BAB 30

Other Completed 312

Nak tanya ke tak nak kenapa dia dingin sangat atau baik tak payah ungkit terus. Karang dia kecik hati pulak. Kali ni mahaguru Sairah dan sifu Hera tak sehaluan lah pulak.

Sorang kata jangan ungkit weh sorang lagi cakap kau kena lah tanya weh. Confuse aku. Tapi aku rasa better shut up kot. Tapi macam mana nak baiki kesilapan kalau tak tahu kita silap di mana.

Doa! Haah lah. Doa kan senjata mukmin.

"Awak, sehari dua ni duk menung je kenapa?" Aku mandangnya yang telah siap untuk ke hospital. Aku bangun dari kerusi dan mengikat tali lehernya. Memang dulu tak pandai tapi lepas kena lecture dengan ummi, aku belajar jugak tapi tu pun dah lama sebelum kahwin lagi.

Ummi tu selalu pesan belajarlah ikat tie senang nanti nak ikatkan untuk suami. Lepas tu aku cakaplah suami aku superman. Superman tak pakai tie, ummi. Terus kena cubit, aduhai teringat balik effort aku nak belajar ikat benda alah ni memang sakit jugak sebenarnya tapi sekarang tak rugi dah betul sangat apa yang ummi buat tu. Hihihi. Tu lah dulu asyik nak merungut je.

"Saya tinggal sorang lagi. Awak dah pergi kerja."

"Sorry, saya akan try minta cuti kita pergi holiday ya?"

Hehehe ayat pujuk memujuk. Ye lah tu kena tinggal sorang. Ibu nak letak dekat mana. Ibu depan mata nak simpan je ke?

"Takyah lah awak. Saya dah nak start class balik dah. Dah tamat riwayat cuti sem."

"Sorry again." Pintanya lagi. Aduhai pujaan hatiku... Eh... Nak menyanyi pulak. Aku memeluknya erat, aku suka. Suka sangat rasa sekarang ni. Rasa tenang dan hangat. Kalau lah dia ni buat bantal peluk confirm tidur terlajak punya.

"Jangan buat saya rasa duk sorang-sorang dalam rumah tu."

"It'll never happen again. I'm sorry."

"It's okay. Jom breakfast! Awak, saya keluar hari ni boleh?" Aku dan dia beriringan ke dapur.

Ibu dan abah dah ada dekat situ. Pinggang aku yang dipeluk erat aku cuba rungkaikan sebab segan kot! Depan mertua kalau depan abi boleh tahan sikit.

Haa! Tengok tu pakat duk tayang sengih pulak. Tahulah kempen mulakan pagi anda dengan senyuman tapi ni dah masuk macam kes lain. Tolonglah jangan nak menyakat pagi-pagi ni.

"Morning." Sapa aku mesra lalu duduk di sebelah Mukhliz .

"Morning."

"Awak nak apa?" Soal aku pada Mukhliz .

"Roti je. Lunch nanti dengan saya eh, kat luar?" Soalnya pandang aku. Aiseyman aku dengan Sairah dan Hera dah decide nak makan sama-sama. Last lepak before start new sem yang lebih sakit otak.

"Saya dah janji dengan Sairah dan Hera . Dinner boleh?"

"Okay, kita dinner luar? Or awak nak saya masak? Sebab saya balik awal hari ni." Plan yang cantek menarik tertarik kau memang deboom tapi kalau aku kata ya karang dipanggil buli suami pulak. Tapi bakat dia masak memang best kalau nak bandingkan dengan aku yang tadika lagi ni. Dia dah phd kut.

"Mukhliz masak je. Tak salah sekali sekala rasa air tangan suami." Ibu dah bagi petunjuk yang memang aku nak sangat. Aku senyum mengangguk. Bukan sekali sekala ibu, dah berkala-kala Mukhliz yang masak dekat rumah. Eee, bini apalah aku ni.

"Saya masak. Awak nak makan apa?"

"Saya tolak batu dengan besi je. Saya makan semua." Balas aku selamba. Abah dah gelak dah, hahaha. Batu pun aku telan kadang-kadang. Gula batu lah! Bukan batu sungai.

-----

"Weh! Tengok tu!" Aku dan Hera pandang apa yang Sairah tunjukkan. Beria sangat sampai senget mulut.

Ugh! Lelaki yang mata keranjang rupanya. Dah ada anak bini nak menggatal lagi. Kurang hajaq namanya. Ni kena beri kesedaran sivik baru dia faham. Dulu dalam kelas confirm tidur ni. Cakap orang pulak, padahal dia yang selalu tidur. Dia tu siapa? Aku lah.

Serentak aku dan Hera pandang heels Sairah . Tinggi dia tak dak lah tinggi mana tapi tajam heels tu boleh tahan. Setakat dua inci half boleh dah ni.

Aku angkat muka pandang Hera dan kening aku terangkat sekali. Jahat punya style ni. Sairah yang blur pun angkat sama tapi angkat bahu.

"Sairah , pinjam heels jap. Aku nak kasi kenangan manis ni." Pinta aku pada Sairah . Hera dah angkat double likes hehehe.

Jaga lah kau mamat miang! Bini nak suruh pegang anak pun tak nak sebab duk usha awek. Bini dia tu dah boleh tahan lawa kot. Ni lah lelaki. Ish ish ish. Kesian lelaki yang baik diluar sana ya. Mohon maaf jangan terasa.

"Cepatlah." Aku meminta Sairah cepat. Lambat bebenor. Setelah heels bertukar kaki aku cuba imbangkan diri. Tak pandai pakai benda alah ni sangat. Karang aku yang tertonggeng, diri sendiri yang malu.

Aku terus bergerak mendekati lelaki miang yang sedang bersandar pada dinding kedai. Aku buat-buat cari phone dan kemudian...

"Aduh! Kaki aku!!!" Haa, tu ubatnya untuk orang gatal tak ingat dunia. Aku tak sengaja lah sangat terpijak kaki dia. Hahaha. Jahat aku ni mohon jangan dijadikan teladan.

Meringkuk dia sebab sakit. Apa lagi, cepatlah minta maaf karang berdosa pulak.

"Sorry tak perasan..." Bersalah sekali suara aku. Padan muka. Lepas tu bini dan anak dia keluar.

"Ya Allah, Irfan okay? Darah ke?" Soal bininya risau. Kalau akak nak tahu suami akak ni gatal miang. Padan dengan muka dia!

"Okay kak! Sikit je ni. tak payah pergi klinik pun." Kak??? Aku dan Hera dah nak tercabut rahang terkejut. Alamak!!!! Dah salah target pulak. Aku pandang lelaki depan aku dengan rasa betul-betul bersalah. Apa aku dah buat ni? Kesian orang tak berdosa.

"Sorry kak, abang. Saya tak sengaja. Nak pergi klinik ke or nak saya bayar ganti rugi?"

"It's okay. Untung saya pakai kasut. Dah tak sakit pun." Dah lah siap senyum dekat aku lagi. Hera !!! Apa kita dah buat ni.

"Lagipun awak tak sengaja kan? Biasalah tu kemalangan." Tak sengaja lah sangat. Aku dah tunduk-tunduk macam orang Jepun sebab rasa bersalah.

"Sorry again."

"It's fine. Don't worry." Dia senyum weh. Muka macam baik bak pak ustaz. Kenapalah aku cop dia gatal tadi. Tang mana nampak dia gatal. Takkan sebab pandang perempuan lain pun dah label gatal kot.

"Maafkan saya." Ucap aku lagi sebelum dia berlalu pergi. Ya Allah, apa aku dah buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience