BAB 9

Horror & Thriller Completed 7152

Dah jam dua pagi, tiba-tiba remote remote suis kipas yang pusing 0 ke 5 tu berpusing sendiri. Mata aku pandang je sambil baring kat tilam. Pusing-pusing ke laras 2 kejap ke 5 kejap ke 0. Aku tak tahu nak buat apa dah.

Kaki aku terus sepak si Aina yang sedang tidur dan dia buka mata terus melihat kejadian yang aku sedang saksikan tu. Aina ni berani sangat sampai dia tegur benda tu. Dia jerit ‘hoi!’ barulah benda tu berhenti.

Tak fasal-fasal, dia pun tak boleh tidur sekali. Berjagalah kami bertiga sambil dengar lagu di radio yang tak tutup-tutp dari tadi.

Mira dah telefon ayahnya menceritakan hal yang terjadi dan ayahnya berjanji nak datang tengok rumah ni esok. Masa tu rasa lega hati kami. Harap ini adalah kejadian yang terakhir sebelum esok abah Mira datang.

Rupanya tak habis lagi. Jam 3.30 pagi, kami dengar bunyi tapak kaki dari dalam bilik utama. Dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari-lari.

Aina yang baring pada mulanya, terus duduk menyandar ke dinding. Aku memang kaku terus tak tahu nak buat apa. Kalau hantu tu nak menjelma depan kami masa tu, aku hadap sajalah. Nak lari pun tak ada tempat nak tuju.

Bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai yang belari-lari dalam bilik tu. Mira kuatkan suara radio sebab tak mahu dengar bunyi menakutkan itu.

Tapi bunyi tapak kaki tu makin kuat juga dan bertambah dekat dengan kami. Sebab pintu bilik utama tu tak tutup dan jarak kami ke pintu bilik utama tu pun bukanlah jauh.

Mira tak puas hati. Dia kuatkan lagi suara radio. Aku dah siap selubung dengan selimut sambil baring. Baru je Mira kuatkan suara radio, keluar pula bunyi suara budak-budak ketawa. Bukan seorang tapi ramai.

Aina yang terkejut terus iqamat sambil berdiri.

Ketika Aina iqamat, aku boleh dengar suara kanak-kanak bertambah dekat seolah-olah berada di sebelah aku. Mungkin aku berselubung jadi bunyi jauh jadi dekat.
Aina laung takbir pula lebih 10 kali sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu tak ada. Sedar je dah jam 5.30 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience