Bab18:Alone

Romance Completed 40304

"Jadi kalau aku sukakan kau??Kau terima??"Arif masih memandang aku dan menunggu jawapan dariku...mukaku terpinga-pinga untuk menjawabnya..fikir afrina apa yang terbaik untuk kau..tapi di depan aku ni bala!!Dia takkan sukakan aku walaupun aku cuba banyak mana pun..dia takkan pandang aku..Wajah aku ditunduk..Hampanya tak dapat luahkan perasaan aku sendiri Walaupun sebenarnya aku teringin..

"Cinta tu secara semula jadi akan datang..kalau kau pendamkan macam tu je nanti kau juga akan menyesal.."Aku memandang kembali tepat ke arahnya..dia nampak serius..apa maksudnya??Dia nak merujuk padaku ke??..Dia teruskan pemanduannya tanpa berkata apa-apa..Aku pun hanya diam sahaja..mungkin itu hanya satu helah juga..Sedihnya knplah kau tak boleh katakannya.. mungkin aku tak yakin kalau Arif terima aku seadanya..sebab kalau kena tolak lagi menyakitkan..aku tak nak!!

"Kau tunggu sini..aku nak beli sandwich kat Subway ni..kunci pintu"Arif serta merta keluar dari kereta itu dan menuju ke Subway yang berhampiran dari situ..aku termenung jauh melayan perasaan kecewaku sendiri..herm apalah kau ni afrina kau sukakan dia tapi tak nak mengaku..macam manalah dia nak sukakan kau balik..dari sudut meja di Subway itu kelihatan pasangan yang bergurau senda..aku mengeluh perlahan..kalaulah aku macam tu jugak kan bagus.. Sementara aku melayan perasaan aku sendiri Arif masuk kembali ke kereta itu berserta ngn bungkusan sandwich dari Subway itu..Dia memberikan aku sandwich itu tapi aku tak mengambil..aku pura2 membetulkan tudungku..Dia memaksa lagi..aku tolak..

"Kau dah knp??Merajuk ngn aku ke..Ni yang malas ngn kau ni..dari kecil sampai besar asyik nak merajuk je!!Matanglah sikit..Nah ambil aku belanja!!"Dia mencampakkan sandwich itu ke arah mukaku..Kurang ajar..Dahlah ni makanan kau nak campak2 knp..habis muka aku yang cantik ni..

"Tak payahlah tak boleh letak sini ke!!!Ingat muka saya ni untuk letak makanan ke!!Tuan Arif tak perlu ambil peduli tentang sayalah kalau tuan rasa saya ni hanya beban dalam hidup kau je..Sebab saya ni hanya melepaskan geram je kan?!!macam tu kan kau fikir!!"Aku melepaskan apa yang aku rasa dan membuatkan dia sedikit terkejut..ya aku tak pernah cakap macam ni kat dia..tapi aku sudah hilang sabar..aku menoleh ke kiri dan dia meneruskan pemanduannya..

"Kau demam ke??Macam hari tu..ke.kau tak selalu macam ni ngn aku.."

"Saya masih kuatlah...tadi tu sebab saya geram je..sakit hati tu je!!"Aku masih memandang ke tepi walaupun dia kini asyik memandang aku sahaja..

"Nilah perempuan tak jujur ngn diri sendiri..maksudnya kau memang geram ngn akulah selama ni..hari ni baru kau lepaskan kat aku..Kau ingat aku tak kesah ke tentang kau ke??Aku takkan selamatkan kau atau tanya kau sihat ke tak kalau aku tak risau tentang kau..Knp sekarang ni aku teman kau??..jadi cik afrina kau dah salah anggap tentang aku..aku tak pernah anggap kau beban bagi aku..dan sebagai pelepas geram..aku anggap kau istimewa"Aku tergamam dan terkaku apa yang dia katakan itu..'Istimewa?'..Dia memakai cermin mata gelapnya..dan memandang aku...ngn senyuman manis itu..Apa dah terjadi pada Mr dingin yang aku kenal dulu...Ni bukan Arif!!

"Ehh..ada pulak saya yang istimewa..saya rasa tuan Arif yang demam sekarang ni..T..tuan ingat saya percaya ke apa yang tuan kata tu!!Taklah...saya bukan budak2 lagi tau!!"

"Tak nak percaya sudah..Aku cakap macam tu sebab nak pujuk kau kalau tak sampai ke subuh asyik masam je..Pastu mulut tu muncung macam itik..Nanti orang kata pulak kalau kau merajuk..Pastu salahkan aku yang buat..sebab kau ni kan kesayangan masyarakat yang lain kan??Memanglah tak boleh kena dengki.."Aku mencebik dan aku dah agak itu helah permainannya lagi..dia ni saja nak permainan hati akulah..!!Benci!!..Sikap Dingin tu takkan pernah hilang dalam hati dia tu!!

Beberapa jam kemudian..kami sampai di perkarangan hospital itu..Aku mencari bilik yang ditunjukkan oleh jururawat yang bertugas di hospital itu..Arif hanya mengekori aku di belakang..Aku memberi salam dan membuka pintu ngn perlahan Lahan..terdapat banyak bunga dan buah tangan di atas meja itu...alamak aku lupa nak bawak buah tangan!!Khairil memandang kami dan melambai lambai..aku tersenyum nampaknya dia sudah makin sihat..

"Bro kau dah sihat??Ni buah tangan dari aku...Tak seberapa aku jumpa kat tepi jalan..sorrylah.."

"Engkau..bagi pesakit makanan tepi jalan eh??Apa ah buat kawan macam ni..Hah gadis manis yang berada di situ..marilah ke sini jangan malu2"Aku pelik jugak ngn keakraban Arif ngn Khairil..bila masa diorang jadi rapat ni aku pulak yang malu nak cakap ngn diorang..nak tak nak aku ke sana dan duduk di sisi katilnya..

"Maaflah Khairil tak bawak ap2..sibuk ngn ulang kaji.. peperiksaan nk dekat kan??Hah saya nak tanya bila masa korang jadi tiba2 rapat ni?"

"Takpe saya tau cik afrina sibuk..Arif selalu lawat saya setiap hari sejak tu kita orang jadi kawan..Yelah bosan kan duduk sorang-sorang kat sini"Khairil hanya tersenyum manis padaku..Mukanya masih kacak seperti dahulu..

"Ehem2!!Jangan lupa aku kat sini.."Arif seperti cemburu melihat aku ngn Khairil berbual lama..Alah mr dingin ni kau kan jumpa dia setiap hari..aku baru jumpa hari ni.. bagilah peluang..herm!!

"Hahaha..bila Arif bersuara je afrina monyok..Knp ??Kau Arif buli afrina lagi eh..kesian dia kau kata kau..."Semasa Khairil mahu meneruskannya Arif terlebih dahulu menutup mulutnya..dan membisikkan sesuatu..Alah buat apalah kau nak bisik pulak..macam aku ni orang jahat pulak..

"Sebenarnya afrina Arif kata yang dia..."

Krek!!!Krek!!!

Belum sempat Khairil menyambung kata katanya..pintu dibuka ngn luas..aku tak menoleh..malas ..mungkin kawan Khairil rasanya..

"Arif!!Kau pun ada..Maaflah Khairil saya sibuk..busy..Dah lamanya tak jumpa my bff!!Rindu sangat!!"Suara itu berada di belakang ku..Kendengaran seperti suara seorang wanita..aku masih tidak pedulikan nya..

"Ehh ni sapa pulak..kawan you ke Arif..Hello boleh kita berkenalan"Aku menoleh ke belakang..macam tak sopan pulak kalau aku tak berkenalan tapi mataku terbeliak wanita yang berada di depanku..Whattt!!!!!

"Kenalkan nama I Stella..cantiklah you ni..mesti Arif suka kan??..Dapat kawan baru lah nampaknya"Dia memeluk aku tanda persahabatan..oh my..macam mana ni!!!

"Kau jangan ingat kau terlepas..aku dah kata yang aku akn rosakan hidup kau selamanya.. Afrina"Dia bisik kepadaku ngn nada sinis...takut aku dibuatnya..ya Allah apalah dugaan yang kau beri padaku..aku harap aku dapat tempuhinya ya Allah..

"Ni kawan kitorang dari kecik lagi..Stella ni baik orangnya..dialah yang banyak mulut dari kita orang..Kan Arif..dulu orang selalu kata dia ni burung Kaka tua comel..Tapi macam tak kena je..Haha Aku ingat lagi"Aku terpinga-pinga dan seakan tak percaya apa yang aku dengar dari Khairil..kawan sejak kecik?!!Kau kata dia baik..dia nj lagi teruk dari Alysia tau tak!!Arif hanya berdiam diri sahaja..

"Aku tak nak masuk campur..kau boraklah ngn dia..malas aku nak layan..jom afrina"Arif bangun dan menarik lenganku..terkejut aku..main pegang2 je dia ni!!Aku sempat menoleh ke belakang terlihat Stella geram memandangku..dia marah padaku ke atau Arif??Aku masih tak tau..aku nak tahu apa hubungan Arif ngn Stella ni..

"Arif!!Knp ni..kita sekejap je..pergi sana.. Takkan nak balik kesian Khairillah!!"

"Kalau kau nak ke sana kau pergilah!!!Aku tak nak ngn perempuan murahan yang sama taraf macam Alysia tu..Sebab dialah aku tak boleh nak hidup aman sampai sekarang.. sebab dialah cinta pertama aku menghilangkan diri!!!Kau takkan faham kalau kau tak ingat!!"Arif berlalu pergi ngn laju meninggalkan aku di situ sendirian..cinta pertama??Apa yang aku tak ingat..Banyak rahsia yang aku tak tahu ke??tapi Aku agak sedih dia marah begitu sekali..kau kata aku ni bukan pelepas kemarahan kau...tapi kau masih anggap aku begitu..Sampai bila kau nak anggap aku macam ni..Aku dah serik..Ngn permainan kau Arif..

Cinta itu banyak cabaran...kalau kita bertahan..pasti cinta itu akan tercapai jua suatu hari nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience