BAB 23

Other Completed 312

Aku memasang tv dan siaran bola luar negara sedang ditayang sekarang. Aku ni bukan tak minat bola sepak tapi lebih kepada dalam negara je lah. Aku mestilah sokong Pahang, kampung tercintaku! Yeah!

"Boleh saya duduk sini?"

Dah kenapa sopan semacam je suami aku ni? Nak kata sempit, luas je lagipun dia ni bukannya gemuk pun sampai tak muat.

"Duduk je lah. Bukan hak kerajaan pun." Aku jawab selamba dan dia terus labuhkan punggung disebelah aku. Jauh pulak tu duduk nak tumpang bahu buat tidur pun tak boleh. Kedekut. Ke dia segan? Ni yang rasa nak usik ni.

"Awak." Aku panggil ringkas. Dia pandang aku dan senyum. Alahai senyuman ni lah buat aku tak sampai hati nak kenakan dia tapi dek kerana aku ikut akal jahat ni aku kena gak kenakan dia, nanti tak lena tidur.

"Dekat sikit." Aku menyuruhnya merapatkan kedudukan tapi dia berkerut. Suka sangat berkerut mamat ni. Karang aku ambil iron baru hilang kang kedut dia tu. Kalah professor berkerutnya. Aku bukannya suruh terjun bangunan pun.

"Cepatlah!" Aku memaksanya dan dengan cepat dia mendekatkan diri pada aku. Tak rapat pun. Alahai pemalu sangat ke dia ni? Aku merapatkan diri aku padanya. Dia dah kaku dan fokus memang 100% dekat tv. Kalau tegak macam ni dah macam patung. Aku meletakkan tangan pada pehanya dan dia terus pandang tangan aku. Dia cuak lah! Haha rasa nak gelak je.

"Awak..."

"Apa?" Lajunya dia jawab. Aku tak sempat habis ayat lagi. Lawak gila mamat ni adoi sakit perut tahan gelak. Boleh tercabut usus kalau macam ni.

"Nak peluk awak boleh?" Soal aku berani. Dia pandang aku sekarang ni. TV depan dia tu dah tak best kot. Merah kot muka dia sekarang ni alahai lawaknya rasa nak pengsan!

"Awak... Nak apa?" Soalnya tergagap gagap.

"Peluk. Macam ni." Aku terus memeluknya dan dia diam je tak membalas pelukan aku. Lama pulak tu. Bila dia nak respon balik ni? Ke dah pengsan?

"Sedapnya bau perfume awak. Perfume apa ni?" Soal aku sambil mendekatkan hidung aku pada lehernya. Hahaha dia telan liur lagi. Bapak lawak!

"Err... Mana pakai perfume... Dah malam ni..."

"Tapi saya ada bau. Ke nak saya bau dari dekat lagi?" Soal aku lagi. Dia dah terkejut beruk aku rasa.

"Tak ingat... Tak ingat perfume apa."

"Tak ingat? Nyanyuk dah dia..." Aku sengaja lepaskan pelukan dan aku nampak dia dah lega. Tak macam masuk rumah hantu lagi dah. Cuak gila muka dia weh dah lah merah semacam je.

"Rindunya kat abi..." Aku bersandar pada sofa dan tak tahu kenapa ayat tu keluar sendiri dari mulut aku. Dia pandang aku sekilas kemudian dia memandang aku lama. Kenapa pulak ni?

"Kalau awak nak balik rumah ummi, saya tak kisah. Saya izinkan. Saya minta maaf."

"Eh. Kenapa pulak ni? Lambat lagi raya."

"Sebab saya, awak berjauhan dengan abi. Awak terpaksa tinggal dekat sini." Hayya. Aku cakap je tadi rindu.

"Kalaulah saya dapat tukar ke hospital dekat sikit..."

"Eh. Awak ni misunderstand ni. Saya cakap je rindu. Best apa duduk sini. Kolej saya pun dekat sikit. Tak kena bebelan ummi lagi." Aku gelak kecil. Tak ada lah. Mesti lepas ni rindu bebelan ummi!

"Don't worry, dulu saya budak hostel tau. Dah biasa jauh sikit dengan family walaupun saya anak bongsu. Lagipun, kalau saya rindu sangat saya boleh je suruh pak Rahman ambik saya dekat kolej then balik rumah mummy. Okay? Jangan fikir bukan-bukan." Aku menyentuh pipinya dan dia tersenyum lagi lalu aku ditarik ke dalam pelukannya dan dahi aku dikucup.

Errr apakah? Rasa macam jejak kasih pulak. Tapi sekarang ni aku pulak rasa segan. Kenapa time aku peluk dia tak rasa berdebar pun tapi bila dia peluk aku rasa berdebar nak pengsan pulak?

"Esok ada kelas, saya dah ngantuk. Nak tidur."

"Saya pun penat. Jom!" Ajaknya pula. Aku pun dah senyum sama. Tidur tidur tidur... My priority.

"Nak naik belakang. Boleh? Nak jadi beg sekolah." Pinta aku manja dan dia terlopong sekejap. Nak jadi beg sekolah ni sebab malas nak jalan.

"Cepatlah. Jom pergi sekolah."

"Beg sekolah cute dah ajak ni. Cepatlah." Akhirnya dia tergelak lalu mendekati aku. Aku naik atas belakang dia dan dia membawa aku ke atas. Rindu pulak dekat abang kalau macam ni.

"Berat tak beg ni?" Soal aku ditelinganya.

"Ringan sangat. Rasa macam nak baling je."

"Hesh! Beg merajuk kang!"

"Beg pun boleh merajuk?"

"Mestilah..." Pintu bilik dibuka dan aku dibawa ke bilik air. Aku mintak katil dia bagi bilik air pulak.

"Salah parking ni!"

"Gosok gigi dulu. Ambil wudhuk."

"Lupa. Okay. Turunkan saya." Aku duduk di atas sinki disebelahnya.

Berus gigi dihulur dengan ubat yang telah diletak. Aku senyum dan terus menggosok gigi. Setelah siap, aku keluar sendiri dari bilik air. Sejuk betul.

Aku terus masuk dalam selimut dan pejam mata. Terasa katil bergerak dan dia dah ada di sebelah aku sekarang ni.

Baru je nak pejam mata, muka garang ummi datang beri nasihat terakhir. Sebelum tidur, minta maaf dengan suami. Bagi goodnight kiss.

Macam susah je nak buat ni.

Aku mendekati dia yang sudah tutup mata dan menarik tangannya lalu aku cium kejap. Kasi sentuh je.

"Sorry kalau ada silap hari ni." Dia mulanya terkejut tapi lepas tu terus senyum. Dia mengusap kepala aku.

"Saya pun nak minta maaf kalau ada silap."

"Macam hari raya pulak. Tak pelah kosong-kosong je lah."

Mukhliz ketawa kecil. Adoi lah memang hari raya setiap malam kalau macam ni lah gayanya.

Aku merapatkan wajah aku padanya dan bibir aku menyentuh pipinya. Goodnight kiss kan? Haa? Keluaq bijik mata terkejut dia. Aku rasa dia ni memang lawak weh. Asyik terkena current je.

"Goodnight... Mimpi saya, eh?" Aku kenyit mata dan senyum sambil gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience