"Meoww!!"
Aku mendengar bad mengiau di Sisiku..hurm macam mana dia boleh masuk bukan aku dah letak luar ke??Aku lihat Arif masih erat memeluk aku di belakangku..Ya aku sangat malu waktu tu..tapi aku tak boleh sedarkan dia mesti dia penat..Pintu bilikku terbuka sedikit..Bukan aku kunci ke??Macam mana?!!Perompak ke?!!Aku terpaksa mengejutkan suamiku..dia membuka mata dan mengeliat malas..tapi dia sempat lagi cium pipiku..aku tolak ngn pantas..Ni bukan masanya nak bermanja lah Arif!!
"Abang!!Tak boleh ke buat nanti takkanlah malam tadi tak cukup lagi?!!Pergi tengok kat bawah macam ada orang masuk rumah kita..pergilah sayang takutlah"Arif tersenyum lagi ke arahku dan meletakkan jarinya ke arah pipinya..nak suruh orang cium dia lah tu!!Haish aku segera mengucupnya dan menolak dia keluar dari bilik tu..terkejut beruk dia dibuatnya..
"Apa ni sayang??Tak boleh ke nanti!!Perompak tu boleh tunggu nantilah..masa kita berdua lagi penting"
"Haish jangan nak mengada-ngada lah gi turun baru boleh!!"Nak tak nak Arif terpaksa turun ke bawah lihat apa yang terjadi sebenarnya..
***************
Aku turun tangga ngn agak pantas..takut jugak aku kalau ada apa-apa kat bawah jadi aku ambil kayu besbol aku sebagai senjata untuk keselamatan aku ngn afrina..Kakiku melangkah turun ngn perlahan Lahan..
"Arif!!Apa kamu buat tercongok kat situ!!Terjatuh baru tau!!Ni pukul berapa tak bangun2 lagi ha!!Dah pukul 10 tau!!"Terkejut aku bila di depanku kini mommy aku yang kelihatan cantik mengenakan tudung berwarna biru gelap dan baju kurung berbunga purple..alahai mom rupanya??Terkejut aku..ingatkan perompak mana tadi..
"Terkejut Arif ingatkan perompak masuk rumah..sorrylah mom ada kerja lebih sikit malam tadi.. Tu yang bangun lambat tu..Hihi"Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal...mom aku tersenyum dan mencubit paha ku..
"Herm baguslah Alhamdulillah korang dah berbaik akhirnya..Nanti mom pun cepat-cepat dapat cucu..gembiranya!!"Terus berubah muka mom aku bila aku kata begitu..Aku berbual seketika ngn mom aku..macam2 soalan dia bagitau aku..Dia kata susah tau nak jaga isterilah..semualah dia nak soal..aku dengar nak tak nak aja..
"Ehh ibu datang rupanya??Maaflah afrina siap2 tak dengar bunyi loceng.."Aku melihat afrina memakai baju berompol berwarna merah.. cantiknya isteri aku yang sorang ni..dia memegang lembut bad di tangannya..Mom aku tanya lagi..dia kata bukan aku Alah kucing ke??Aku kata yang aku bela pun sebab isteri dah suka..aku bangun dan tinggalkan sekejap afrina ngn mom aku berbual..tapi senyuman aku masih tak boleh dihapuskan..Dari mukaku.. Akhirnya kami bersama jua akhirnya..gembira hati aku..
********************
Selepas beberapa minit kami bersarapan bersama-sama di ruang tamu..Arif asyik melihat aku sahaja daripada tadi sampai aku naik pelik ngn perangai dia..
"Knp asyik tengok2 saya?Ada apa2 ke kat muka ni..comot eh?"Tengku Suhaila hanya melihat sahaja gelagat kami berdua..dia meneruska makan tanpa hiraukan kami berdua..
"Taklah..abang tengok bad yang kat sebelah sana tu..comel dia bila dia makan??Bila masa abang tengok awak..."Arif tersenyum jahat mengusik aku pagi2 ni..Herm!!Dia ni cakap jelah nak berahsia pulak..Tengku Suhaila hanya menggeleng kepala melihat telatah kami berdua..
"Hah nanti afrina jaga kesihatan kamu tu..jumpa doktor selalu kalau macam tak sihat aja atau nak termuntah terus call mom ya..jangan nak harapkan sangat suami kamu ni..asyik kerja je memanjang"
"Ada pulak tak call Arif?!!Arif ialah orang yang pertama dia kena call kalau ada emergency..Arif tahulah nak spend time macam mana"Aku ketawa kecil sahaja melihat Arif marah..comel sangat..Sayang jugak dia kat aku kan??
Sebulan kemudian...
Aku mengusap perutku ngn lembut..Kandungan ku kini sudah masuk sebulan..First Time dapat tahu yang aku mengandung memang nak menangis aku dibuatnya.. Alhamdulillah aku selalu berdoa agar bayi yang akan dilahirkan ini akan sihat sejahtera selalu..mama akan pastikan kamu akan dilindungi..mama janji..
"Sayang Ok tak tu?!!Kalau tak ok biar abang dukungkan..baik2 jatuh nanti!!"Arif Memegang tanganku ngn erat untuk berjalan ke arah seberang jalan..dia ni risau sangatlah..
"Alah tak yah lah nak safety sangat orang taulah nak jaga diri sendiri..Takut sangat Saya ni jatuh pandai-pandai sayalah nak jaga dalam perut ni macam mana??"
"Sapa tak risau!!Kan papa dah janji akan jaga mamanya ngn dalam perut ni sekali kan2.."Arif mengusap lembut perutku..ya aku memang sangat bahagia sekarang ni sejak kami berbaik..dan aku ada dengar cita Alysia pun sudah keluar dari penjara..Dia minta maaf akan kesalahannya tentang masa lalu..jadi aku maafkan saja..Sekarang dia agak rapat ngn Khairil..bukan sekadar rapat je mereka ada perancangan hendak kahwin!! Alhamdulillah aku doakan baik2 je untuk diorang..
"Abang nak pergi ambil air kat kereta tunggu sini jangan pergi mana-mana"Aku mengganguk laju..Dia berlari terus ke tempat parking kereta..aku melihatnya dari jauh..kerusi di sebelah kedai aiskrim itu aku duduk..aku lihat sahaja budak-budak tu makan aiskrim ngn gembira..Sedapnya..kalaulah aku boleh makan jugak..takpelah demi Kamu ni mama tetap tunggu..
"Opss sorry my princess I tak sengaja terjatuh kan aiskrim I"Aku menyapu baki aiskrim yang terjatuh di kain aku..Sapa pulak ni?!!Boleh pulak dia panggil aku princess..Aku terkejut yang di depanku kini terlihat Stella tersenyum sinis memandangku..Aku jadi takut apabila dia memegang tanganku ngn erat..
"Knp takut ke??Haah lah tempat ni tak sesuai kalau kat sini..kita bincangkan kat tempat lain lagi baik"Aku cuba menolak pelawaannya tapi dia menarik tanganku ngn pantas dan menuju tempat yang lebih tersorok dan menghentakkan kepalaku ke dinding tapi tanganku masih melindungi perutku..aku takkan biarkan dia apa apakan anak aku walau apa pun!!
"Kau nak apa?!!Tak cukup lagi kau sakitkan hati aku..Kau nak cederakan aku!!Kau baik masuk lokaplah!!Kawan kau dah keluar tu boleh insaf knp kau yang bebas masih tak insaf!!Hidup kau sekejap je dalam dunia ni Stella!!Bertaubatlah!!"Dia merenung aku ngn tajam tapi aku masih memandangnya ngn geram..Aku takkan kalah kali ni Stella!!
"Kau yang sakitkan hati aku!!Ahh apa aku kesah tentang Alysia..dia tu kambing hitam aku..Sapa suruh dia percayakan aku!!Kau yang rosakkan plan aku selama ni?!!Kalau kau tak jumpa dia dulu dah lama aku boleh bunuh di Arif tu tapi disebabkan kaulah aku tak boleh balas dendam!!Aku tau kau dah berbaik ngn dia!!Kau mengandungkan anak dia kan?!!Aku takkan bahagia kalau dia bahagia!!!Aku nak dia mati!!!"Stella naik berang dan serang aku ngn tangannya..aku cuba melepaskan diri tapi aku tak terdaya..Ya allah selamatkanlah aku ya Allah..aku harap anak aku selamat sebab aku dah janji yang aku akan lindungi dia..Kami masih bertarung tapi ngn tiba2 Stella ngn geram menolak aku ke tanah ngn kuat..Aku tak mampu bangun..perut aku tiba2 sakit..Darah mulai mengalir... mataku berpinar pinar..duniau sudah gelap..
Aku hanya mendengar suara Arif yang hanya memanggil namaku berulang kali...Alangkah bagusnya aku dapat mengutarakan kembali masa dan mengubah masa silam..tapi aku hanya manusia biasa..Aku hanya mampu berdoa agar ankku dan diriku selamat..itu sahaja yang menjadi peneman ku..
Share this novel