Tengah aku duk layan perasaan depan TV rumah ummi, ummi duduk sebelah aku. Aku peluk lengan ummi. Tiba-tiba je rasa nak bermanja dengan ummi. Ummi membalas pelukan aku dan mengusap rambut aku.
"Eby happy dengan Mukhliz ?"
"Mestilah happy, ummi! Happy gila kot sebab dia asyik terkena je." Aku gelak jahat. Habis tangan aku ummi cubit. Alaaa ummi ni gurau je dengan Mukhliz tu.
"Jangan asyik nak kenakan orang je." Haa, dah start dah. Aku buat-buat menguap dan pejam mata rapat-rapat malas nak dengar.
"Mukhliz , dah makan?" Soal ummi sebaik nampak suami aku. Eh ummi ni rampas takhta aku nampak. Baru petang ni aku nampak muka dia. Sibuk benar dengan hospital tu. Ececeh ayat merajuk ni.
"Dah ummi, ummi dah makan?"
"Dah." Ummi menolak bahu aku supaya menyambut kepulangan Mukhliz .
Dah dekat setahun kahwin nak sambut buat apa lagi. Karang patah jari aku nak sambut sebab berat sangat. Aku bangun dari sofa dan terus mendekatinya.
Ummi dah pergi ke dapur. Aku angkat kening jahat. Jari aku menari atas tali lehernya. Cewah bapak ayat kan? Jari menari? Dah rasa macam nak goda suami sendiri. Muka dia dah cuak dah, best ni kalau kacau dia bagi masak ini apple sikit. Huhuhu.
"Awak rindu saya tak?" Soal aku manja.
"Me... mestilah..." Eh! Positif lah jawapan dia. Suka!
"Awak tak rindu saya?" Soalnya pada aku tapi pandang tempat lain. Ingat ni zaman tak kahwin ke takut zina mata. Ke mata aku ada laser macam cerita X-men tu? Sekali pandang terbakar?
"Tu lah masalahnya. Tak rindu." Balas aku sambil buat muka sedih. Dia dah tersenyum, kenapa senyum pulak? Aish, aneh ni.
"Siapalah saya kan? Bukan dapat duit pun kalau rindu saya." Pelukan aku dirungkainya. Eh, tak pernah pun macam ni selama ni. Aku pandang dia yang dah pergi ke bilik tidur. Aik? Lain benar angin dia hari ni. Aku ada salah cakap ke tadi? Malaslah nak throwback.
Aku naik ke atas dan tengok dia sedang berdoa. Baru lepas solat Asar rupanya.
Setelah dia mengaminkan doa, aku bersila disebelahnya dan memeluk lengannya. Tapi dia tak balas pun. Kenapa ek?
"Saya nak mengaji ni. Lepas ni lah awak usik saya, ya?" Soalnya tanpa senyuman. Pelik sungguh aku rasa sekarang ni. Kenapa ni? Apa dah jadi sebenarnya?
Dah tiga hari kalau aku tak lupa. Dia jadi dingin sikit. Dah lah asyik ada emergency call je.
-----
Mukhliz on-night malam ni. Jadi tinggallah aku sorang-sorang dekat rumah besar ni. Rasa kosong je. Tak pernah aku duk sorang kalau dia on-night tapi malam ni rasa macam nak duk sorang je.
Dah seminggu lebih dia tak banyak cakap. Bukan dia jenis tak banyak cakap ke? Bukan, dah lama dia tak layan lawak aku yang memang bodoh jugak kadang-kadang. Aku renung tempat yang aku dan dia pernah menari dulu. Pada mulanya aku menari kpop bajet hot sikit. Tak sangka dia pun pandai menari hip hop dan street dance.
Aku pandang peti sejuk tempat kami buat sticky note warrior dulu. Dah lama tak main benda ni kan? Selalunya kalau gaduh bab basuh pinggan dan makanan, peti lah jadi mangsa sticky note warrior.
Aku pandang remote TV yang kami berebut. Last sekali aku cabut bateri dan dia terkulat-kulat tak faham kenapa dia punya siaran tak boleh ditukar. Aku senyum jahat kemudian dia gigit jari aku manja. Geram katanya. First time dia gigit jari aku. Sweet. Aku suka sangat.
Ada jugak aku ajak dia swimming rumah ibu dan aku yang kuasa tidur tinggi ni boleh lelap dalam air. Aku sangat sukakan air! Sangat suka!
Teringat bila malam Jumaat duk cerita hantu zaman sekolah berasrama dulu. Last sekali dia dan aku tak tidur sebab aku ni takut sangat sampai tak boleh lelap. Malam jumaat orang bacalah Yaasiin ke Al-Kahfi ada elok sikit. Duk cerita pasal hantu tu kenapa? Cari pasal kan?
Teringat bila dia suka ajak aku main sorok-sorok lepas tu kena tangkap dan kira sampai sepuluh. Masa mencari limit 5 minit je. Jadi pandai-pandai lah nak cari jalan selamat dan tempat sembunyi yang paling bijak.
Aku rindu main polis dan penjahat sebab asyik aku je yang jadi polis dan dapat tembak dia. Dia tu kena mengalah selalu.
Aku berhenti dari throwback dan termenung. Dah 6 bulan kahwin, kami masih lagi macam tu.
Sekarang cuti sem pun aku bertapa je dekat rumah. Teringat zaman kuliah, cewah macam dah lama je.
Aku curi dia punya sign nak buat surat MC. Ponteng kelas sir Manan lepas tu sir Manan lapor dekat Mukhliz . Kantoi! Lepas tu dia dah warning aku jangan menipu. Tapi dia tak marah pun.
Sukanya ingat balik. Paling best kalau main sembunyi aku tidur terus tak sedar. Bagai nak gila dia cari aku dia cakap. Lepas tu masa mencari dikurangkan sebab dia takut aku tidur lagi. Kelakarnya rasa. Kan?
Air mata aku mengalir. Dah banyak yang kami lalui bersama tapi seminggu yang dingin ni buat aku rasa sunyi berpuluh tahun. Ya Allah, adakah aku bukan isteri yang baik untuknya? Atau ini balasan aku sebab tak menjadi isteri yang sepatutnya?
Share this novel