Hujan yang turun selebat lebatnya tapi tidak seperti hati afrina yang dingin seperti salju..hatinya masih tidak boleh terima kenyataan yang ayahnya Danial Ariffin sudah tiada dalam hidupnya..hidupnya sunyi tanpanya..air mata makin laju di pipi..Mengapa dia tiada
hidupnya..hidupnya sunyi tanpanya..kenapa dia harus menerima semua ni??Dugaan baginya terlalu besar..tapi dia harus kuat..hidup perlu diteruskan..
Aku menatap kubur ayahku yang selama ni selalu ada ngn aku..walaupun ibuku tersayang meninggalkan kami terlebih dahulu ayah selalu kata kita perlu gembira walau apa pun terjadi..Rina akan gembira selalu walaupun kita berjauhan..Rina akan tetap ceria..
"Rina..sudah sudahlah tu..kita tak boleh lama di sini..lap air mata tu..tak elok menangis depan kubur.."Tengku Suhaila memujuk aku..dia kawan karib ngn ibu dulu jadi kalau ada masalah aku akan cakap dengannya..dia bagaikan ibu pada aku.."Yelah..terima kasih sebab teman Rina di sini..rasa lega sikit"aku mengelap air mataku dan bangun dari situ..aku melihat sekali lagi kubur ayahku dan ibu.. Al-Fatihah..
"Arif temankan rina ke rumah..tak elok kalau anak dara jalan sorang-sorang..Nanti mommy follow.."Arif 2 tahun lagi tua dari ku..sekarang umurku sudah mencecah 25..dah tua..huhu..tapi kita orang sama universiti tapi tulah dia selalu mengelak denganku..Sebenarnya dari kecik lagi kami bersama jadi ada perasaan suka juga kat dia..Cinta tu buta kan??Sebab dia ni "Mr Dingin"..
"Hoi..kau termenung apa??Cepatlah masuk aku takde masa nak tunggu kau..Nanti aku tinggal"alamak aku mengelamun pula..dia kata aku "hoi"aku ada namalah Nur Afrina Aina binti Danial Ariffin..aku panggil kau monyet baru tau..aku ngn geram menghempas pintu kereta itu..dia hanya membutakan mata sahaja..
"Abang Arif..boleh tak kalau rina nak singgah kejap kedai donut tu..Rina suka makan kat situ kalau tak makan nanti termimpi mimpi..boleh kan??"Dia mendiamkan diri sahaja dan lebih fokus memandu dari aku..Aku bermasam muka.. dia ni tak mengedahkan aku pun..yalah nanti kan terlanggar kereta lain pulak..Tapi sekurang kurangnya balaslah soalan aku..Ish!!Ego betul
"Kau dengar kan mommy aku kata apa??hantar kau balik je kan??..aku bukan butler kau untuk bawa kau ke mana2 sesuka hati..jadi silent please cik afrina.."Aku mencebik muka..Donut je..tu pun tak boleh!!bencinya ngn dia ni..kenapalah aku boleh suka kat dia..hati keras macam batu..
Share this novel
cerita yg baik....seronok membaca.