Jadi selepas dah confirm dengan pak cik Cina iaitu pemilik rumah sewa ni, selepas peperiksaan dan siap kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah, Kami nak masukkan barang dalam rumah dulu Tap isewa yang akan dikenakan bermula lepas kami naik semester nanti. Kami fikir itu satu tawaran yang bagus kan.
Rasa bertuah betul masa tu kerana dapat jumpa pemilik rumah yang bertimbang rasa dan sanggup bagi kadar sewa murah pada pelajar macam kami.
Lepas masa solat Jumaat, kami tinggalkan kolej untuk bawa barang-barang ini semua ke rumah sewa. Untuk itu, kami menyewa sebuah van untuk angkut semua barangan ni.
Dengan caj yang dikenakan dikira murah juga untuk perjalanan yang jauh macam tu, kami rasa amat berbaloi. Siap pemandu itu bawa kami keliling kawasan rumah untuk melihat persekitarannya.
Ini kerana, kami tak pernah tengok rumah yang akan disewa itu lagi. Tuan rumah kata tak payah sebab semua rumah adalah sama. Tapi betul juga kan. Sebab itulah pemandu van tu tolong kami keliling tengok kawasan.
Selepas bayar sewa dan deposit, kami diberikan kunci tanpa melihat dulu keadaan rumah. Sebab satu lagi adalah kami amat terdesak untuk memindahkan barang-barang dan semuanya nak bagi selesai sebelum kami balik bercuti.
Apatah lagi ketika bertemu pemilik itu pun, kami masih dalam tempoh peperiksaan. Maka semua keputusan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
Share this novel