Bab11

Romance Completed 40304

Badanku sakit2 di belakang mungkin disebabkan aku terkejut tentang semalam agaknya sampai aku jatuh sakit..kepalaku diangkat sikit untuk bangun tapi aku tak mampu..aku tak boleh bergerak..Ya Allah peritnya dugaanku kali ni.. Akhirnya aku kembali baring walaupun rasa perit ini sudah mula memenuhi Badanku ini..Adakala mataku mengalir tanda rasa kecewa ngn diriku sendiri..Aku masih ingat kembali kata2 yang keluar dari pakcik Irfan ku..sanggup dia buat macam ni pada keluarganya sendiri?!!

Krek!!

Kendengaran pintu bilik ku dibuka aku cepat2 mencapai tudungku dan memakainya walaupun agak tak betul tapi asalkan rambutku ditutup..lalu aku menutup mukaku ngn selimut tebal ku..bukan takut tapi aku malu nak tunjukkan muka aku yang bengkak akibat aku menangis..tiba2 aku terasa sesuatu yang hangat di tanganku..apa ni??

"Afrina.."

Lembut sahaja suaranya tapi seperti nada yang risau..mungkin risau tentang ku..aku mahu lihat siapakah gerangan suara itu..tapi aku takut dia ialah lelaki jadi aku biarkan sahaja mukaku ditutup dengan selimut..

"Kau tidur ya..takpelah tapi kalau aku cakap ni harap kau terima ya...aku minta maaf sebab selalu susahkan kau..Aku tak berniat nak bersikap begini..aku cuma takut yang aku akan ditinggalkan sama seperti Alysia dulu..jadi aku takut kau akan buat benda yang sama..Maafkan aku afrina sebab terlalu berkasar ngn kau..Aku akan cuba selamatkan syarikat ayah kau untuk tebus kesalahanku.."Tengku Arif??Betul ke apa aku dengar ni??Mungkin dia ingat aku tidur rasanya..sebab tak mungkinlah dia nak kata macam tu pada aku kan??..Tanganku tergerak sikit mengenai bajunya..alamak mesti dia perasan!!

"Kau dengar kan sebenarnya??Dulu kau selalu kata aku jahat sebab selalu curi dengar bila kau bagitau rahsia kat orang lain tapi kau pun sama je..tapi tak silap aku dulu kau sukakan aku kan??Sebab aku dengar apa yang kau cakap ngn kawan kau dulu..sekarang pun sama ke??"Aku dah agak..alamak mukaku kemerahan..lagipun kita orang berdua je dalam bilik ni..Dia ni main masuk je bilik perempuan kan??tak geti malu betul..

"Dahlah Tengku arif..tak baik usik cik afrina dia tengah malu tu..takpe kalau dia tak dengar nanti saya sampaikan..hihi kan cik afrina"Makcik Aminah ketawa kecil....Aku hanya menutup mukaku..rupanya makcik aminah pun ada dalam bilik..Fuhhh lega aku...

"Aku tunggu jawapan kau..wahai cik afrina"Arif sempat berbisik padaku..Aduhai suara dia boleh cairkan hati aku ni??..apa maksud dia jawapan dari aku??..Lantaklah tapi aku dah malu ni...keluarlah cepat jantung aku nak pecah ni..Dalam 10 minit baru aku bangun..aku takut dia masih menunggu aku..Kepalaku menoleh ke kanan ke kiri untuk memastikan dia betul2 takde..tapi yang aku pelik knp dia boleh ada kat sini??Bukan aku pengsan ke tadi..

"Cik Afrina dah bangun..saya ada buat bubur sayur untuk perut cik Afina..tu.."Makcik Aminah menghidangkan bubur itu ngn dulang dan diletakkan di meja..Aku hanya termenung ke arahnya..Dia seperti tahu soalan aku..

"Terima kasih..tapi saya nak tanya macam mana Arif tau saya pengsan..selalunya dia takkan ambil kesah tentang hal remeh..pastu tiba2 dia nak minta maaf..knp??"Makcik Aminah memegang tanganku..tangannya seperti tangan ibuku...hangat..

"Erm..pasal tu ke??Masa cik afrina pengsan Tengku Riduan ngn pakcik Irfan kamu bukannya nak tolong Makcik..makcik dah tua tak larat nak angkat jadi Makcik call Tengku arif datang sini..ingatkan dia tak nak tolong..tapi dia kata dalam 10 minit dia sampai..dia risaukan cik afrina sangat..Makcik suruh balik tapi dia nak tunggu kamu...Kamu ngn dia sesuai lah"Panjang lebar Makcik Aminah berkata..Muka nipun dah naik malu..siapa tak malu Arif first time ada perasaan macam tu padaku..Ahh tak boleh nak dilupakan..

"Alah cik afrina kalau dah jodoh depan mata..ambil jelah..Makcik pun rasa dia mesti sukakan cik afrina.."Makin menaik tahap malu aku..bila dia kata begitu...mana nak sorok muka tomato ni...merah betul..Tapi kalau dah jodoh apa salahnya kan??Hihi..

