Aku membuka pintu itu ngn perlahan Lahan walaupun perasaanku terlalu ingin tahu siapa di dalamnya tapi aku tetap bersabar... alangkah terkejutnya aku..terlihat muka Khairil di depan mataku kini..aku tergamam apa yang aku baru lihat ini..Tak mungkin?!!Khairil anak Tengku Riduan!!Tak mungkin!!!
"Kau!!!"
kakiku berjalan laju..tanganku mahu tumbuk dia cukup-cukup tapi dihalang oleh Bodyguard yang menjaganya..aku tak percaya..selama ni aku tau yang afrina sungguh percaya padanya..sanggup kau tipu indetiti kau!!Aku dah hilang sabar ngn dia ni..!!Tapi hatiku masih sabar memandangkan ada masa..untuk dia jelaskan apa yang berlaku..
"Mana ayah kau Hah!!!Knp kau kat sini seorang diri..Kau!!!Sanggup kau tipu yang kau tu sebenarnya anak Tengku Riduan!!Kau tak rasa bersalah ke pada afrina!!Kalau afrina dapat tau yang bakal suaminya ialah kau..Kau rasa apa dia rasa nanti!!!Kau dah tipu dia lelaki tak guna!!!"kemarahan aku makin membuak buak melihat dia..riak mukanya pucat seperti takut denganku..Knp kau takut pulak sedangkan kau dah buat salah!!!dia masih terkebil-kebil melihat aku yang dah naik angin ni..
"Arif..aku tak niat pun nak tipu afrina tentang ni..aku..aku...."
"Kau apa!!!Cakaplah lelaki tak guna!!Kau dah buat salah takkan tak berani nak cakap!!kalau kau tak rasa kau bersalah...buktikannya!!!"Jeritanku bergema di bilik itu..Kendengaran ketukan pintu berulang kali..aku tau itu ibu bapaku..tapi aku tak peduli..aku nak tahu knp dia buat semua ni?!!
"Aku terpaksa Arif!!Aku tau kau sukakan afrina..Aku tak cintakan dia lansung!!dalam hati aku ni takde rasa cinta pun pada afrina..aku hanya anggap dia sebagai kawan.. tapi ayah aku paksa aku untuk berkahwin dengannya..aku pun tak sanggup nak tipu afrina..percayalah"Matanya berair dan merah..Aku tak boleh nak kata apa kat dia bila dia sudah kata begitu..aku tau dia perlu ikut apa yang ayah dia suruh tapi ada hadnya.. Aku tak percaya tengku riduan sanggup gadaikan anaknya sebab harta!!Kau memang dah melampau!!
"Aku akan percaya apa kau katakan!!jadi aku mahu jumpa ayah kau sekarang!!!Kau pun tak nak ikut kehendak ayah kau kan?!!jadi ikut cakap aku dan bagitau mana ayah kau!!"Aku berkeras dengannya..Aku masih tak boleh percayakan dia sepenuhnya..mungkin ini satu muslihat juga..
Ding!!Ding!!
Aku melihat mesejku di Telefonku..panjang umur budak ni...aku melihat mesej itu tapi aku terkejut apa yang ditulisnya..Tak mungkin!!!
'Arif!!Tolong saya..saya tak tahu saya kat mana?!! tolonglah..Ni je peluang saya untuk selamatkan diri..tolonglah sya..Ni semua angkara Tengku Riduan!!'
Apa!!!Afrina kau kat mana?!!Aku sudah hilang sabar!!!Aku dah tak tahan apa yang Tengku Riduan buat kat afrina..Kau dah hancurkan hidup dia..Kau nak bunuh dia pulak?!!lelaki ni memang tak guna!!Aku mencampakkan Telefonku dan berjalan laju ke arah khairil..tanganku mengangkat bajunya ngn geram..aku tahu dia pun terlibat!!!
"Kau!!mana afrina hah!!!!Mana dia?!!!Cakap ngn aku kalau kau nak aku masukkan kau dalam penjara ngn ayah kau sendiri sekali cakap ngn aku!!!!Afrina mana?!!"
"Aku tak t...Tak tau..!!!Aku tak tau apa2 ngn rancangan ayah aku..lagipun aku memang nak tolong kau sekarang ni!!!Aku pun baru dapat tau afrina kena culik..Lagipun aku nak ayah aku sedar kesilapannya..bukti jenayahnya pun ada pada aku...Tapi aku akan bagi kalau kau percaya pada aku dulu!!"Aku melepaskannya bila mendengar penjelasannya..tiba2 pintu yang selama ni terkunci dibuka ngn pantad.. ibubapaku segera mendapatkan aku..mereka agak terkejut ngn kata2 yang keluar dari Khairil..
"Apa??!!Arif..bukti?!!Afrina kena culik?!!!apa kamu kata ni!!!"Ibubapaku berkata banyak soalan padaku sampai aku naik pening..Aku menyuruh ibubapaku bersabar.. sempat juga Aku melihat di luar untuk lihat alysia...tapi dia sudah hilang entah ke mana..pelik mana dia??Aku buat tak tahu..lalu aku menceritakan satu persatu pada ibubapaku..supaya mereka faham..Selepas mereka faham aku memulakan rancangan aku untuk memerangkap Tengku Riduan tu!!
"Sekarang Arif ngn Khairil akn selamatkan afrina dulu..jangan telefon polis dulu sebelum Arif beritahu sebab kita tak tau apa dia akan buat pada afrina jadi kita perlu berhati hati ngn apa jua keadaan pun.."Aku tak mahu tergesa-gesa...Aku dan Khairil akan cari Afrina dan tangkap lelaki mata duitan tu!!Kakiku laju berjalan menuju ke kereta dan mula menuju tempat yang mungkin Tengku Riduan berada..dalam hatiku aku berharap afrina selamat..Afrina tunggu aku!!Aku akan selamatkan kau..
******Keadaan afrina*****
Mataku kelam dan badanku sakit..aku lihat aku terbaring di lantai yang agak kotor di dalam bilik yang buruk..Ya Allah kat mana aku ni?!!Aku diculik ke ya Allah?!!Tanganku diikat dari belakang ngn tali..aku bangun untuk cuba membuka pintu itu..Terkunci!!...Aku mula takut air mataku bergenang...badanku sejuk dan tiada apa2 untuk memanaskan diri..hanya ada daun kering sahaja di situ..Mengalir air mataku mengenangkan apa nasibku..tapi di dalam hatiku masih berdoa..tiba2 pintu itu dibuka..aku cepat-cepat melihat siapa di luar..
Krek!!
"Dah bangun?!!Ayah ingat afrina tak bangun lagi??..Sejuk ke??Maaflah bilik ni kecil..takpelah afrina kan suka sejuk kan??Haha"Kelibat bayangan Tengku Riduan di depanku..Angkara kau rupanya!!!Dia tersenyum sinis padaku..aku menahan marahku dahulu..
"Kau nak apa Hah?!!Apa lagi kau nak..Tak cukup lagi ke kau dah rosakkan hidup aku!!Kau nak apa?!!"
"Dont Be angry my darling..Aku...cuma nak pastikan kau kahwin ngn anak aku tu cepat sikit..aku tau kau akan lari nanti..jadi aku bawalah kau ke sini..jangan risau aku akan bagi kau makan..kalau kau kahwin ngn anak aku..aku akan ambil harta ayah kau..Haha pastu akhrinya aku kaya raya..macam ayah kau!!Bijak kan aku ni??"Aku hanya menahan sahaja amarah aku ini..Orang tua ni sanggup buat macam ni sekali hanya disebabkan harta?!!Air mataku makin menderas..mukaku tunduk aku tak mahu dia melihat aku menangis..Aku tak tahu knp kau sanggup buat macam ni hanya disebabkan harta ayah aku..tanganku digenggam ngn erat..aku dah tahan ngn perangai dia..
