!!"Aku ketawa ngn tingkah lakunya..dia marah ke atau risaukan aku..Dia masih ngn sikap dinginnya..Takpelah sebab aku memang suka dia begitu..

"Ermm..Tak syoklah sebab Khairil yang hero selamatkan saya..awak panggilkan polis je..Knp tak selamatkan saya macam hero..Kata suka saya??"

"Ehh!!Bila masa aku sukakan kau!!Sekurang kurangnya aku selamatkan kau..Ahh Dahlah aku nak balik..balik sendiri!!"Mukanya naik malu..dia berlalu pergi ngn segera..malulah tu..

"Alah..Marah tu sukalah tu!!!"Aku menjerit kegembiraan kepadanya...dia hanya menunjukkan penumbuk ke arahku..Hehe hensemnya dia ni..walau apa pun dia tetap menjadi hero hatiku..Hihi..

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience