Ketika kami membersihkan dan mengemas rumah tu, tak ada pula apa-apa perkara yang pelik kami alami. Siap pasang radio kuat-kuat, mencuci sambil menyanyi!
Semua barang dalam rumah tu, kami buang dan satu pun tak tinggal. Tapi ketika mencuci bilik air kat bilik utama yang aku nak duduk nanti, aku terkejut.
Aku nampak ada patung beruang besar atas flush tandas. Aku masih ingat ketika pertama kali datang untuk meletakkan barang dalam rumah tu, tak perasan langsung ada bear yang pakai baju bentuk love di dadanya.
Aku beritahu yang lain-lain aku jumpa teddy bear tu, tak fasal-fasal muka Mira berubah lain. Padahal tadi gembira je nyanyi lagu sambil buat gaya. Aku tengok perubahan tu, aku pula naik risau.
Sebab ketika pertama kali masuk rumah tu, Mira dan Aina pun ada juga masuk bilik air di bilik utama tu. Tapi memang tak nampak teddy bear.
Takkan ada sesiapa masuk dan letakkan mainan tu dalam bilik air pula. Nak kata tuan rumah, grill depan belakang kami dah kunci dengan mangga baru. Tak mungkin dia dapat masuk.
Aku pun tak mahu fikir banyak dan menakutkan diri sendiri, aku masukkan patung beruang tu dalam plastik hitam dan buang terus dalam tong sampah. Kalau fikir lain nanti, aku jadi takut pula padahal akulah yang akan tidur dalam bilik tu pun nanti.
Share this novel