************Keadaan Arif*********

Tak guna orang tua jahil tu!!Kau masih tamak lagi macam dulu kan..??Duit tak pentinglah dalam dunia ni..iman pun entah ke mana orang tua tamak tu..Kakiku melangkah laju ke syarikat tengku riduan..dari apa yang aku dengar dari makcik Aminah tadi memang aku dah naik angin..tak cukup lagi ke harta dia?!!Tamaknya kau ya..

"Mana Tengku Riduan?!!..Cakap Tengku arif nak jumpa ada hal penting..Cepatlah!!"Perempuan di kaunter ni pun terhengeh hengeh..bagi penampar baru tau..hati aku ni dahlah panas membara.. Perempuan itu menunjukkan bilik CEO..aku tercengang..Besar betul pintu lagi besar dari aku punya..Aku pelik betul knp dia nak sangat harta ayah afrina tu..Haish pelik!!!..tanganku hentak ke pintu itu..bukan apa geram..

Krek!!

"Ouh..Tengku arif lama tak jumpa??Ayah ngn ibu sihat??Mesti sihat kan..Duduk2 kita boleh minum teh sementara tu.."Pura2 baik pulak orang tua tak sedar diri ni..aku bukan nak berbual ngn kaulah!!Aku hanya berdiri dan dia hanya tersenyum sinis..Heii nasib baiklah kau lagi tua dari aku kalau tak dah lama aku kerjakan kau cukup2

"Knp kau nak ambil harta ayah Afrina..kau tau kan kau dah takde apa2 ngn keluarga diorang..Knp kau menyibuk sangat pasal hal orang Hah?!!"Geram betul ngn Orang tua ni..Makin menjadi jadi perangai dia kalau aku biarkan..

"Tenanglah dulu..aku cuma nak tolong keluarga diorang..Kalau aku uruskan syarikat tu nanti afrina jugak yang senang kan??..Kau pun nak dia bahagia kan??"Sakit betul aku dengar..Tolong?!!!Macam ni kau kata tolong.. ngn cara memaksa..!!Ni namanya tolong?!!Nak aja aku simbah air panas kat atas kepala dia baru sedar sikit..

"Hei dengar sini sekali lagi kalau kau kacau keluarga afrina aku taulah nak buat apa..Kau ingat kau ada pangkat ada duit boleh bawa ke akhirat ke?Sedarlah sikit"Dia hanya memejamkan mata seperti tak dengar apa yang aku cakap..Tak guna!!

"Aku nak tanya??Kau ni siapa ya??"Hah?!!Aku Tengku arif lah abis siapa lagi..Dia bangun dan menuju ke arahku..

"Knp kau nak menyibuk tentang hal afrina..kau bukannya keluarga dia atau suami dia..knp kau nak tolong dia??Aku tengok dari sejak kecil kau berkawan ngn dia belum aku pernah lagi nampak lagi kau baik ngn dia..knp kau jadi baik pulak ngn dia...Aku tahu!!Kau dah dilamun cinta ngn dia sebab tu kau jadi orang bodoh yang sanggup buat apa je untuk dia kan??..Haha betul orang kata cinta tu Buta!!!"Aku menggengam sahaja tanganku..Perasan aku kat afrina suka hatilah akulh...kau tak perlu nak menyibuk!!

"Tapi sayanglah cinta korang takkan berterusan sebab anak aku akan kahwin ngn dia..Jadi nampaknya cinta kau tak kesampaianlah...Entah2 kau tak pernah cakp pun yang kau sukakan dia..Betul tak?!!Haha tu namanya pengecut..Lelaki yang pengecut!!"Afrina??Nak kahwin?!!Kenapa hati aku sakit bila dengar tengku riduan cakap macam tu?!!..Aku memang pengecut sebab tak beritahu apa yang aku rasa pada afrina..tapi aku tahu aku sanggup buat apa je untuk dia..sebab dia satu satunya wanita yang paling istimewa padaku..

"Aku tak kesah kau nak kata apa..Tapi aku akan pastikan kau jatuh akhirnya..Buat jahat dibalas ngn jahat..aku akan pastikannya..Sebab aku ada bukti jenayah kau..tunggu masa je untuk berikan pada polis..jadi hati 2 ngn pilihan kau"Tengku Riduan sudah berubah riak mukanya..aku tahu kau takut..Aku melangkah keluar dari situ ngn bangga..Siaplah kau nanti..Kau tunggu jelah..

"Macam mana dia tahu!!!!Ini tak mungkin!!!Aku dah hapuskan bukti di tempat kejadian..Tak Guna Tengku Arif!!!Kau nak bermain ngn aku..Ok jom bermain"..

#Maaf ya sesiapa yang tunggu cerita ni..saya sibuk sikit..saya minta maaf sangat2..K..Tunggu bab yang seterusnya tau..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience