"Eby, bangunlah cepat. Nanti lambat pulak ke kelas."
Ummi ni... Tak penting mana pun kelas hari Isnin ni dah memang aku muka ponteng kelas lecturer tu. Aku menarik selimut dan menyorok tapi ummi memang lebih terror bab kejut orang bangun pagi.
Dan kalau nak tahu, nama panggilan 'Eby' aku tu adalah singkatan dari 'baby'.
"With three or you wet?"
Hah! Tu dia ugutan ummi yang super garang bila bab kejut bangun pagi.
"Ummi, pergi kejut abang dulu." Hihihi. Aku ni dua beradik je. Ada abang je tu pun garang jugak memang sel-sel garang ummi turun dekat dia.
"Abg Reef dah pegi kerja pun. Bangun!"
Peha aku dipukul dengan kuat. Aku bangun dan bersila atas katil.
Sekarang dah pukul 7 pagi. Kalau aku bersiap sekarang kelas pukul 8 tu tak sempat jugak. Eleh. Alasan je tu sebenarnya.
"Now!" Aku pandang muka ummi. Memang garang gila oh dan memang cari pasal kalau tak bangun lagi.
Aku turun dari katil. Sambung tidur dalam tab mandi lah. Ingat tak boleh tidur ke?
"Don't you dare to sleep in the bathroom!" Erk! Baru je niat dah kantoi! Sense kuat betul ummi ni. Aku hanya mampu mengangguk dan tersengih.
"Anna Syifa , I mean it."
"Yes ummi. 15 mins and I'll be downstairs." Aku terpaksa mengalah.
Ummi dah guna nama untuk akad nikah aku ni. Terpaksalah aku ikutkan. Malas betul nak pergi lecture sir Manan . Mesti aku jugak yang kena perli dengan dia nanti. Asyik aku je yang terkena, tahu lah result aku ke laut sikit tapi agak lah nak malukan aku satu kelas.
Hehehe. Salah aku jugak sebab malas belajar sangat.
Aku pandang makanan atas meja dengan berselera sebab nampak sedap sangat. Aku baru je baca doa makan last-last ummi bagi aku makan roti je. Lepas tu kena halau pergi kelas. Ummi ni...
Huwaaa abi... Baliklah cepat outstation tu... Merana Eby kena control dengan abang Reef dan ummi... Merintih dalam hati je lah. Ye idok?
"Pak Rahman jangan ikut cakap Eby ni. Hantar dia pergi kolej." Pesan ummi pada pak Rahman . Memang pesanan yang biasa lah tu.
Risau sangat aku melencong. Kesian dekat pak Rahman yang kena marah.
Setelah bersalaman dengan ummi, macam biasalah. Pesanan penaja pagi-pagi ni suruh belajar elok-elok. Dengar macam aku tak suka kan? Aku sayang gila ummi aku ni tau! Kalau tak dah lama aku lari dari rumah! Hahaha. Idea gila, tak pernah terlintas pun sebenarnya.
"Nak pak Rahman hantar macam biasa ke?" Soal pak Rahman yang biasanya menghantar aku jauh dari kawasan kolej. Bukan apa aku tak suka orang tahu yang aku ni agak berada.
Riak oh kalau nak mengaku kaya. Bukan harta benda aku pun. Hak Allah jugak. Abi dan ummi selalu pesan suruh rendah diri sebab hidup di dunia ni harta bukan pengukur darjat seseorang.
"Macam biasa, thanks pak Rahman . Jangan dengar cakap ummi tu." Pesan aku sambil tergelak bila turun dari kereta.
"Pening pak Rahman macam ni. Hati-hati, nak." Pesan pak Rahman lagi.
Aku mengangguk dan tersenyum lalu berjalan kaki. Takdelah jauh mana pun nak kena berjalan ni.
"Dah sampai pun orang kampung ni. Jalan kaki lagi?" Ni lah geng bajet diva dekat kolej aku.
Geng Nugget Suzan ! Ey, kalau ikutkan tak sabar ni nak je aku pakai ilmu taekwando yang aku menuntut sampai red belt ni. Tapi dek hati penyabar aku ni dan sabar tu separuh dari iman, aku kuatkan jugak. Anna Syifa , kan?
"Jalan tangan ada ke? Kalau ada aku nak try jugak." Aku jawab selamba dan melintas dia dengan muka tak berdosa.
Geram dia tengok aku sekarang ni. Alahai mamat tepi dia tu pun budak hot jugak. Tak dinafikan memang handsome tapi malang betul sangkut dengan minah sewel tapi hot ni. Suzan pun lawa gila weh! Kalau tak takkan boleh jadi hot kan?
"Anna , kau kena lagi ke?" Soal Sairah .
"Kenapa tak cili je mulut nugget Suzan tu?" Ni Mahera . Atau Hera je kami panggil.
Bestfriend aku lah dua orang ni. Mereka je tahu kehidupan sebenar aku macam mana. Apa nak kisah dorang pun lebih kurang sama dengan aku je hidupnya. Malah lebih kot. Aku pun tak sure tapi dorang ni rendah hati dan rendah diri. Takdelah nak berlagak macam nugget Suzan tu!
"Alaaa, lagi dilayan lagi suka minah tu. Aku rasa satu cara je nak bagi dia diam." Aku mengangkat kening jahat. Jahat tu takdelah. Nakal boleh lah kot. Hihihi.
"Apa weh? Kau punya idea selalunya level jin jahat weh." Kurang hajaq punya Sairah . Aku dikatanya Jin? Memang tak sayang kawan betul!
"Cepatlah!" Marah Hera . Tahu pun nak dengar idea bapak hebat aku ni tapi takdenya aku nak melancarkan misi jahat ni.
"Usha pakwe dia!" Aku berkata senang lalu berjalan meninggalkan mereka berdua yang dah ternganga. Buruk gila muka dah macam ikan buntal yang kurus aku tengok. Kelakar habis! Memang lawak kampus!
"Kau ni biar betul. Meraung minah tu weh."
"Gila lah weh!"
"Weh, aku gurau je weh!"
Share this novel