BAB 10

Horror & Thriller Completed 7152

Lepas Aina habis takbir, aku pun buka selubung selimut sebab ingatkan benda tu dah tak ada. Aku rasa macam jantung nak luruh tengok bayang kana-kanak umur 6 -7 tahun melayang kat atas kepala Aina sambil memegang mancis api kayu yang menyala.

Aku dah jadi batu tak bergerak. Tak tahu apa dah terjadi. Aina sambung bertakbir. Mira pula dah terbeliak mata memandang ke atas sama macam aku.

Aku pun tiba-tiba rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar Aina laungkan takbir berkali-kali. Aku pada masa yang sama dah rasa macam lemas. Berkali-kali aku gamit Aina dan Mira tapi mereka tak perasan.

Aku cuba lawan dengan membaca ayat Kursi tapi masih tak ada perubahan. Aku tak tahu jadi apa pada aku ketika itu.

Yang pasti dunia aku jadi gelap dan aku tarik nafas panjang-panjang. Aku paksa mata celik dan takbir banyak kali sampai lah aku sedar.

Ketika itu aku lihat Mira dah keras sejuk tapi meronta-ronta dengan mata terjegil. Aina pula berdiri tak buat apa-apa. Laungan takbir pun dah tak keluar dari mulutnya.

Aku sentap tangan mereka berdua sampailah mereka terkejut. Mira sempat menjerit kata lehernya dicekik sambil dia terbatuk-batuk. Aina pula macam aku, rasa lemas.

Aina tak dapat mengawal kemarahannya terus menjerit cabar benda tu. Aku pula ganti laung takbir kali ini. Habis laung takbir, aku lihat di luar dah ada cahaya matahari. Aku ajak mereka keluar kerana ketika itu dah 6.45 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience