BAB 14

Horror & Thriller Completed 7152

Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa-apa berlaku sampailah hari Khamis siang. Ayah dan mak Mira tinggal di rumah tu dan tak ada perkara pelik berlaku lagi.

Malam jumaat tu kami solat Maghrib secara berjemaah, selepas tu baca yasin ramai-ramai supaya bende tu tak datang ke rumah tu dan kacau kami lagi.

Sedang kami baca yasin tiba-tiba pintu dapur di ketuk berkali-kali menyebabkan kami terhenti mmbaca yasin. Air di dalam bilik air mencurah keluar.

Tengah aku sibuk pandang pintu dapur yang diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah-curah keluar. Kami bangun beramai-ramai sebab ayah Mira minta kami rapat. Kami tutup air di sinki dan kedua-dua bilik air yang mencurah tapi tak berjaya.

Ayah Mira telefon semula Sheikh, kami dimarahi keran alanggar pantang. Tapi masa dia ada hari tu tak pesan apa-apa pun.

Dah puas bende tu main air, dia kacau kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yang membuatkan aku tambah kecut sebab lampu terpadam kami pakat-pakat duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.

Ayah Mira ajak makan supaya ada tenaga nak menghadapi gangguan ni sebab mak Mira dah siapkan makan malam pun sebelum solat jemaah tadi. Aku hilang selera nak makan, so aku minum aje.

Aku pelik masa tuang ke gelas, aku perasan air tu jadi kuning. Setahu aku putih je tadi. Aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing!

Mujur perasan kalau tak memang dah minum air kencing. Ketika mak Mira nak senduk nasi, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker. Padahal, nasi masih panas sebab baru masak. Bayangkan lah bau najis tu semerbak mengalahkan bau nasi tu. Aku sampai keluar rumah termuntah-muntah.

Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah. Semua makanan ada najis tapi tak tahu najis apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience