Habis exam. Alhamdulillah dapat jawab dengan baik. Tak sabar nak graduate dan cari kerja. Dah hampir dua tahun aku kahwin dengan Mukhliz . Sairah dah mengandung kot.
Nasib baik dah habis study. Tu lah abang tak menyempat sungguh. Hera pulak tengah pasang pelamin nak kahwin. Bagus! Semuanya berjalan dengan baik.
"Main sembunyi?" Soal Mukhliz .
"Yup."
"Tak menang sayang punya."
"Tengoklah... Let's wait and see. Saya ada trick baru tau."
"Apa?"
"Main dulu!" Aku sengih sambil angkat kening.
First kena menyorok dan ada masa tiga minit untuk sepak kotak nyawa. Tapi kalau dapat tangkap kena kira sampai sepuluh baru dianggap kalah. Kalau terlebih masa pun kalah jugak. Jadi jom main! Tengok siapa yang menang.
"Dah nak habis masa kena cepat."
Aku meluru ke arah kotak nyawa tapi dengan selamba aku dipeluk. Memang tak bergeraklah jawabnya. Takkan kalah lagi kut.
"Got you!"
"1... 2... 3... 4... 5..."
"Mana trick sayang?" Perli aku lah tu.
"6... 7... 8... 9..." Tak sempat dah! Cepat aku mencium pipi dia dan dia terdiam terus. Pelukan juga terlerai jadi cepat-cepat aku berlari dan kick kotak nyawa. Apa lagi merdeka lah sebab menang tapi dia masih lagi kaku dekat situ. Kenapa pulak ni?
Oh! Lupa, trick aku menjadi kan? Haa tahu terkejut. Aku gelak sakan. Kesiannya suami aku terkena lagi.
"Thank you. Thank you for the kiss." Err. Kenapa ni?
"Okay. Most welcome." Aku tayang sengih dalam debar.
"Nakal awak ni. Asyik kenakan saya je." Ujarnya lagi. Dia mengusap lembut pipi aku. Aku tersenyum dan memegang kedua pipinya.
"Saya nakal dengan awak je."
"Baguslah... Nanti saya jealous kalau awak nakal-nakal dengan orang lain."
"Nakal? Mana ada. Setakat kenakan orang. Bantai orang. Buli lecturer baru. Biasa lah tu." Aku balas selamba. Dia gelak dah. Adoi terbocor rahsia buat jahat pulak.
"Nakal sangat tu. Jangan baby terikut sudah." Eh. Baby mana pulak ni? Sejak bila aku mengandung? Mengarut betul doktor ni. Silap makan ubat ke apa?
"Bila masa pulak kita ada baby?"
"InsyaAllah. Kalau ada rezeki. Two years had past, so?" Soalnya sambil pandang aku. What??? Oh man!!! Mana mau lari maa? Wa dah manyak takut sekalang ini. Dia serius ke? Matilah wa...
"So?"
"Takde apalah." Ujarnya senyum. Eh, apa aku dah buat ni? Berdosa ni. Dia dah bangun dan menuju ke bilik air.
Apa yang patut aku buat sekarang ni? Aku bangun dan turut ke bilik air. Aku tunggu luar pintu dan bila dia keluar aku terus peluk dia.
"Kenapa ni? Awak jangan rasa bersalah, saya okay. Saya gurau je." Dia membalas pelukan aku dengan mesra dan dahi aku dicium.
"Kita solat hajat berjemaah dulu. Doakan yang terbaik untuk keluarga kita.
"Jom solat!" Ajak aku cepat. Dia mengikut aku ke bilik air untuk berwudhuk.
Share this novel