"Pergi lah teman Mukhliz ke kereta."
Ummi menyuruh aku pulak? Ni memang kes sengaja ni. Bukannya payah mana jalan nak ke laman rumah. Pintu pun bapak besar. Orang rabun pun boleh agak. Nak kena hantar pulak. Takyah nak buat kempen eratkan silaturrahim sangat.
Aku dengan malas mendengar aje. Senyap je kami berdua. Kalau nak mintak maaf pun rasa macam aku tak salah apa.
"Masuklah." Ujarnya bila dia dah sampai dekat kereta.
"Tak payah halau. Memang nak masuk pun. Tak kan nak berkhemah dekat sini."
"Saya tak halau. Saya cakap je."
"Yelah. Balik lah!" Aku pulak yang halau dia. Ish! Ni bukan perangai aku halau tetamu ni. Kita sepatutnya menghormati tetamu. Tahu dek abi, kena ceramah agama dua hari dua malam ni. Tapi kenapa dia senyum bila kena halau. Nak gelakkan aku jugak lah tu.
"Dah lah! Jangan nak gelakkan orang! Belasah karang!" Eee. Aku ni dah geram pulak.
"Assalamualaikum." Ujarnya sebelum masuk ke dalam kereta. Tak tunggu lama aku terus masuk dalam rumah.
Selepas tutup pintu baru aku teringat nak jawab salam dia. Abang dah gelak dah. Abi pun sama. Malulah.
"Siapa sir Manan tu?" Soal abang sambil ketawa.
"Bukan bapak mertua Eby lah yang penting." Aku jawab selamba dan duduk disebelah abang.
Kalau aku buat marah dan malu makin seronok dorang ni semua. Jadi, kena bertenang kalau tak aku bertendang dengan abang nanti.
"Abi, ummi, ingat tak kawan Eby yang Sairah tu?" Soal aku selamba. Bohong lah kalau tak kenal.
"Kenapa?" Soal ummi.
Abang pun dah pasang telinga curi dengar. Heh. Berminat ke?
"Dia nak usha abang. Ummi and abi izinkan tak?" Soal aku lagi.
Ternganga abang dibuatnya. Ummi dengan abi pun terkejut. Aku just sampaikan hasrat hati Sairah je. Niat yang Sairah tak nak orang lain tahu.
Aku tahu ni memang tak elok tapi aku jumpa dalam diari dia. Tak sengaja je sebenarnya aku terbaca.
"Really? Abi berkenan sangat dengan Sairah tu. Cantik budaknya."
"Betul ke Eby ni? Ke saja nak kenakan abang?"
"Ada pulak tipu. Betul lah!"
Abang dah malu. Yay yay! Abang dah malu. Muka macho sangat. Bab perempuan je malu, lembik.
"Mengarut lah tu!" Abang dah angkat punggung. Aku gelak lah apa lagi. Best jugak kenakan si hati batu Zareef Haziq ni.
"Betul ke?" Soal ummi dan abi berminat. Suka betul dekat Sairah tu. Memang perangai baik tapi dah sampai mereng dia penat nak layan oh. Hahaha.
"Tipu je. Saja nak sakat abang." Aku sengih lalu melarikan diri. Ummi dah naik angin. Abi pun dah pandang aku semacam. Hahaha. Bapak hebat boleh kenakan orang hari ni.
-----
Aku pandang telefon tanpa perasaan. Pandang pun kena pandang dengan perasaan rupanya.
Dah dua minggu tak contact tunang aku, eh bukan. Dah dua minggu dia tak contact aku. Sejak bila kami baik pulak eh? Dah bertunang dua bulan tapi hambar macam orang single je.
Aku tak kisah pun sebenarnya. Kalau dia contact aku pun sekali je seminggu tu pun tanya bila nak cari barang kahwin dan tanya khabar je. Ke aku berharap dia call aku? Huh! Pelik bonar aku sekarang ni.
"Ingat Dr. Mukhliz ke?" Sairah ni. Potong mood aku betul lah.
"Tak dak masa nak ingat dia. Kau pe cerita? Tak jealous ke aku dapat doc kau tu?"
"Aku jealous? Takde maknanya. Aku sekarang ni jatuh cinta dengan abang kau. Tapi abang kau tu jual mahal sangat."
"Hahaha. Aku jual abang aku tu satu singgit je. Beli dengan aku je lah." Mengekek aku dengan Sairah gelak. Kesian abang jadi barang dagangan, ya? Aduh, kelakar.
"Weh. Semangat gelak" Hera dah mai.
"Semangat lah! Yang kau sedih ni kenapa? Wrestling dengan Senior?"
"Mana ada. Senior ajak aku jumpa mak dia. Cuak!"
"Yeke? Bagus bagus! Congrats friend, bakal menyusul aku lepas ni." Aku angkat kening.
Hera tetap serius, tak pernah-pernah dia serius macam ni sekali.
"Korang teman aku jumpa mak dia?" Ajak Hera .
Aik, tradisi zaman bila bawak kawan jumpa mak mertua. Aku dan Sairah naik hairan.
"Tak pernah dibuat orang weh."
"Aku nak buat. Tolonglah..." Rayu Hera lagi. Aku pandang Sairah kemudian Sairah mengangguk jadi aku pun tak ada sebab nak menggeleng.
Aku ikut sama mengangguk barulah Hera senyum lepas tu. Hahaha. Penangan jumpa mak mertua ni boleh tahan dahsyat eh. Aku ni kes lain macam.
"Thanks friends!" Kami bertiga berpelukan. Aku gembira Hera dah jumpa cinta dia. Agaknya macam ni lah mereka gembira bila tahu aku bertemu jodoh. Memang kawan baik aku dua orang ni percaya dengan jodoh. Yakin dengan kuasa Allah.
Share this novel