Bab4:Are you jealous??

Romance Completed 40304

Buku teknologi sains aku menatapnya ngn malas.. Sudah lama aku duduk di perpustakaan ini...dari pagi rasanya..macam nak melekat dah..Aku merenung fail2 yang diberi oleh pensyarah untuk disiapkan..macam banyak je??..Ni yang malas betul ni..Farra sibuk ngn kursus dia..selalunya dia akan tolong aku siapkan ni..aku nak minta tolong siapa ni??Amar??Adrian??..knp nama laki je aku sebut..gatal betul kau ni Rina..

"Sibuk ke??Boleh saya duduk sini..saya pelajar baru di sini..tapi tulah saya segan nak berkawan ngn orang lain..awak boleh kawan ngn saya??"Suara itu mengejutkan aku..terkejut aku ingat hantu jembalang mana tadi..

Kejap Pelajar baru??.masa cuti ni..biar betul..tiba-tiba dia kata nak kawan ngn aku..macam takde sapa nak kawan ngn dia..tapi kesian pulak nak tolak..lagipun dia budak baru lagi..aku bagi mukalah kali ni..Aku melihat dia dari atas ke bawah..hensem jugak dia ni..macam Prince carming gitu..untuk menyelamatku dari fail2 yang berlambak ni haha..berangan pulak aku ni..

"Mestilah boleh..Awak baru masuk kan??knp datang cuti2 ni..saya dah lama kat sini..ada kerja sikit kat sini"

"Saya memang suka baca buku waktu cuti..tadi saya nampak wanita yang kyusuk baca buku kat perpustakaan ni..bila nampak dari dekat.. si ulat buku yang cantik rupanya.."

Alamak aii..apakah perasaan ini??ini kali pertama aku dipuji begitu..Tengku Arif jangan cakaplah memang taklah..Rina kawal perasaan kau..ingat misi kau...Ialah memikat hati mr Dingin tu sampai melekat ngn kau..walau apa pun...aku perlahan Lahan menutup buku hingga tidak nampak mukaku..dia hanya ketawa kecil..aku ni perempuan jugak ada malunya tau..

"jangan lah malu sangat..saya baru kata macam tu..awak ni memang kuat malu kan??..Ermm cik Rina"dia perasan tag namaku yang aku letak di atas meja ..lantas sepantas kilat aku merampas tag itu..Rina??dia panggil nama aku..malu tahap maksimum ni..pipi dah macam tomato..Ni..jangan buat aku macam ni??

Kring!!!!!!Kring!!

Deringan telefon menyelamatkan ku..syukurlah aku memang tengah emergency heart ni..Aku terus pergi ke tandas dan mengunci pintu..aku melihat telefon pink ku kembali...

"Hello..sapa ni??walau sapa pun awak saya memang bersyukur sangat awak telefon..terima kasih"

"Kau dah kenapa minah gedik??Ni aku ni Arif..Kau tengah blind date ke apa??aku boleh perasan cara kau bercakap.."alamak buah hati aku telefon pulak..masa2 ni lah mamat Dingin ni nak telefon..please lah jangan tangkap aku ngn helah kau..lagi..ini bukan masanya..

"Ahh...sakit2..lutut saya sakitlah..sebab tu saya kata saya bersyukur awak telefon..ahh adoii sakitnya abang Arif..adoii"Semasa aku pura2 mengerang kesakitan..Lelaki itu kembali untuk menjenguk aku..habislah aku...

"Cik Rina..awak ok tak??saya ada bagi ubat sapu ni??..saya letak sini ya..Nanti gunalah saya risau sangat.. Tapi nanti saya harap boleh jumpa awak lagi..nama saya Tengku Khairil Zikri..selamat tinggal"Tapakan kasut itu mula menghilang..aku menghembus rasa lega..aku menyandarkan diri di pintu tandas itu..tapi aku perasan yang panggilan itu masih belum ditamatkan lagi..dia dengar ke??..OH my..dia mesti nak cakap aku ni bukan2 lagi..ngn laki tu..

"Arif.."

"Apa??Rupanya betullah tekaan aku..aku dah agak..orang gedik macam kau ni..memang nak goda lelaki yang kau tak kenal lagi kan??ahh dahlah buat2 jelah aku tak dengar..bye!!"Dia menutup panggilan itu..Knp dia marah aku sangat??Tak mungkin??..Dia cemburu ke??!!.. Tak mungkin lah..hati keras macam tu tak mungkinlah nk cemburu buta dan aku ni bukan sesiapa dalam hatinya..sekadar hiburan sahaja baginya..

Aku memandu ngn perasaan yang tak pasti..nak gembira ke atau sedih..yalah dahlah kena marah..huhu..tapi Kalau dia cemburu itu memang kemenangan besar ku..Di perkarangan rumah kelibat kereta yang aku kenal..Ni macam..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience