BAB 3

Horror & Thriller Completed 7152

Setiba di perumahan tu, kami pening mahu mencari rumah mengikut alamat yang telah tuan rumah berikan. Selepas bertanya kat pengawal kawasan perumahan, barulah kami semua jumpa rumah tu. Memang betul-betul tepi jalan seperti yang diceritakan oleh tuan rumah.

Rasa bertuah betul kami ketika itu. Namun ketika nak buka pagar rumah tu kami agak terkejut sebab banyak bekas colok kene bakar dan duit kertas yang dbakar. Di pintu sliding pun tergantung kain merah. Pemandu van tu pun tanya rumah apa kami sewa ni sebab nampak seperti bekas tokong.

Aku dengan kawan-kawan yang lain senyap dan tak mahu cakap lebih-lebih. Senyum sajalah. Kami angkat barang dan bawa masuk dalam rumah. Lagi la terkejut tengok dalam bilik-bilik tu berselerak dengan kain merah kuning yang ada kesan dibakar.

Sebab masa tu dah petang, kami berpakat nanti lepas raya baru kami kemas sebab penerbangan aku nak balik kampung di Kelantan dah hampir. Tak fasal je nanti, aku ketinggalan kapal terbang dan menyusahkan diri fikir lagi macam mana nak sampai ke kampung.

Sebagai keselamatan,sebelum meninggalkan rumah, kami nyalakn lampu dalam rumah dan lampu di luar. Semua pintu bilik kami buka dan sandarkan dengan batu bata yang banyak kat halaman kitorang tu.

Ketika dah nak balik tu, tugas aku la tutup pintu sliding dengan grill tu, sebab masa tu kunci rumah hanya ada satu dan akulah yang kena pegang.
Lagi pun, aku akan duduk kat bilik utama dan bayar lebih sikit dari kawan-kawan lain. Tapi masa nak tutup grill aku perasan ada bayang-bayang budak kecil menekap muka kat cermin sliding tu.

Aku terperanjat sampai tejatuh kunci. Ketika kau kutip kunci tu aku perhatikan lagi sekali, tak ada apa-apa pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience