BAB 13

Horror & Thriller Completed 7152

Kami diminta masuk dalam kereta. Hanya Sheikh dan ayah Mira saja yang masuk ke dalam rumah. Belum masuk lagi, Sheikh baru berdiri di pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba-tiba terpasang kuat. Terperanjat semua orang.

Lama juga Sheikh dan pembantunya di dalam rumah. Ayah Mira tak jadi masuk dan duduk di luar saja sebab rasa seriau. Selepas itu Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu.

Mata aku rasa terjojol nak keluar. Mana taknya, kami bertiga sendiri yang buang semalam dalam plastik hitam dan masukkan dalam tong sampah.

Kami yang melihat beristighfar sebab tak percaya apabila melihat apa yang Sheikh jinjing tu. Aina terus meluru ke tong sampah dan periksa semula. Dia jerit panggil aku dan katakan yang itu adalah patung beruang lain sebab patung beruang tyang kami buang tu masih ada dalam tong sampah. Aku pun terus menghampiri Aina.

Aku buka balik plastik hitam tu. Aku tekejut sebab berat.

Aku periksa dalam plastik hitam tu bukannya anak patung tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu-pintu bilik supaya tak tertutup dengan baju-baju kotor yang kami letak dalam bilik air.

Aku dah tak tercakap apa.

Sheikh pula datan gpada kami dan marah sebab tak buang mainan ni. Aina yang jawab semua. Masa tu juga Sheikh ‘pagarkan’ rumah sewa tu. Tabur garam kasar dan air penawar.

Ayah Mira pula beli makanan dan buat kenduri kecil dan baca doa masuk rumah baru. Tiba-tiba rasa lapang rumah tu sebab dah tak ada gangguan seperti malam semalam.

Kami berharap semua dah selesai sebab esoknya kami nak kelas dan mak ayah Mira nak urus adik-adiknya ke sekolah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience