Bab5

Romance Completed 40304

Aku kenal ngn wajah penuh muslihat itu..Helah yang dia gunakan untuk perangkap ayahku supaya jatuh..dia mengkhianati ayahku selama ni semata mata untuk harta...bencinya aku nak tengok orang tua yang tamak dan pentingkan diri ni..Hatiku pedih mahu melihat mukanya..

"Tengku Riduan..buat apa kat sini??kalau nak sakitkan hati saya atau nak hancurkan kebahagiaan saya lagi..baik keluar sekarang!!"Aku menjerit sikit aku tak takut ngn kaulah..Geram hatiku melihat mukanya yang tiada rasa bersalah atas kematian ayahku..aku tahu punca kematian ayah bukan berpunca dari kemalangan.. puncanya dari dia..tapi aku takde bukti yang cukup..untuk humban orang tua tak sedar diri ni dalam penjara..

"Cik afrina memang tak pernah berubah kan??Anyway Aku bukan nak cakap apalah..syarikat ayah kau kalau tak jaga..boleh bankrap tau..jadi syarikat tu perlukan seseorang yang bertanggungjawab untuk jaga.."Tanganku digenggam ngn geram..berani dia kata begitu seperti tiada apa berlaku..kau ingat ayah aku tu patung ke boleh dijual beli??Ayah yang bina syarikat tu sendiri untuk sara hidup keluarga..senang2 je aku nak bagi kat orang lain..jangan haraplah aku nak bagi pada sesiapa..

"Urusan keluarga saya akan diselesaikan..jadi Tengku Jagalah syarikat Tengku sendiri..jangan menyibuk kat sini macam lalat..semak tau tak!!"dia ketawa kuat apabila aku berani untuk melawan kata katanya..sejak aku kecil memang aku tak berani..tapi untuk maruah keluarga aku..aku akn pertahankan..

"Kau.. nak selesaikan tak mungkinlah..orang yang macam kau memang tak layak nak uruskan syarikat..kalau kau setuju kita boleh bergabung..senang sikit kan kerja kau kan??..Ni kad aku kalau dah ubah fikiran telefonlah bila2 masa..Nasib ayah kau terletak pada kau jadi buat pilihan ngn tepat ya.."Dia membalingkan kad itu di lantai..dia layan aku seperti haiwan..dia menepuk bahuku tapi aku menepisnya.. rasa jijik bila dia sentuh aku.bergabung??ngn perangai menyerupai syaitan tak mungkin...tunggulah giliran aku pula untuk kenakan kau..

Kelibat kereta itu mula hilang..aku melihat kad itu lalu memijaknya..Aku akan pertahankan milik ayahku walau apa pun..

***************************************************

"Macam tu dia buat kat kau..geramnya kalau akulah aku nak je tumbuk dia..tak pun gantung dia kat pokok..biar dia rasa sikit erti bersyukur"Aku tergelak bila dia marah pada Tengku Riduan itu..marah betul farra ni..tapi itu membangkitkan semangat aku..untung dapat kawan macam ni walaupun Dia jauh dari ku tapi dia tetap beri semangat pada aku..

"Dahlah..asyik cerita pasal dia...bernanah telinga aku dengar nama dia.."

"Erm yelah tu..Tak suka nama dia ke atau tak suka aku membebel Kat kau tentang dia??"Aku ketawa begitu juga ngn farra..Kita orang memang rapat lagi sejak dari bangku sekolah rendah lagi..

"Taklah..wahai cik farra yang lagi cantik dan anggun"

"Tau pun..Hah aku dengar cita ada Jubah baru kat Johor..murah tau wei jom pergi aku dah lama tak bershopping ni..sebab suami aku tulah asyik kerja je memanjang"Bab shopping laju je dia..kalau ada tudung,baju ke atau perabot yang murah mulalah hantu shopping dia muncul..tapi aku pun sama sebenarnya..hihi

"Boleh..Esok aku ambil kau..jangan lambat pulak..Nanti 1 jam aku tunggu kau bersiap"

"Yalah..Cik afrina Oii..dahlah aku nak masak..Nanti laki aku balik marah dia kalau isterinya tak masak..kbye sayangku..muahh"Aku membalas ciuman manja itu..haih farra2 memang sayang betul ngn suaminya..mesti seronok kalau dah berumah tangga..aku ni bila lah nak dapat jodoh..tapi aku berharap sangat yang jodoh aku tu Tengku arif..Merepek lah kau ni Rina..

Aku duduk di luar sebentar ..Sekali sekala badan pun perlu berehat..Apa yang penat sangat aku ni??mungkin sebab aku menjerit kat orang tua bakhil tu kot..buat sakit tekak aja..

Pin!!pin!!

kepala aku ngn automatik nya menghadap ke depan..macam kenal je kereta ni..selipar kuningku disarungkan dan berjalan ngn agak laju..siap pulak ni??Cermin kereta itu ngn perlahan Lahan diturunkan..

"Oi..Susah betul nak jumpa rumah kau ni kan??Apapun masuklah"Itu perkataan pertama dia kata.. bukan nak bagi salam pun.. Hei mr dingin ni beradaplah sikit..dia suruh aku masuk..aku dahlah pakai baju biasa je ni..pastu suruh masuk pulak..sedap hati dia je..dia menanggal kan cermin mata hitamnya ngn gerun..Uii dah macam harimau aku tengok dia..Tapi hensem cair hati ku..mata dia..hidung dia..semualah aku suka..

"Hei..termenung apa lagi??masuklah..aku takde masa nak tengok kau terdiri macam ni..masuk cepat!!"Marahnya ajak orang naik kereta tapi marah..Keras hati betullah..

"Yelah2..jangan nak marah2..Nanti cepat tua..baru tau..saya tak suka kalau abang arif nanti tua..tak hensem"Dia merenung aku..Aku takut tengok dia macam nak naik marah..bahaya kalau dia marah..aku cepat2 buka pintu kereta itu dan duduk di sebelahnya tanpa berkata apa2..dalam perjalanan itu kami hanya membisu..Tiada satu pun suara yang keluar..pasang lagu pun tak..tak nak cakap apa2 ke dia ni??Orang bisu ke apa??..haih..Kereta itu berhenti di bangunan yang aku tak pasti..dia memberi isyarat supaya keluar..

"Ingat lagi kan tiket yang kau bagi kat aku masa kau kecil...aku nak guna"Aku tergangga tiket tu bukan dah lama ke??.masa hari jadi dia yang ke empat aku bagi hadiah itu..tak tau pulak dia simpan lagi..Aku tengok dia dan merenung dia seketika..Dia tersenyum sinis..tapi aku tau ada makna jahat di sebaliknya..harap2 dia tak susahkan aku nanti..dan Kakiku akhirnya masuk ke bangunan itu walaupun aku tau yang sekarang ni aku dalam bahaya ngn Mr Dingin ni..

Apalah dia nak buat kali ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience