"Yang kau pergi pijak kaki dia tu kenapa?" Soal Sairah bengang.
"Dah lah guna kasut tak berdosa aku buat dosa."
"Sorry Sairah . Aku ingat kau tunjuk lelaki tu gatal duk usha orang lain. Padahal dah ada bini." Pohon aku pula.
"Mana ada! Aku nak kata dia sweet lah dengan bini dia sebab nak tolong dukung anak tapi bini tak kasi. Rupanya adik dia lah."
"Aku pun ingat macam tu. Sorry lah." Hera bersuara jugak akhirnya. Tu lah nak judge orang by it's cover je. Salah tau macam tu! Jangan buat lagi!!!
Aku dan Hera berpandangan bila kena marah dengan Sairah . Malu. Tapi Sairah tiba-tiba berhenti bila ternampak kelibat Joe dan awek baru dia.
"Kalau yang macam tu kau nak pelangkung pun aku rela." Aku dan Hera senyum. Sairah ni memang lah. Aku dan Hera dah terfikir nak kenakan pasangan baru ni tapi tengah kami duk syok survey condition. Bahu aku dicuit.
"Sabarlah Hera , line tak clear lagi ni." Hera ni pun tak menyempat.
"Assalamualaikum." Eh. Orang bagi salam? Pejabat agama ke ni? Aku tak buat salah pun kalau polis dah sahlah 'jangan bergerak kami polis' ayat first dorang. Tag line gitu.
"Awak?" Suami aku lah weh. Alamak. Dia buat apa kat sini? Lupa lah ngok hari ni kan dia ni ada pameran dekat sini. Aku tayang sengih.
"Awak? Kenapa?" Soal aku direct.
"Jawablah salam saya dulu." Aduh. Asyik lupa nak jawab salam yang dia hulur. Lain kali hulur cinta lah, nak je aku sambut terus. Hahaha.
Jawab salam dulu. Sebaik aku jawab salam, dia tersenyum pandang aku yang tersengih. Mana hilang Sairah dan Hera ni. Bila aku pandang dorang, lah tengah makan dengan Dr. Adam rupanya.
"Jom lunch sama?" Haruslah dia pelawa aku kalau tak aku merajuk dengan dia nanti. Pandai dah merajuk sekarang ni.
"Jom!" Dia tarik tangan aku untuk mengikutnya. Malulah pulak mesti dia duk wondering apekebenda yang aku tengah buat tadi dan si Hera dan Sairah ni boleh pulak blah tak bagi salam dulu. Say goodbye ke. Nak kena minah dua orang ni.
"Ni lah anak sir Manan ." Ternganga kami bertiga. Memang kawan dia lah weh. Nasib baik kahwin dengan Dr. Mukhliz kalau tak masak jadi menantu sir Manan . Tak nak aku!!!
Dah makan semua kenyang pun dah time to watch movie lah. Eee rasa macam nak ajak suami aku sekali tapi dia kerja lah weh.
Aku peluk lengan dia dan menggengam tangannya. Rasa macam nak duk sini dengan dia. Mai dah gedik negeri aku ni. Kenapa mesti negeri? Negara tak boleh? Mengarut dah.
"Awak buat apa tadi? Pijak kaki orang bagai." Erk?! Dia tahu? Apakah???
"Terkejut ya? Dari jauh saya dah cam awak. Nakalnya awak ni." Pipi aku dicubit. Tahulah lembut macam marshmallow. Alamak dia nampaklah. Malu lah pulak.
"Bye awak. Masak sedap-sedap tau malam ni." Aku tersengih. Dia pun senyum lalu aku pergi dari situ.
"Weh. Sir Manan dah pencen. Nanti dapat lecturer baru lah kita." Ucap Sairah happy. Lah, aku ingat dia sayang sangat sir Manan tu.
"Aku ingat kau suka sir Manan ."
"Idoklah weh. Aku punya projek selalu kena tendang. Markah pun cukup-cukup makan je." Sairah pun rasa benda yang sama lah. Hera je lah yang jenis perform subjek tu. Tak sabar jugak nak jumpa lecturer baru sem depan. Tak tahulah kalau alamatnya aku jadi kaki tidur lagi.
Share this novel