Lega hati aku, dalam terkejut dan risau aku pujuk hati aku bahawa yang aku nampak tu mungkin bayang-bayang aku sendiri yang sedang tutup grill. Iyelah kan, pintu sliding tu besar ada 3 bahagian. Langsir pun belum pasang lagi, mungkin ada pantulan imej.
Fikiran aku positif mengatakan yang tu bayang-bayang aku, tak pun kawan-kawan aku. Masa tu aku tak nak kecoh-kecoh. Nanti kawan-kawan aku tak jadi pula duduk di rumah tu. Lagi pun belum sahih lagi apa yang aku nampak tu.
Semua dah masuk dalam van dan tinggal aku seorang je lagi dalam kawasan rumah tu sebab nak kunci pintu pagar. Sekali lagi aku nampak ada bayang-bayang kat dalam rumah tu! Hati aku dah rasa tak sedap tapi aku positifkan saja fikiran.
Masa ini aku dah rasa tak sedap hati sebab boleh jelas nampak bayang-bayang berlegar-legar di kotak-kotak yang kami letakkan tu. Ia adalah bayang-bayang budak kecil!
Masuk saja dalam van aku lihat, Mira senyap tak bercakap sepatah apa. Tak pasti pula kenapa dengan dia. Aku monolog sendiri adakah dia juga melihat kelibat-kelibat tadi seperti aku?
Aina pula sibuk berborak dengan pemandu van. Bercerita tentang cara nak bersihkan sebab pemandu tu syak rumah yang kami sewa itu mungkin bekas tokong melihatkan dari keadaan tadi.
*****************
Selepas tamat cuti, kami pun berkumpul semula di rumah sewa lebih kurang ketika tengah hari. Mira tunggang motorsikal sebab kampung dia dekat juga kiranya dari rumah sewa tu. Jadi bolehlah pinjam motor ayahnya sekejap untuk dipakai.
Ada baiknya juga Mira bawa motor sebab boleh minta tolong dia belikan semua peralatan nak bersihkan rumah.
Share this novel