Tak nak fikir lagi hal itu, kami teruskan mencuci rumah tu dan mengemas hingga ke luar. Termasuklah longkang belakang rumah yang penuh dengan batang-batang colok tu. Lebih lima jam barulah selesai cuci rumah yang penuh dengan sampah dan barangan tokong tu. Kami pasangkan langsir sebab teringat kejadian sebelum ini.
Aina ni bagus juga sebab sempat die baca surah yasin selepas sembahyang maghrib. Aku dan Mira sibuk melepak kat depan rumah. Maklumlah hari pertama di rumah baru. Dah siap cantik dicuci lagi dan badan pun masih rasa sengal macam tu.
Masa lepak kat luar rumah, jiran-jiran memang tak ada lagi. Yang ada selang 8 buah rumah dan kami belum sempat berkenalan dengan keluarga bangsa Cina sebab nak selesaikan mencuci rumah.
Sedang kami lepak-lepak di luar rumah, Aina menjerit dari dalam bilik air. Masa tu bilik air yang kat ruang tamu bersepah dengan baju kotor, mop, baldi dan macam-macamlah. Jadi dia gunakan bilik air bilik utama tu. Aku dengan si Mira terus berlari ke arahnya sebab nak tahu kenapa dia menjerit.
Tiba di bilik aku terkedu melihat pintu bilik air terkunci dari luar dan lampunya dimatikan. Patutlah Aina menjerit. Dia sedang ambil wuduk, kena kunci pula.
Aina siap marahkan kami lagi sebab mainkan dia sebab Aina fikir kami cuba nak main-mainkan dia. Aku dengan Mira dah risau gila!
Aina kata dia nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum lampu dimatikan. Ketika itu dia sedang membongkok untuk basuh kaki, dia dah syak kami masa awal-awal tu sebab dia nampak tangan tarik pintu.
Akulah yang dituduh sebab tangan aku kurus sama macam yang dia nampak. Sedangkan ketika kejadian aku dan Mira sedang duduk melepak di luar rumah.
Bukan kami yang kenakan dia dan cuba terangkan pada Aina dan akhirnya dia percaya. Tergamam kami seketika. Kami dah mula rasa pelik campur takut.
Aina meneruskan solat semetara aku dan Mira duduk di ruang tamu berborak tentang hal-hal yang tak kena dengan rumah sewa ni.
Share this novel