BAB 12

Horror & Thriller Completed 7152

Nak beli makanan pun jadi masalah sebab motor ada 1 je. Yang boleh naik, dua orang saja. Takkan nak tinggal lagi seorang. Entah apa yang jadi nanti.

Akhirnya Aina je yang keluar belikan nasi lemak. Aku dan Mira tunggu di rumah, kami duduk di hadapan.

Aku tanyalah apa yang membuatkan dia terjegil biji mata semalam. Apa yang telah dilihatnya?

Kata Mira, dia nampak bayang budak-budak melayang atas kepala Aina cuba nak bakar rambut tapi tak berjaya. Malah, bayang kanak-kanak tu tak puas hati dan ketuk kepala Aina berganti-ganti yang sedang laungkan iqamat sampailah Aina terduduk.

Lepastu, Mira nampak kepala Aina pecah dan darah menyembur keluar. Tu yang dia menggigil ketakutan. Selepas itu, bayang kanak-kanak itu menyerang aku dan bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik dirinya.

Ada logiknya kalau difikirkan balik apa yang Mira ceritakan. Aku secara tiba-tiba rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali-kali. Aku rasa lebih sejam aku bergelut dengan rasa lemas tu.

Pagi tu kami makan nasi lemak kat luar rumah je. Walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kami kuat mengatakan tak payah masuk dan tunggu sahaja keluarga Mira sampai.

Jam 11 barulah keluarga Mira tiba dengan seorang pengamal perubatan yang dipanggil Sheikh. Turun saja dari kereta, pengamal perubatan itu dah geleng kepala tengok rumah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience