Akhir tahun 2010, ketika aku di semester akhir, aku terpaksa berpindah kolej ke Melaka. Ini disebabkan oleh kolej tempat aku belajar membuat penggabungan dengan empat lagi cawangan kolejnya. Makanya semua kolej-kolej ini akan berpusat pada satu tempat di Melaka.
Pihak kolej telah pun memaklumkan kepada para pelajar supaya mendapatkan tempat penginapan sendiri dan semua pelajar pun mencari rumah sewa. Maka selepas selesai pepriksaan, semua pelajar kolej sibuk mencari tempat tinggal di luar.
Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tapi disebabkan hostel penuh dan pihak kolej mahu memberikan ruang kepada pelajar baru, maka pelajar senior seperti aku dan kawan-kawan diminta untuk mencari tempat tinggal lain.
Aku, Aina dan Mira berpakat menyewa rumah teres di sebuah taman perumahn yang baru di Melaka. Memandangkan kawsan itu ada bas dari perumahan ke kolej dan perumahan tu kosong.
Lagi pun kami dah penat cari rumah sewa dan bila akhirnya kami dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air dilot tepi. Tepi jalan lagi pula tu dan senang nak tunggu bas sebab bejalan beberapa langkah dah sampai perhentian bas.
Tapi kami pelik sebab rumah di lot tepi ni sebenarnya lebih luas berbanding rumah di bahagian tengah tapi sewanya lebih murah. Kononnya rebet student, tapi kami tak fikir panjang dan bukan-bukan sebab dah terdesak nak pindahkan barang-barang.
Masing-masing dah habis peperiksaan akhir dan sibuk nak balik bercuti pula. Jadi barang-barang ini perlu diruruskan.
Share this novel