Dalam jam 11 malam, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak-kanak bergelak ketawa sambil dengar hentakan tapak kaki berlari-lari seperti yang kami alami haritu.
Yang nampak ada bayangan tiga orang kanak-kanak sambil membawa api, tapi yang hairannya kali ni aku, Aina dan Mira tak nampak. Mak dan ayah Mira saja yang boleh lihat. Kami hanya dengar suara gelak budak-budak. Tiba-tiba mak Mira menjerit telekung tebaka. Cepat-cepat kami masuk rumah takut tak rumah pula terbakar.
Tiba-tiba ada pula bau tengik macam sesuatu hangus. Ayah Mira pula menjerit lihat sejadah terbakar. Sebab pili air utama dah ditutup, aku guna air mineral yang ada dalam rumah sajalah untuk padamkan.
Lepas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir.Kotak-kotak pun habis terbakar. Tak tahulah nak buat apa lagi, akhirnya kami angkat semua barang bawa ke luar rumah.
Masa tu juga Aina telefon tuan rumah beritahu rumah tu berhantu. Tuan rumah tu gelak je dan siap kata tak mahu pulangkan deposit yang telah kami bayar.Geram betul masa tu. Nak tak nak kena pulihkan rumah tu sebab dah tak ada duit deposit nak cari rumah lain.
Pintu rumah tu kami biar je terbuka dan kami tidur dalam kereta sampai subuh. Tapi aku memang tak boleh tidur pun. Terpaksalah ponteng kuliah.
Jam 5 pagi tu, atas kereta macam dipijak-pijak, semua terjaga sebab seperti orang meloncat-loncat sambil berlari-lari atas kereta. Aku terpandang kat cermin depan selipar aku dengan kasut Mira berjalan sendiri tapi macam diengsotkan Aina keluar dari kereta dan cuba mbil balik selipar tu dan baling ke pintu grill.
Ayah Mira pun azan dan aku baca ayat kursi kuat-kuat sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.
Jam 8 pagi tu ayah Mira minta angkat barang masukkan dalam kereta. Kami keluar terus dari rumah tu!
Share this novel