Kepalaku terasa panas membara..Mataku berpinar pinar...Dah kenapa aku ni??Semalam aku ada kerja kat Muar tapi time tulah hujan..takde tempat berteduh pulak tu..Aku rasa aku demam ni??Aku bergerak ke laci untuk mengambil ubat..takde pulak..Badan aku makin panas..
"Cik Afrina Ok tak ni?!!!Ya Allah panasnya...knp tak cakap ngn saya..jom kita pergi klinik..saya tolong"Kebetulan mak cik Aminah lalu di situ..dia meletakkan tanganku di bahunya lalu masuk ke kereta..Setelah dibuat pemeriksaan aku mengambil ubatku..Doktor kata aku terlalu stress sehingga aku tak cukup rehat..Aku Akur kata katanya..mungkin sebab peperiksaan nak dekat..
Aku duduk di kerusi yang berhampiran ngn penyaman udara..Dua lelaki yang gagah berada di sebelahku..Bodyguard ni menakutkan orang je..Semua orang tak nak duduk ngn aku sebab Bodyguard ni.. takpelah lagi aku selesa...Aku termenung seketika..Adoii dahlah esok ada perjumpaan boleh pulak sakit time ni..Afrina lain kali jangan memudaratkan diri tapi kau sendiri yang tak nak dengar kan??Degil betul kau ni..Degil?!!Aku mengetuk kepalaku berulang kali..
Bukk!!
Aku terkejut melihat sekujur tubuh wanita jatuh di kakiku..Alamak?!!Aku mahu menolongnya tapi aku tak larat...aku memberi isyarat pada mereka supaya menolongnya..wanita itu kelihatan terkejut..Dia melihatku ngn senyuman yang manis..Macam pernah tengok..Rambut ikal mayang..Ini macam..Aku lihat kertas pemeriksaannya... Alysia??
"Cik Afrina..kenal saya??Selamat berkenalan nama saya alysia.. bekas tunang Arif"Aku makin pelik..macam mana dia tahu nama aku ni?!!Dia ni ahli sihir ke??Aku menyambut salamannya lalu dia duduk di sebelahku..Seksi gila dia pakai..baju berona merah paras paha..nampak dada pulak tu..Ya Allah jauhi lah aku dari perkara buruk..Ya Allah..Semua lelaki yang lain hanya melihatnya..Aku macam nak melempang aje minah ni..tak geti nak tutup aurat ke??Kau kata Islam tapi tak mengikut ajarannya..Dunia dah akhir zaman..rasanya..
"Haha..Nama saya Nur afrina..Selamat berkenalan..Suka ke pakai macam ni??Apapun arif ngn awak berpisah sebab apa ya..mesti sebab ni kan??"Alysia hanya tersenyum manis padaku..aku baru perasan yang aku terlepas cakap..Celopar!!!Mulut kau ni afrina jahatlah!!Celepor betul!!!Mesti dia marah..
"Err..maksud saya awak cantik pakai macam ni.."Aku cuba menutup kesalahanku ngn memberi alasan..
"Saya memang suka pakai macam ni..Well my mom designer so I kenalah pakai macam ni kan??Just for fun..Maybe you pun nak pakai jugak macam I.."Aku menggeleng kepala.. tak nak aku..pakai baju tak cukup kain ni.. Aku lagi suka pakai macam ni dari dapat dosa macam ni..Ber I pulak dia ni??Kau ingat akhirat tu lama ke..sekejap je wahai Alysia..nama sedap tapi sikap macam tak kena ngn nama...Pelik betul kenapa Arif suka sangat perempuan macam ni..Pelik..pelik..
"So i dengar you rapat ngn Arif??Tapi ingat dia i punya lagi tau..Ingat tu..haha"Hei perempuan ni gedik betul aku tau kau dulu tunang Arif tapi kau dah takde apa2 ngn dia jadi sedar diri sikit..tengok dri jauh macam baik..Tapi ya Allah macam ni rupanya sisi sebenar dia..Aku hnya mendiamkan diri sahaja apabila dia kata begitu..memang patut pun muka macam ni masuk penjara..Tak insaf lagi ke jalan yang benar..
"Rapat sangat..Sebab kita orang freind dulu dari kecil..Dia tu Dingin. sikit orangnya tapi dia baik"
"Ermm..Tapi you takde apa2 hubungan ngn dia kan??Tak mungkinlah dia nak suka orang kampung macam you ni kan??Bertudung macam ni..Apapun ni nombor i kalau you jumpa my baby tu call i tau..I really miss him..Bye.."Tahap kemarahan ku makin menaik...Berani dia kutuk aku..kau ingat kau cantik sangat ke?!!Pakai tudung pun tak..Ada hati nak nasihatkan orang..Alysia berjalan ngn gedik depan lelaki yang terpikat dengannya..Yang minah tu mulalah tergedik sana sini depan laki tu....Nak muntah hijau aku rasanya lihat diorang bersentuhan tanpa batas..takde agama ke?!!..Aku dahlah demam jumpa pulak mahluk asing gedik kat sini..makin demam aku rasanya..
*************************************************
Aku balik ke rumah ngn geram..Tahap kesabaran aku meluap luap lagi2 lihat minah gedik tu terkinja kinja ngn jantan entah mana??Baca selawat banyak dari hati jelah afrina..Aku terkejut di perkarangan rumahku terlihat kereta mewah milik keluarga Tengku Riduan..apa pulak kali ni?!!!Aku cepat2 masuk ke dalam..terlihat pakcik ku 'Irfan'bersama orang tua tak guna tu..
"Apa kau buat dalam rumah ni Hah?!!!Pakcik apa ni?!!Kenapa jumpa orang tak guna macam ni?!!"Aku menjerit ke arah mereka berdua..Tengku Riduan hanya tersenyum dan meminta aku duduk sebentar..Pakcik irfan aku mengambil sementara pangkat CEO milik ayahku..untuk memastikan keselamatan syarikat sebelum menemui bakal suami aku..Mukaku sudah merah membara melihat orang tua tu tersenyum sinis padaku..
"Relaxlah...Kita bawa berbincang..syarikat ayah kau tu akan jatuh muflis ni jadi pakcik kau dah buat perjanjian ngn aku untuk kahwinkan kau dengan anak aku..Faham"Tengku Riduan berkata padaku dengan nada yang sinis Apa?!!! Kahwin ngn anak dia?!!Dia dah gila ke..berani dia!!mukaku merah padam menahan kemarahan yang makin meluap luap..
"Afrina..kalau syarikat ayah afrina jatuh muflis.. J atuh miskinlah nampaknya pakcik..Afrina ni untuk masa depan afrina dengan kita sekeluarga jugak.."Pakcik irfan pun sama?!!Pakcik irfan khianati aku sama macam Tengku Riduan ni..sampai hati dia khianati abang dia sendiri..Air mataku mengalir deras selaju lajunya..Ni semua sebab harta kan?!!Diorang hanya pergunakan ku semata mata untuk harta!!!Harta!!
"Afrina tak setuju!!!!!Walau apa pun afrina akan berjuang sendiri untuk lindungi Syarikat ayah walau apa pun..Pakcik irfan memang tak guna!!!Sampai hati pakcik buat semua ni setelah Afrina letak seluruh kepercayaan untuk jaga syarikat tu..Sampai hati pakcik khianati abang kandung sendiri semata mata harta?!!!!Pakcik sebenarnya pergunakan afrina untuk dapatkan harta ayah..itu kan tujuannya?!!" Aku memarahi pakcik Irfan ngn penuh geram tetapi Kemarahan aku tak reda lagi..Aku mahu pertahankan satu satunya harta yang ayah tinggalkan..aku takkan mengalah walaupun nyawa aku terkorban..
"Kau faham tak?!!Kau akan kahwin ngn anak aku nanti dan aku akan ambik alih syarikat tu..gunalah otaklah kalau kau tak kahwin syarikat ayah kau akan jatuh muflis..kau tak nak kan semua tu?!!Buat pilihan afrina kahwin atau jatuh muflis..." Tengku Riduan bisik padaku lalu menepuk bahuku dan tersenyum sinis..Aku menjeling ke arahnya ngn geram....Kata katanya menusuk ke hatiku..
"Dengar sini..Ayah kau tu dah lama mati..Kalau kau berkahwin anak aku..kau akn kaya dari sebelum ni..Ayah kau ngn ibu kau nak lihat kau bahagia kan??Ibu kau pun lahirkan kau pastu mati..kau tak rasa bersalah ke..Sebab kaulah ibu kau mati dan sebab kaulah ibu kau menahan kesakitan untuk melahirkan kau..kau tak rasa bersalah ke dilahirkan di dunia..kalau akulah mesti rasa bersalah seumur hidup.."Kata kata dari Tengku riduan yang pedas itu aku telan semahu mahunya..Aku tak boleh melawan kerana aku ingat pesan ayah..selalu hormat Tengku Riduan walau apa pun..aku menggengam tanganku ngn erat..Berani dia kata begitu pada ibu..aku tak menyesal ibu lahirkan aku...aku bersyukur sangat dia sanggup menahan sakit untuk lahirkan aku..aku bersyukur sangat..Aku sayangkan ibu sangat2 walaupun aku tak pernah pun melihat mukanya.. tapi aku percaya ibu juga sayangkan aku..Air mataku menitis di pipiku..
"Perkara mudahlah Afrina..kahwin jelah ngn anak dia..Nanti kita kaya raya..hidup kita senang" Kata2 oleh pakcik Irfan menambahkan lagi kesedihan di hatiku..Aku menutup mataku..aku tak mahu mendengar lagi kata2 yang keluar dari mereka berdua..Hatiku begitu sakit ...Sanggup ke aku menahan kesakitan yang makin menusuk di dadaku??....Ya Allah kuatkanlah hamba-Mu ini permudahkan lah segala rintangan ku aku bermohon padamu ya allah...ya maha pengampun lagi maha besar..
"Apa?!!!Cik Afrina!!!Apa kau buat ni Irfan!!!Kau sanggup buat begini pada afrina..Ya Allah afrina bangun cik afrina.."Kendengaran makcik aminah memarahi pakcik Irfan ngn geram sekali..Mataku gelap tapi masih terasa kesedihan di hati..Tiada cahaya hanya kegelapan yang mengaburi mataku..Badanku terasa ditusuk tusuk ngn tikaman oleh pakcik ku sendiri..aku tak berdaya mampu menahannya..Maafkan afrina ayah dan ibu afrina tak jalankan amanat ibu dan ayah ngn baik..Maafkan afrina ayah..
Kesedihan itu kadang-kadang boleh mengubati rasa bersalah di hati...Tapi rasa kecewa selamanya lamanya tidak boleh diubati..
Share this novel