Selesai solat dua rakaat itu, doa yang dibaca oleh Mukhliz Danish buat aku sebak. Air mata aku berlinangan.
Moga Allah perkenankan doa kami. Semoga kami sekeluarga bersama di Syurga. Aku tak minta bidadara di Syurga nanti ya Allah, cukuplah sekadar suami aku jodohku.
"Jangan menangis, sayang." Air mata aku dilap dan dahi aku dicium lama.
"Allah maha pemurah dan penyayang. Berikan saya sebaik-baik suami. Izinkanlah saya menjadi isteri awak untuk selamanya."
"Moga awak jadi pendamping saya hingga ke syurga."
Aku memeluknya erat. Tak kisahlah betapa hebat cinta manusia tapi tak setanding cinta Allah kerana Dia yang memberikan rasa cinta pada hambanya. Maka, cintailah maha pencipta cinta dan cinta antara kita akan lebih indah.
-----
"Nakalnya isteri saya ni!" Ujar Mukhliz sambil menarik hidung isterinya yang sedang berbadan dua sekarang. Dah dua bulan tapi perut tak nampak lagi. Teman Sairah katanya. Nak fight katanya. Seronok isterinya menyakat Hera yang cuak akan kahwin hari ni. Kemain lagi. Main redah je tak hiraukan orang lain dah.
"Relax ah, dear. Nak bagi blusher free and ketar lutut ni." Balas Anna dan dah bangun dari kerusi untuk menambah malu Hera yang diusik sakan.
Tangan Anna ditarik oleh Mukhliz dan Anna terpaksa duduk semula.
"Sit here or I'll kiss you." Terdiam terus aku bila dia ugut macam tu. Eee. Geram pulak aku rasa. Tapi dia berani ke? Aku sengih dan cuba bangun, baru je nak gerak dia dah kiss pipi aku!!! Depan orang ramai! Malunya!!!
"Apa ni?!" Marah aku. Blushing giler. Orang dah gelak dah. Malu lah!
"Nakal awak eh! Saya gigit kang!" Dia boleh bantai gelak dan peluk pinggang aku. Buat malu je lah. Hera pun kemain gelak ya. Jaga kau!
"Jaga-jaga Hera , selalunya lelaki tak banyak cakap macam Ammar tu nakal macam ni lah. Teruk lagi kot." Usik aku. Hahaha. Muka Hera dah cuak. Yes! Berjaya bayar balik. Aku dah gelak sakan. Hera terkena.
'Nakalnya isteri aku ni...' Gumam Mukhliz lalu tersenyum memandang Anna yang sedang seronok ketawa. Kenakan orang memang.
Share this novel