Aku bangun dari katil itu ngn masih mamai lagi..Perkara yang semalam aku kosongkan di dalam minda..aku tak mahu ia menghalang aku untuk terus berusaha..Pembantu rumahku sedang sediakan sarapan..sedapnya bau.. sebelum tu aku duduk di sofa yang empuk..
Aku membuka mesej... kosong..tak boleh nak minta maaf ke mamat Dingin ni..dia dah buat salah ngn aku semalam takde pulak nak minta maaf..
"Cik Rina terganggu ke??saya tengok dari semalam cik monyok je..tak elok begitu hidup ni perlu ceria cik Rina"Makcik Aminah menasihati aku..dia dah berkerja dalam 14 tahun dalam rumah ni..jadi aku selalu percayakan dia kalau bab tentang masalah peribadi aku.manja betul aku ni kan??
"Tengku Arif ni memang macam ni kan??dari kecil sampai besar ego dia tu macam dah melekat terus dalam hati dia tu..semalam dia bukan nak minta maaf..dia tinggalkan rina macam tu je..tu yang geram tu"Makcik Aminah hanya menggeleng kepala..dia selalu anggap perangai aku ni macam kanak2 lima tahun..sebab aku suka sangat mengadu..pastu kejap2 baik kejap2 tak..Aku ni pun sedar diri tau bukan Tengku Arif Zakuan yang ego gila tu..
"Haih..Cik Rina sabar jelah..saya dapat panggilan tadi..peguam ayah Rina nak jumpa..nak bincang tentang wasiat..hal penting tu.."Wasiat??aku hampir terlupa tentang tu..malasnya aku nak pergi..tapi...nak buat macam mana..
Kring!!Kring!!Kring!!
Aku melihat telefon pink aku..terpapar nama sahabatku Farra Hanani...Ni mesti ada konflik rumah tangga ni..hihi takdelah gurau je..
"Knp kau call pagi2 ni..apa kali ni suami kau buat hal lagi ke??macam kat dobi hari tu"Dia tergelak..aku teringat kejadian dobi hari tu..kita orang salah anggap yang suami Farra curang rupanya dia nak membantu je..tapi bukan main marah lagi Farra kat laki dia..yelah sayang kan??
"Bukanlah..Ni tentang kaulah...Kau ingat lagi tak musuh ayah kau dulu..Tengku Riduan Zikri..dia dapat tahu tentang wasiat ayah kau...kau dah jumpa peguam ayah kau tak??satu media kecoh ni"Aku tak tahu nak kata apa..knp Tengku Riduan nak rebutkan wasiat ayah aku pulak..aku ingat ayah aku dah takde apa2 hubungan ngn dia..
"Aku belum jumpa lagi..macam mana orang lain dapat tahu tentang ni..siapa yang sebarkan.." wasiat tu ialah kata2 akhir ayahku..aku tak boleh nak biarkan jadi macam ni..mesti ayah kecewa ngn aku..
"Kau pergi jumpalah..aku tengok tentang harta ayah kau yang melambak lambak tu..oklah bye..kuatkan semangatmu wahai sahabatku..hihi...bye"Farra menutup panggilan..aku segera mencari nombor peguam ayahku..aku perlu tahu ngn segera..
Selepas 20 minit kemudian..
"Maafkan saya sangat2 cik afrina..saya memang cuai..saya tak tahu berita ni tersebar ngn cepat..saya minta maaf sangat2"Aku cuba meredakan amarah aku yang makin tinggi ni..Wasiat itu terjatuh pada orang yang salah..mungkin dia ada baca..Ini mungkin ujian untuk aku..aku harus tabah..
"Takpe setiap manusia buat silap..bukan salah encik...saya maafkan..jadi apa yang ayah saya tulis dalam wasiat tu.."dia agak sedikit risau untuk kata padaku..knp??Dia membuka fail coklat dan mengeluarkan kertas putih..
"Dari sini...Harta ayah cik Rina akan sepenuhnya akn diberikan kepada cik Rina..kerana cik seorang anaknya...tetapi...Separuh dari harta itu akan diberikan kepada sesiapa yang sudi berkahwin ngn cik Rina..dalam 90% harta yang suami cik Rina dapat.."Aku ternganga..90%..Separuh harta ayahku..baru aku faham knp orang tergila gilakan sangat harta ayah aku tu..Ni Sebabnya!!!!
"Saya..saya rasa inilah permintaan ayah saya yang terakhir..dia ingin saya bahagia bersama suami yang sanggup menjaga saya.."Aku rasa sebak di dada...ayah sentiasa menjaga rina walaupun ayah dah takde di sisi Rina..Terima kasih ayah..Akhirnya peguam itu meminta izin untuk pulang..
Aduhai..pening kepala aku..Harta yang membutakan hati manusia..semata mata hanya harta sanggup buat apa je...takut aku..tapi aku takkan biarkan ia jatuh ke orang yang salah macam Tengku Riduan tu...harta yang ayah aku tinggalkan aku tak mahukannya ..aku tak kesah..Kenangan bersamanya bersama ibu sudah cukup bagiku..
Aku bersiap siap untuk keluar..nak hirup udara segar katanya..aku menemui seseorang yang aku kenal..dah agak dia mesti datang..hihi
"Tengku Arif Zakuan buat apa kat sini??saya ingat orang yang macam awak ni takkan sedar diri nak minta maaf atas kesalahannya sendiri"Aku memperli dia..biar rasa sikit penangan aku..
"Hermmmm elok sangat perangai kau ya..mommy bagi tomyam..makanlah..aku takde masa nak layan minah gila macam kau"dia letak ke bawah pagar..dan berlalu ngn segera..dia ni!!kalau ya pun bagi lah kat aku!!Haish Geramnya..!!!
"Kejap2 Abang Arif..Nanti kalau nak study rumah abang boleh tak??sunyi takde orang kat rumah"
"Orang gedik dilarang menjejaki rumah aku lagi2 orang yang macam kau..kau ingat orang fikir apa nanti kalau kita berdua kat rumah..kau perempuan jagalah maruah sikit"APA!!Dia nak kata aku takde maruah..aku nak study je kot..bukannya nak buat benda bukan2..macam nak ketuk2 je kepala mamat ni sampai lunyai..
"Tak Nak Study Sudahlah!!!!Kedekut Bleukkkkkk"Aku menjelir lidah ke arahnya..dia hanya menjeling aku..fufu marahlah tu..kau hebat lah Rina..Aku memasuki rumah ngn segera..Nanti dia kenakan aku pulak nanti..hihi
Seperti sama waktu kecil..perangainya mengembirakan..ku..
Share this novel