Bab 10
Setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya Hazif dan Ayu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, majlis pernikahan diadakan dirumah Ayu dinikahkan sendiri oleh ayah Ayu. Manakala Shaq telah sembuh dari kansernya dan kembali sihat seperti sediakala berkat doa keluarganya dan rakan-rakanya terutama ibubapa Shaq dan kawan karibnya Hazif yang tidak berhenti menyokong dan mencari ikhtiar untuk merawat Shaq. Tiada yang mustahil disisiNYA dengan izinNYA. Meraka hanya tahu Shaq menghidapi kanser usus pun hanya kerana emaknya ternampak rekod kesihatan Shaq dan mengambilnya secara sembunyi untuk dilihat kepada abangnya yang kebetulan memang bercuti kerana belajar di Russia dan balik ke kampung. Habis Shaq dibebel oleh emaknya sambil menangis-nangis kerana mendapat tahu perkara sebenar
Melihat Hazif disatukan dengan Ayu membuatkan Shaq sedikit kecewa kerana tidak dapat memiliki Ayu, lagipun Shaq tahu Hazif sukakan Ayu semasa dia ternampak gambar yang terkeluar dari diari Hazif semasa terjatuh sewaktu dia menolong Hazif mengemas buku di hostel kampusnya dahulu. Shaq sedar yang cinta tidak semestinya memiliki dan kadang-kadang kita akan lebih bahagia melepaskan orang yang kita sayang bahagia dengan orang yang dia sayangi, Lagipun yang menikahi Ayu adalah sahabatnya sendiri, Hazif. Shaq yakin bahawa Hazif mampu membahagiakan dan membimbing Ayu.
“wah, Hazif. Makin berseri kau sejak kahwin dengan Ayu, lepasni takdelah tempat aku nak manja-manja, buli-buli lagi” kata Shaq ketika melepak bersama Hazif di rumah Hazif di kampung selepas setahun Hazif dan Ayu berkhawin, masa tu Ayu tengah mengandungkan anak Hazif empat bulan.
“tu lah, dari dulu lagi aku dah suruh kau khawinkan, seronok tau khawin, rumah ada orang jaga, balik kerja ada orang tunggu, penat ada orang urutkan, lapar ada yang masakkan,’balas Hazif
“kau bila lagi? Aku nak juga makan nasi minyak kau” soal Hazif lagi
“nantilah, belum sampai seru kot. Lagipun Shasa belum sedia lagi, maklumlah bekas-bekas pengkid ni, so aku kena beri dia ruang, yang penting dia mahu berubah dan kembali kepada fitrah asal yang dia tu perempuan, perempuan diciptakan untuk lelaki” jawab Shaq
“hairan pula aku, macammana Shasa tu boleh sangkut kat kau eh? Dia ke gadis yang kau idamkan waktu kat kampus dulu” soal Hazif.
“Arh! eerrr.. Tttak, mmaksud aku ya, dialah orangnya, tak mungkinlah aku tak terpikat dengan gadis secantik Shasa tu, dia tu lawa sebenarnya kalau kena pada make-up, nasib baik ada bini kau tu tolong ajarkan, hehe” balas Shaq sambil tergagap sedikit kerana ditanya soalan mengejut oleh hazif.
“nantilah aku citerkan kat kau macammana aku boleh sangkut dengan Shasa tu, kalau sekarang,sampai lusa pun tak habis.lagipun ada bini kau kat sini, ni cerita orang lelaki je” tambah Shaq separuh berbisik dekat Hazif.
‘Hhmm~ yelah.. tapi aku ada satu permintaan dekat kau ni, kau je yang aku boleh percaya sahabat dunia akhirat aku” balas Hazif
“permintaan apa? Kalau aku boleh tolong, Inshaa Allah aku tolong, bak kata KRU, apa saja untukmu takku hiraukan waktu, bertaruh nyawa andai kau damba mutiara~ di hari lahirmu” soal hazif sambil menambah lirik lagu KRU dihujung ayatnya.
“ish kau ni..begini, aku nak minta tolong kau jaga isteri aku dengan anak aku dalam kandungan aku bila aku dah takde nanti, tolong tengok-tengokkan makbapa aku kalau aku sepanjang ketiadaan aku” balas Hazif
Nak harapkan abang aku tu, tentu sibuk, diakan dah jadi doktor, jadi kena standby setiap setiap masa, sebab orang sakit tak ikut waktu ofis. Lagipun kau memang duduk kat kampung ni kan. Isteri aku tu kalau dia nak pulang tempat mertua aku, kau biarkan je lah, tapi selagi dia ada kat kampung ni, tolong jaga dia, ini wasiat dan amanah aku dengan kau. Lepas ni aku tak minta tolong kau dah” beritahu Hazif dengan nada sedih tapi dicampurkan dengan gurauan untuk melindungi kesedihannya, dia sendiri pun tak tahu kenapa hatinya teringin menyampaikan hasratnya itu kepada Shaq, seolah-olah ada yang mendesaknya.
“wei! Apa yang kau merepek ni? Kau pergi mana? Cakap macam orang nak mati besok je?” marah Shaq sedikit kepada Hazif
Share this novel