"Kau tau tak betapa susahnya ayah aku nak jadi kaya macam sekarang ni?!!!Kau tak tau!!!Kami sekeluarga dulu hanya duduk di rumah kayu kecil je!!!Dapat makan sekali sekala je?!!Tapi ayah tetap kuat mahu cari rezeki kita orang semua!!Kau tu hanya menumpang je pada harta ayah aku!!Bila Ayah aku dah kaya..kau muncul tiba2..Ayah aku kesiakan kau sebab kau miskin jadi dia beri kau syarikat untuk uruskan sendiri...Apa kau buat?!!Kau khianati dia!!Kau sanggup bunuh kawan baik kau yang selama ni bantu kau!!!Kau tu manusia yang tak kenang budi!!! Gilakan harta...!!!"Aku luahkan semahu mahunya apa yang aku rasa selama ni..Hatiku sebak air mataku mengalir ngn laju..apa ayah aku buat pada dia sampai dia sanggup buat macam ni...!!
"Itu masa silam kau!!Kawan tu tak pentinglah..Hei!!Kau ingat aku ni jahat sangat ke?!!Ibu kau tu dulu cintakan aku tapi sebab ayah kau tak guna tu rampas dia!!Aku sengsara!!Salah ke aku nak puaskan diri aku sendiri..!!..ibu kau buta tak sedar diri ke?!!Dia boleh kahwin ngn lelaki miskin macam tu!!!..Dapat anak macam ni!!!Memalukan tau!!"Kemarahanku makin membuak buak...dia kata ibu aku buta?!!Kau ingat kau baik sangat ke?!!
"Kau tak tahu apa2 tentang ibu...Jangan kutuk dia macam tu!!!Dia sayangkan ayah lebih dari kau!!!Sebab kau tu hanya nak duit... walaupun ayah aku tu miskin tapi dia tetap berhati mulia bukan macam kau berhati macam setan!!!"
Pangg!!!
Tamparan di pipi singgah di pipiku...perit hatiku menerimanya..Berani dia lempang aku!!Kau memang layak dikatakan macm tu!!Kau lagi layak duduk di penjara je seumur hidup kau!!
"Jaga sikit mulut kau perempuan!!!Kau ni sama je kan macam ibu kau!!Ibu kau tu perempuan murahan patutlah nak lahirkan kau susah!!Memang patut pun dia mati siapa suruh dia kahwin ngn ayah kau!!!Entah2 kau ni anak luar nikah..Dia berzina ngn ayah kau!!Kau yang tak sedar diri?!!Sedar diri sikit taraf kau ngn aku!!"Dia runding jari padaku..Aku termakan ngn kata kata yang cukup menghancurkan hatiku ini..dia bangun dan mengunci kembali pintu itu..Aku tunduk kembali hanya tangisan ku Kendengaran di bilik ku..air mataku menitis di lantai itu..
Ibu bukan macam tu..Ibu bukan macam tu!!Dia seorang yang baik dan penyayang walaupun aku tak pernah melihat mukanya..tapi aku tahu dia isteri yang baik buat ayahku..Dia takkan sanggup buat aku begini..Aku sayang sangat kat diorang.. Di kampung kawan2 aku yang lain selalu cerita tentang ibunya aku hanya mendiamkan diri..Aku takde ibu..Ejekan demi Ejekan aku terima.. Aku teringin mahu cium dan peluk ibu macam orang lain..tapi tak kesampaian..aku sedih sangat bila aku tak dapat nak kata yang 'Afrina sayang ibu..Afrina nak jadi macam ibu..Afrina nak makan masakan ibu..Afrina nak ibu bangga ngn afrina..Ibu sayang afrina tak??'air mataku mengalir ngn pantas dan hatiku sakit mengenang apa yang jadi..Aku pun ada hati dan perasaan..aku rindukan mereka di Sisiku..
Dalam bilik sejuk dan dingin ni aku hanya mengenang nasibku..dalam hatiku hanya berkata..Ayah afrina tak boleh jadi ceria macam ayah nak..Afrina tak dapat tahan lagi..maafkan afrina ayah..maafkan afrina ibu..Afrina bukan anak yang baik...dalam hidupmu
Jikalau kamu masih ada lagi di muka bumi ini..satu perkara yang aku mahu ucapkan..Ibu..Afrina sayang ibu..halalkan makan minum afrina dan ampunkan dosa afrina..Ayah..terima kasih jaga afrina selama ni walaupun kamu sekejap saja dalam hidupku..tapi aku bersyukur korang masih sayang padaku..Afrina harap kita boleh berjumpa di akhirat sana nanti..**
Share this novel