"Ni lah Anna , ya?"
Aku menyalami tangan datin depan aku ni. Baik weh, pakai tudung labuh lagi. Siapa kata datin-datin ni majoritinya rambut merah? Jangan buat fitnah weh!
"Itulah nama diberi. Tak tahu pulak atas sebab apa." Aku menjawab selamba sambil tersengih. Dah dapat gift jelingan ummi. Susahnya kena control daripada jadi diri sendiri.
"Aunty sihat?" Soal aku mesra. Suka tengok wajah aunty ni. Memang wajah ibu-ibuan lah katakan. Ummi pun aku suka tengok tapi bila tengok aunty ni buat aku teringat dekat ustazah aku yang paling baik dengan aku dan yang dah basuh otak aku yang agak jahat dulu.
Zaman form 1 lah tu. Tak mumaiyiz lagi masa tu. Kepala hotak tak mumaiyiz! Tak tak, zaman nakal.
"Alhamdulilah sihat. Panggil ibu je."
"Ibu? Nak buat Anna jadi menantu ke?" Soal aku selamba dan gelak.
Ummi dan ibu pun turut sama gelak. Memang aku tengah buat lawak pun sebenarnya.
"Itulah niat ibu." Apakah? Apakah? Apakah yang tengah berlaku ni? Aku tengah loading sekarang ni. Tolonglah jangan buat aku macam ni. Jangan lah buat lawak. Cuaknya.
"Ummi?" Soal aku sambil pandang ummi.
"Eby belum berpunya kan? Ibu tu nak merisik lah ni." Aku rasa macam blur gila. Dah rasa macam nak nangis dah ni. Abi...
"Ibu nak ikat je dulu. Bertunang dulu ke? Ibu dan ummi nak ke Makkah lama. Macam-macam boleh jadi kat sana. Jadi kami nak satukan Anna dengan Mukhliz , anak lelaki ibu."
Mamat mana pulak yang bernama Mukhliz ni? Aku pandang ummi tapi ummi memandang aku dengan harapan.
"Anna belajar lagi." Jawab aku. Mengelak lah ni. Alasan.
"Bertunang je dulu. Lepas habis study, kahwinlah."
Macam dah jatuh ditimpa pagar je. Bukan tangga lagi dah. Aku tersenyum berat. Cincin merisik disarungkan ke tangan. Aku nak menolak tapi tak mampu. Aku muda lagi!!!
-----
"Eby tak suka, ya?" Soal abi.
Esok aku akan bertunang dengan Mukhliz Danish si lelaki mana aku sendiri tak tahu. Sairah dan Hera cakap aku kena bersyukur sebab Allah dah sampaikan jodoh aku sekarang.
Suka lah dorang bila aku nak kena ikat macam tu. Aku ni cinta monyet pun tak pernah try. Ni nak kahwin pulak.
"Entahlah abi. Terkejut."
"Abi faham." Abi tarik aku ke dalam pelukannya. Akhirnya aku boleh menangis dengan tenang. Nangis tenang ni maksudnya nangis ada mood lah. Menangis pun kena ada mood weh baru lah nampak real sedih tu. Baru tarik simpati orang. Poyo lah ayat aku. Padahal cuak.
"Abi pun tak tahu kenapa abi tak menolak cadangan ummi. Kalau boleh, nak Eby habis study dulu tapi bila Allah dah aturkan semuanya, hati abi boleh terima. Eby, sepatutnya Eby rasa bahagia Allah dah temukan jodoh Eby sekarang."
"Tapi Eby tak kenal lelaki tu. Eby takut."
"Baik Mukhliz tu. Mukhliz tu baik sangat sampai abi rasa..." Apa ni abi? Buat iklan pulak.
"Rasa apa?" Soal aku tak sabar nak tahu.
"Rasa risau, macam mana dia nak jaga anak abi yang nakal ni?" Aku dah naik geram. Abi ni! Aku meleraikan pelukan dan buat-buat merajuk.
"Sampai hati!"
Abi tergelak besar. Memanglah aku ni nakal, sikit je lah kalau setakat huru-harakan rumah ni dan main skateboard dalam rumah. Boleh dimaafkan nakal aku tu aku rasa.
"Merajuk ke?"
"Tak payah nak pujuk sangat." Aku buat duck face. Boleh rasa hodoh bebenor muka aku sekarang dan abi gelak lagi. Aku akhirnya tersenyum.
Betul ke aku untung sebab dipertemukan jodoh sekarang? Takut lah nak jumpa tunang aku esok... Eee macam manalah rupa Mukhliz Danish tu.
Share this novel