Bab19:Hate

Romance Completed 40304

Aku termenung di jendela.. Memikirkan apa yang arif katakan di hospital hari tu..aku masih tertanya-tanya..Sapa Stella sebenarnya..apa hubungan dia ngn Arif..apa yang aku tak tahu tentang masa silam!!Ahhh aku nak tahu!!

Kring!!Kring!!

Terpapar nama Farra kawanku di screen..Dah lama dia tak telefon aku..rindunya kat kau Farra..aku minta maaf sangat sebab lupa nak call kau..tanpa membuang masa aku menekan ngn segera..

"Afrina..Kau dah lama tak call aku kan??Asyik ngn Mr Dingin kesayangan kau je..sampai tak ingat kawan sendiri"aku tergelak...bagi salam pun tak dia ni..ya Allah lupa ke kawan aku ni..aku menggeleng kepala perlahan..farra2..

"Waalaikumsalam Farra..Kau ni jawab salam pun tak ya..aku sibuklah bukan ngn Mr dingin tu..bencilah nak cita pasal dia..."

"Ehh Maaflah terlupa aku nak bagi salam..opps im sorry..Alah apa lagi Mr Dingin. buat kat kau lagi..Kau tak luahkan lagi apa yang kau rasa"

"Tak..mustahillah kalau dia pun selalu tak pandang aku..Kau tau tak masalah makin timbul sejak kebelakangan ni tau tak!!Alysia ngn Tengku Riduan dah ditangkap..aku gembiralah..tapi yang tak gembiranya ada sorang perempuan ni.dia kata nak kacau aku...nama dia Stella..macam mana ni weiii .aku peninglah"Aku mengetuk kepalaku berulang kali memikirkan apa yang ditimpa oleh aku..

"Stella..Ehh kau baik kau jauh dari dia..Kau tak tau ke??Sebab dialah Alysia masuk penjara...aku dengar cita dia pengaruhi Alysia sampai Alysia gilakan harta..!!sebab tu Alysia putus ngn arif.. Sebab stellalah!! tapi aku tak tahu lah sebab apa"Alysia?!!Stella menyebabkan Alysia gilakan harta Arif dulu..Ni rancangan Stella ke..Selama ni aku tak menyedari langsung..

"Mana kau dengar cita ni??Tak mungkinlah Alysia senang je dipengaruhi..Kau confirm ke berita ni sahih"

"Betullah!!Aku sekelas ngn stellalah..Arif pun bencikan dia kan??Baik kau siasat cepat perkara ni...Nanti kau pulak dipengaruhi nanti"

"Oklah aku siasat..Kau pun cer tanya Stella knp dia buat macam tu kat alysia.. kbye"

"Ok my sister..bye muah"

Aku menutup panggilan telefon itu..Apa ni makin pening aku dibuatnya..Arif ngn Stella saling membenci ke??Kalau tak knp dia pergunakan Alysia..!!..aku masih tak boleh percayakan semua ni..banyak yang aku tak tahu tentang Arif rupanya..

*****Keadaan Arif*****

"Tak guna!!!Knp kau masih muncul dalam hidup aku!!Tak guna perempuan gila!!Sebab kaulah aku sengsara...Sebab kaulah Stella!!"barangan di meja itu aku menghempasnya ngn geram sekali..Stella kau akan masuk penjara!!!kau takkan dapat buat aku merana selagi aku masih hidup...aku takkan biarkannya!!

"Arif..Knp ni sayang..ya Allah knp sepahkan barang ni..cuba cakap ngn mommy apa yang terjadi"Mom aku masuk ke bilikku ngn segera dan cuba menenagkan aku segera..dia menyuruh aku duduk di katil..mom aku tersenyum melihat aku lebih tenang..

"Stella..dia muncul lagi..penghancur cinta hati Arif..dia muncul lagi!!..Mom Arif tak faham knp dia masih berdendam ngn Arif..mula2 dia pergunakan Alysia untuk buat Arif sendirian..Knp dia muncul!!"Mom aku menepuk belakang ku ngn perlahan..

"Mommy tau apa yang arif rasa..tapi Arif tau kan Arif pun patut minta maaf kat dia tentang masa dulu..kalau tak disebabkan itu dia takkan pisahkan Arif daripada cinta pertama Arif.."

Aku tau aku salah..tapi kalau aku minta maaf pada dia..aku takkan tenang..dia masih bersalah!!Bukan salah aku memang betul itu salah dia dahulu..!!Jadi buat apa aku nak minta maaf..!!

********Imbas masa lalu Arif******

"Stella!!Apa kau buat ni??aku tak sangka kau ni perempuan murahan!!Kau tau tak apa yang kau buat ni adalah maksiat!!"Di depanku kini terlihat Stella bersama lelaki yang entah mana..mereka berdua tidak berbaju tidur bersama ...aku hanya berzikir di dalam hati..Pada masa itu aku baru berumur 16..dan dia baru hanya berumur 15 tahun..kawan aku sendiri..sanggup dia tipu ibunya..patutnya kami perlu ke sekolah hari ni..Tapi aku ikut dia sebab kebelakangan ni sikapnya agak pelik..Ni rupanya!!

"Shh diamlah nanti dia bangunlah..Alah kau ni aku ni dahlah miskin bukan macam kau..ibu aku pun selalu balik lambat..Ni jelah caranya untuk aku dapatkan duit..Arif tolong rahsiakan tentang ni pada ibu"Dia merayu padaku...aku tau dia miskin..tapi ni bukan caranya!!!

"Aku akan bagitau jugak!!!Kau sanggup jual maruah kau sebab duit...Stella kau masih muda jangan rosakkan diri kau macam ni!!!"

"Kalau kau bagitau aku akan bunuh gadis yang kau sayang sangat tu..!!Kau tak nak kan..Jadi diam jelah!!!"aku menggigil ketakutan apabila dia kata dia akn bunuh gadis kesayanganku...aku tak nak..!!!

Sejak itu aku diamkan sahaja rahsia tu..tapi pada suatu hari...aku tak menjangka yang Stella mungkir janji padaku..pada malam itu seperti biasa dia akan pergi ke hotel..tapi sebelum tu dia terserempak pada gadis kesayanganku..alamak!!Tolonglah jangan dia buat apa2..Tapi semasa mereka rancak berbual..Stella jadi marah..dan menolak gadisku itu hingga jatuh..Berdarah kepalanya..dia dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan gadisku itu hilang ingatan..dia tak ingat aku??Dia tak ingat apa2...Aku sudah geram apa yang Stella buat pada gadisku itu..

"Kau dah mungkir janji!!!Kau kata kau takkan sakiti dia..Tapi kau buat dia hilang ingatan..Dia lupa tentang aku!!!Aku tak kira aku akan beritahu rahsia kau pada mak kau juga"Dia agak terkejut ngn kata kataku..dan merayu padaku supaya jangan memberitahu maknya..tapi aku berkeras..

aku pergi ke rumah dia dan beritahu segalanya tentang Stella pada maknya Makcik Amirah alya..Dia terkejut ngn apa yang aku katakan.

"Ya Allah..betul ke Arif??Terima kasih Arif sebab beritahu tentang ni..makcik tak tau knp dia buat begini!!Makcik bagi segala galanya pada dia..sanggup dia buat begitu"Aku tersenyum puas..padan muka kau..baru kau tau macam mana bila tersakiti Stella..

"Mak..sumpah mak..Stella tak buat!!Sumpah mak..Arif fitnah Stella tentang tu!!Percayalah Stella mak"

Pangg!!

Tamparan yang tiada belas kasihan menghinggap pada pipi Stella..Air matanya mengalir..

"Aku tak ajar anak aku buat kerja terkutuk macam ni?!!Kau kata kau tak buat..kalau tak apa ni dalam perut ni!!Hah!!Aku takde anak kau macam ni..aku ingat sejak ayah kau meninggal kau makin baik..tapi sama je!!Keluar dari rumah aku...Jangan jejak lagi rumah aku!!!Pergi!!"Makcik Amirah membaling beg baju Stella keluar...Stella menangis teresak-esak..dia tiada lagi tempat tinggal..ya aku rasa bersalah..tapi dia patut insaf..

"Arif!!!Sebab kaulah aku merana..Mak aku dah tak percayakan aku!!!Aku akan balas dendam apa yang kau buat kat aku!!!Kau tunggulah Arif!!!"

Itulah kata kata terakhirnya kepadaku..Selepas itu dia mula ngn rancangannya..Dia buat Alysia terpengaruh dengannya..dan dia suruh Alysia buatkan aku cintakan Alysia..ngn sebab duit...sahaja..tapi dia perangkap Alysia..bila rancangannya tak berjaya..dia yang bagi bukti yang Alysia yang curi hartaku..Aku tau itu rancangannya..tapi aku masih tak boleh lupakan cinta pertamaku..dialah yang pertama dan terakhir..

*********************************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience