BAB 20

Other Completed 312

"Penatnya..." Usai solat Isyak dan mandi, aku bergolek atas katil. Penat gila hari ni layan tetamu.

Mana pulak Mukhliz ni? Dia tak penat ke? Lantaklah.

Tengah syok bergolek sakan, Mukhliz masuk dalam bilik selepas dia bagi salam.

"Tak mandi lagi?" Soal aku direct bila dia masih lagi dengan baju melayu. Tapi sampin dah tak ada lah.

"Jawab lah salam saya dulu." Hayya. Asyik terkena aje. Aku jawab salamnya dan menanti jawapan darinya.

"Belum lagi. Nak mandi lah ni. Awak dah solat?"

"Dah. Baru je."

"Bagus. Saya mandi dulu."

"Pergilah. Dah sebilik bau haaa." Dia senyum je. Senyum je ke mamat ni tahu? Gelak tak reti? Kalau tak reti nak ajar ni sebab aku punya bakat gelak memang luar biasa sikit. Kalau setakat nak turunkan ilmu sikit, boleh je.

Hmm patut ke aku buka tudung? Patut je kan? Sebab dia suami aku dah tak aurat lagi dah. Tudung aku buka dan simpan di tempat sepatutnya.

Tengah aku syok sikat rambut, dia keluar dari bilik air. Dah kenapa jadi tugu depan bilik air? Aku pandang dia sambil kening terangkat sebelah.

"Asal?" Soal aku pelik.

"Cantik rambut awak." Eh, dia puji aku. Senyum pulak tu. Puji lah lagi. Aku suka kot.

"Dah tahu dah. Sebab tu saya simpan untuk suami saya je." Cewah! Ayat tak boleh blah. Tapi dia senyum je. Alahai hati... Suka ya tengok dia senyum?

"Bertuah suami awak ya?" Ujarnya lagi. Bukan dia ke suami aku? Nak kata dia bertuah dapat aku ke? Bangganya!!! Macam dapat pingat emas dalam sukan olimpik je!

"Agaknyalah. Bertuah lah kot." Aku pergi ke katil dan terus masuk dalam selimut. Badan letih, mata pulak mengantuk. Memang tidur je jalan penyelesaiannya.

-----

"Awak, bangun solat subuh. Kita solat sama-sama." Siapa pulak suara baik macam bidadari kejut aku solat ni?

"Pukul berapa ni?" Soal aku malas. Memang dah dasar pemalas semuanya malas lah jadinya.

"6:15 pagi. Bangunlah."

Aku buka mata yang masih berat. Aku pandang insan di depan aku ni. Lelaki? Siapa pulak ni?

"Siapa hang ni?"

"Saya? Suami awak lah."

"Bila ceq kahwin?"

"Semalam."

"Oh, bukan mimpi ka?"

Aku dengar dia tergelak kecil. Lawak ke soalan baru bangun tidur aku ni?

"Reality. Bangunlah."

"Angkat boleh?"

"Apa?"

"Angkat saya, malas nak jalan."

"Sure?"

"Yup." Terasa badan aku diangkat. Bestnya kalau hari-hari macam ni. Rasa macam puteri je. Hehehe. Cita-cita zaman tadika nak jadi puteri.

"Saya tunggu luar."

"Ambiklah wudhuk lain. Dah batal wudhuk awak tadi." Aku melepaskan tangannya.

Dia berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bilik air.

"Kenapa tengok saya macam tu? Tak puas hati?" Soal aku sambil tersengih jahat. Jahatnya aku ni saja nak kenakan dia pagi-pagi macam ni. Tapi lain pulak yang jadi bila dia mendekati aku dan mengepung aku dengan tangannya. Kenapa ni? Mana nak lari kalau macam ni? Abi, tolong!!!

"Alang-alang dah batal wudhuk, saya nak minta hadiah sikit." Ujarnya sambil kenyit mata. Dah kenapa kenyit mata?

"Hadiah apa dalam bilik air ni? Nanti pergi mall ke, kedai makan ke boleh lah mintak hadiah. Ingat saya ni santa claus?"

"Cepatlah ambil wudhuk."

Aku tersengih gembira. Aku gosok gigi dulu. Bersugi kan sunnah. Memang tak guna kayu sugi. Yelah mana nak cari dekat bandar macam ni.

Aku ambil wuduk dan mengesat muka dengan tuala. Rupanya dia tunggu turn lah weh. Tunggu turn ambil wuduk. Dah macam duduk hostel pulak aku rasa sekarang ni. Kami berdua keluar dari bilik air dan abi ada depan pintu bilik tidur.

"Awat abi? Senyum ja?" Aku memandang abi sekilas dan ambil telekung lalu menyarungnya. Abi pandang aku dan Mukhliz pelik. Apasal dengan kami? Pakai baju sempurna je.

"Jom solat berjemaah. Lama daddy tunggu ingatkan tak siap lagi."

"Jom abi! Dah siap ni." Aku mendahului langkah Mukhliz . Yang dia membatu tu kenapa pulak? Lantak kau lah takkan nak suruh aku angkat pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience