Hujan dah reda, aku teman Mukhliz ke kereta. Mesti banyak tanda soal dalam otak dia kan?
"Kenapa?"
"Kenapa?" Soal aku balik.
"Kita discuss lain tapi awak buat lain."
"Saja, saya suka cincin ni. Tak kan nak pulangkan balik."
Dia pandang cincin di jari aku. Memang cincin ni lawa, mahal pulak tu tapi bukanlah sebab cincin ni mungkin sebab aku tak tahu kenapa kot. Macam pelik je ayat aku ni?
"Saya tak penah ada niat pun nak ambil cincin tu balik. Awak tak perlu berkorban demi cincin tu."
Tak faham bahasalah pulak mamat ni. Aku buat muka bengang. Dia tak suka ke aku setuju kahwin dengan dia? Saja je nak cari gaduh. Kalau rasa nak lawan mai lah dekat sikit.
"Awak tak suka ke? Nak saya putuskan?" Soal aku padanya. Gaya memang tak boleh blah, macam gangster.
"Tak. Suka! Tapi kalau awak terpaksa, saya tak nak paksa."
"Bukan sebab apa-apa. Saya pun tak sure kenapa. Sebab saya redha kot. Awak pun ada kerja, kaya dan ada rupa. Kira rezeki lah tu." Aku jawab selamba tapi dia dah senyum. Agaknya jawapan aku best didengar begitu sahaja kot.
"Thanks."
"Most welcome. Baliklah, saya halau ni." Aku berkata jujur. Haha.
-----
Paginya aku bangun untuk solat. Sakit kepala tak payah cakap lah.
Lepas je solat, aku sambung tidur balik. Memang kena penangan hujan drama semalam rasanya. Sakit satu badan. Mulalah rasa sedih kalau demam. Aku ni memang bila demam sikit, manja dia yang dah jadi lebih sikit.
"Hello." Serak suara aku menjawab call Hera . Ponteng lagi nampaknya kelas sir Manan hari ni. Suka!
"Kau demam ke?"
"Sikit. Aku ponteng weh. Bye." Aku baling telefon niatnya slow je tapi dah sampai atas lantai. Untung ada karpet kalau tak memang kena buat pembedahan plastik phone aku tu.
"Bangun, Eby!" Ummi mai.
"Ummi, Eby tak sihat lah..." Aku bersura sedih. Ummi terkejut terus naik ke atas katil dan dahi aku disentuh.
"Demam ni."
"Ummi, nak abi..." Aku merengek manja. Memang kalau demam aku nak dengan abi je. Apa salahnya, demam bukannya selalu sebulan sekali pun kira mujur kalau ada.
Ummi yang memang dah kenal aku, pergi panggil abi. Abi yang dah handsome nak pergi pejabat terpaksa cancel kerja dia. Abi baring disebelah aku sambil menyandarkan aku pada badannya.
"Panas ni. Pergi klinik, ya?" Ajak abi. Hesh macam lah aku nak.
Aku menggeleng laju. Air mata yang mengalir sebab selsema, abi lapkan. Bukan sebab aku yang manja tapi selsema ni buat mata aku panas rasa nak menangis. Sebab tu air mata keluar bagai nak rak. Boleh simpan untuk bekalan setahun air kat rumah. Cewah ayat bohong.
"Call Mukhliz lah." Saran abi. Eh, buat apa pulak? Tak payah nak menyusahkan dia sangat. Abi is more than enough.
-----
Aku cakap tak payah tapi mana ada orang dengar. Mukhliz yang ada depan aku sekarang ni pandang je aku. Dah cakap, tak payah datang.
Aku yang melekat dengan daddy sambil berbungkus dalam selimut terpaksa memakai tudung. Dah dia haram bagi aku. Air mata masih jugak turun tak berhenti. Manja bebenor anak En Darwin ni!
"Pergi lah kerja. Saya okay." Aku menghalaunya lagi. Dah kali ketiga aku halau dia rasanya. Bukannya membantu pun dia ada dekat sini. Air mata aku mengalir jugak bagai air terjun dah aku rasa.
"Awak sure? Tak nak pergi hospital?" Soalnya lagi.
Aku yang sedang memeluk abi menggeleng. Tak payah nak tunjuk concern sangat karang aku penendang, dia yang duk hospital.
"Saya takut awak hidrate je nanti. Air keluar banyak sangat." Terkejut aku. Biar betul boleh hidrate? Aku cepat-cepat lap air mata yang masih lagi mengalir. Lepas tu aku nampak dia sengih. Abi dengan ummi pun sama. Kurang hajaq punya doktor tua! Berani dia mainkan aku.
"Pergi!" Aku berkata keras. Abi dah nak marah dah, ummi pun duk back up sangat bakal menantu dia tu. Eee geram betul aku rasa sekarang ni. Dia tu bukan sesiapa pun. Tunang aku je kot. Geramnya.
"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Haa, tahu takut.
Share this novel