Aku tercengang melihat jejaka di depan ku...Khairil??Lelaki yang berkenalan ngn aku di perpustakaan hari tu..Muka sama tapi gaya pemakaian lain dari yang lain..Lain macam mamat ni masa tu pakai biasa je aku tengok..Ni macam Anak raja kat istana..
"Cik Afrina Ok tak ni??Maaflah serbu macam ni tapi sebenarnya saya memang mahu jumpa cik afrina sekarang ni..boleh??"Farra memandang aku dan mencubit lenganku..untuk menyedarkan ku..Ramai orang terutamanya wanita memandang Khairil..Popular dia ni..Ya..Aku mengaku dia kacak..lagi kacak dari Arif..tapi hatiku tetap bersama Tengku arif..
"Ya..boleh tapi kita pergi tempat lain..Saya ada kenal cafe kat sebelah sana...Awak gilah dulu saya nak cakap ngn kawan saya kejap"Khairil melangkah laju ke arah ditunjukkan padaku..dan aku sempat menoleh kereta mewahnya..aku pun tak tahu namanya tapi yang aku tahu mesti mahal..Bukan orang sembarangan dia ni..
"Wei..Sapa tu??Baik kau cakap betul2..kau nak berubah hati pulak dari Arif..ke dia tu teman lelaki baru kau???"Aku terkejut dengan pertanyaan farra..Teman lelaki??Hatiku hanya untuk Arif sahaja..Tiada yang lain..
"Mana ada..Dia budak baru kat Universiti..Kita orang kawan je..Kau ni fikir bukan-bukan lah..Tak mungkin aku nak lupakan Arif ngn mudah..Namanya akan melekat terus di hati aku ni..Takkan tertanggal walau sikit pun"Farra tersenyum sinis..Dia mesti fikir aku ni sayang sangat kat Arif kan??..Memanglah jadi aku takkan mengalah macam tu je..Ni afrinalah..Lagipun Ayah selalu cakap ngn Aku kita jangan putus asa sebelum mencuba terlebih Dahulu ngn bersungguh-sungguh..Jadi aku akan pegang pesan tu di hati..
"Farra kau balik dululah..Kesian kau penat pulak nanti...Sorry sebab cancel Date kita..Nanti aku belikan jubah yang kau nak sangat tu..Ok??"
"Yalah..Tapi hati2 ngn dia..kau tak kenal dia lagi..Aku balik dulu..Nanti telefon aku malam ni.. Assalamualaikum"Farra bangun sambil melambai tangan kepada ku..
"Waalaikumsalam"Aku keluar dan menuju ke arah cafe sahabat aku dulu..Sonohara Himeko dia lahir di Jepun tapi buka cafe di sini..Minuman ngn kek dia memang sedap..Kita orang kenal di pameran buku..Cantik dan manis orangnya..
"Ohayo..Ehh Afrina?!!Dah lama tak jumpa Awak..Knp tak cakap nak datang boleh buat kek red Velvet yang awak suka tu..Kejap ya sya pergi ambilkan..duduk dulu kat kerusi ni"Aku duduk di kerusi strawberi..lembutnya..Seketika itu Pandanganku beralih pada satu sudut..Kelibat susuk tubuh yang memandangku..Khairil menuju ke arahku dan duduk di depanku..
"Cantik cafe ni..Cik afrina selalu datang sini ke??"Dia tersenyum melihat aku..Hensemnya Khairil ni..boleh cair hatiku lagi2 bila dia senyum macam tu pada aku..
"Ya..Saya suka kek ngn kopi di sini lagipun kawan saya boss kat sini..Maaflah saya tak tahu sangat nama awak"Yang aku tahu nama dia Khairil...aku tak berapa jelas sangat namanya pada tempoh hari..aku nak tahu jugak apa sebabnya dia nak jumpa aku ni
"Cik Afrina tak dengar ya masa tu..Tengku khairil Zikri..nama says.jadi kita dh berkenalan kan??"Tengku?!!Patutlah aku pelik macam mana dia dapat kereta tu...anak Tengku rupanya..
"ya..ada apa nak jumpa saya ya??Macam awak terdesak nak jumpa saya je"
"Maaflah menggangu tadi..saya nak lebih kenal ngn cik afrina..Lagipun saya tak pernah lihat perempuan yang ceria macam cik afrina ni.."Nak kenal ngn aku??Maksudnya macam lain je..Nama arif tiba2 muncul di Kepalaku.Aku asyik teringat nama itu..berulang ulang kali..afrina kau dah rindukan dia ke??Baru hari ni kau jumpa..Mamat Dingin tu memang dah mempengaruhi perasaan aku rasanya..Arif..
"Saya taklah ceria sangat..Lagipun ibu ngn ayah saya dah lama meninggal jadi diorang selalu pesan jangan selalu cepat mengalah..dan selalu fikir positif dalam hidup ni"Khairil agak terkejut mendengar penjelasanku.. Dia mungkin sedih mendengar tentang ibu bapaku..
"Saya simpati atas kematian ibu ngn ayah awak..mesti awak selalu sedih setiap hari kan??Sebab teringat diorang..Saya pun ada ibu bapa tapi diorang selalu tinggalkan saya..Jadi hiduplah sendirian macam ni" Mukaku ditunduk kebawah..Aku faham perasaan dia...kami agak lama berbual tentang diri masing2..Tapi entah kenapa aku selesa dengannya..kesedihanku terhapus apabila berbual dengannya..
*****Keadaan Arif*****
Aku membuka pintu rumah ngn perlahan...Aku lihat mommy sedang berbual ngn tetamu..entah sapa pun aku tak nak ambil peduli..
"Arif..Ni kawan mommy Datin seri Fatimah dia ada design baru untuk kedai kita tu..Arif bila nak dapat model untuk pertunjukan nanti kalau takde mommy suruh datin je cari.. boleh kan datin??"Datin tu hanya tersenyum padaku..AHaih tak abis2 lagi ngn syarikat tu..aku ada lagi banyak kerja kursus nak buat ni sibuk pulak pasal design apa ke benda entah..Aku terus masuk ke bilik tanpa peduli kata2 mommy..bukan kerja aku nak buat semua tu..
"Maaflah datin..anak saya yang bujang tu memang keras kepala sikit..Nanti kita bincangkan lagi ya"
"Takpelah..nak buat macam mana dia penat rasanya kan??"
Aku membaringkan diri di katil..telefonku tiada Deringan mahupun panggilan dari afrina..peliknya..selalunya minah ni suka kacau aku..tengah2 malam buta pun dia tak tidur lagi semata mata nak cakap ngn aku..Kali ni takde pulak..Buat apa aku nak kesah tentang dia bukan hal aku pun..Tiba2 aku teringat sesuatu..
"Khairil??Macam aku pernah dengar nama tu"Aku teringat tentang lelaki bersama minah tu tempoh hari..sapa dia agaknya??Kenapa aku nak sangat tahu laki tu??Hei Arif kau dah kenapa tiba2 berubah ni..sedarlah..Tanganku menampar pipiku berulang kali untuk menyedarkan aku dari lamunan yang makin pelik ni..
Dring!!!
Akhirnya ada juga Deringan di Telefonku..dah agak mesti minah tu telefon..tanganku segera menjawab panggilan itu..
"Abang Arif Assalamualaikum..tentang tadi maaflah sebab tinggalkan abang..afrina busy tadi..Afrina nak nasihatkan sikit...Abang berbaik lah balik ngn Alisya..saya yakin dia masih ingat abang..tu je saya nak cakap"Telefon aku cuma nak cakap tu je??Tapi Lain macam nada minah ni..Aku dah kata jangan kesian kan aku tapi dia buat jugak..Memang tak dengar kata betul dia ni
"Aku bukannya nak sangat pun nasihat kau...Dahlah bye Waalaikumsalam.."Aku mematikan panggilan itu..otakku makin pening dan pelik asal dia ni macam nak pergi jauh dari sini..Buang masalah nak fikir minah tu baik aku siapkan kursus ni..kalau tak habislah aku kena marah nanti..Tanganku menulis ngn pantas
Nama afrina tergiang giang di kepalaku..Dah kenapa Aku selalu teringat dia je ni!!Hei aku nak fokuslah..Aduh2 apa kena dengan aku ni?!!!!
Share this novel