BAB 5

Other Completed 312

Aku sedang melakar pelan untuk assignment minggu ni. Berat oh kali ni punya kerja. Kena pelan rumah yang ada dekat tanah berbukit bukau. Macam mana nak buat pattern ni? Kalau copy je rumah orang nanti dapat kosong pulak. Meniru katanya. Aku yang serabut otak menggaru kepala dan bila tersentuh di tempat kena hempap tu aku mengaduh kuat. Dah lah dalam library.

"Awww!" Semua mata memandang aku sekarang ni tapi cepat je aku angkat tangan minta maaf. Dah ada orang buat shhh... Huhuhu. Apa lah aku ni mulut main lepas je nak cakap apa pun.

"Kepala awak sakit lagi?" Terkejut aku bila tiba-tiba je ditegur. Aku angkat muka dengan dahi yang berkerut sebab geram. Dah tercalar pelan yang aku tengah lukis ni & mamat specky mana pulak datang sini tayang sengih?

"Sorry... Assalamualaikum." Sapanya pula. Aku dengan muka blur menjawab salamnya. Dia mengambil tempat duduk di depan aku dan aku memandangnya. Entah apa mamat ni nak sekarang ni.

"Awak tak ingat saya dah? Semalam buku saya jatuh atas awak."

Haah lah! Huhuhu macam mana pulak aku boleh lupa dia ni. Semalam rasa macam ingat lagi muka dia tapi hari ni dah lupa terus. Nampaknya bukan jodoh aku lah kot dan tak termasuk dalam list lelaki idaman aku.

Dalam banyak-banyak ciri, ada satu yang perlu ada dalam lelaki idaman aku iaitu bila aku pandang dia kali pertama aku dapat cam dia lagi buat kali kedua. Yang ni aku tak cam dah.

"Awak?" Haaa. Dah mengelamun.

"Anna . Saya Anna ... It's okay. Benjol sikit je tak luak mana pun." Aku sengih tayang gigi sikit lepastu pandang pelan aku balik. Memang assingment ni diberi masa dua minggu tapi aku lebih suka buat kerja awal. Jadi bila ada idea nak tambah, terus tambah je. Senang.

"Saya Ammar Faezrul. Awak budak architecture, ya?" Jap. Dia panggil aku budak ke tadi? Kurang hajaq naa... Tapi dia ni siapa pulak?

"Haah..."

"Sorry pasal semalam." Pintanya untuk kali ke berapa dah aku tak sure sangat. Aku angkat muka dan pandangnya lalu tersenyum.

Sungguh. Memang aku langsung tak salahkan dia sebab aku sendiri yang buat marathon di tempat yang tak sepatutnya.

"It's okay. I'm fine... Cool lah!" Aku berkata selamba. Dia tayang senyum.

"Saya budak account." Erk. Diri sendiri pun panggil budak? Ke memang jenis macam tu. Panggil budak semua. Patutlah skema mamat ni. Budak account rupanya.

"Hera l year student."

"Oh, senior lah ni? By the way, good luck Hera l exam minggu depan."

"Awak tahu?"

"Mestilah." Aku bangga kot tahu jadual senior ni. Hahaha.

"Awak pun Hera l year ke?" Yang ni terkejut. Aku muka sikit punya muda dia kata sebaya dengan dia? Salah orang betul lah mamat ni.

"Tak lah... Second year."

"Terkejut saya... Muka macam adik-adik lagi."

"Adik-adik? Hmm, bolehlah." Ingatkan tak sedar yang aku ni awet muda.

"Senior saya yang cakap."

"Oh... Kalau ada rezeki jumpa awak lagi saya belanja awak makan. For my sorry?"

Erk. Aku telan liur. Mana pernah aku makan dengan budak lelaki selama ni. Dia yang tersenyum manis tu buatkan aku mengangguk. Tak sampai hati nak tolak muka dia yang cute tu. Jap! Muka dia yang cute? Memang cute pun. Alahai hati perempuan... Suka tengok benda comel...

"Okay!" Okay je lah dulu. Nanti aku ajak dua orang kawan aku sekali. Hahaha. Biar cari beg duit dia nak bayar.

Hahaha. Takde lah aku sejahat tu. Memang aku ni banyak idea jahat tapi tu idea je lah. Kalau orang nak beli boleh je aku jual dengan diskaun sikit. Amboi buat jahat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience