Bab 1

Others Completed 18607

ITULAH GUNANYA SAHABAT
(CARL HAFIEZZ)

Bab 1( persahabatan terjalin)

Shaq dan Hazif merupakan dua orang sahabat baik yang berkawan sejak dari sekolah menengah lagi, keakraban mereka terjalin apabila mereka ditempatkan di kelas dan tempat yang sama semasa di tingkatan 1 hingga tamat SPM tingkatan 5. Di mana ada Shaq disitu ada Hazif, begitu juga sebaliknya, BFFlah katakan.

Sebaik sahaja menamatkan SPM, mereka melanjutkan pengajian di sebuah IPTA yang terletak di kuala Lumpur, mereka hanya dipisahkan oleh bidang yang berlainan, yang lain semuanya sama, dari fakulti, blok hinggalah bilik hostel yang sama, asalnya mereka ditempatkan blok yang berlainan tetapi mereka memohon untuk ditempatkan dalam bilik yang sama.

“woi! Shaq bangunlah… dah jam 7 setengah dah ni. Kau tak pergi kelas ke?” Hazif membangunkan Shaq yang masih syok tidur dikatilnya dengan gaya kuak lentang.

“alah.. kecohlah mamat beruk sorang ni, nak tidur pun tak senang, jap lah, 7 setengah je pun, kelas mulakan jam 8, rileklah” balas Shaq sambil membetulkan posisinya ke gaya bebas.

“amboi mulut… beruk beruk aku pun, beruk ni juga yang bangunkan kau tiap pagi, solat subuh, nak pergi kelas, ko tu dah lah bersiap nak sejam, nanti aku jalan dulu, ada pula mamat jerung yang merajuk kena tinggal.”bebel Hazif sambil duduk di tepi katil Shaq yang sudah bersiap nak ke kuliah.

“alah bucuk bucuk.. meh sini abang peluk” balas Shaq yang sudah bertukar posisi mengiring menghadap Hazif ditepi katilnya sambal menepuk-nepuk ruang yang ada di sebelahnya.

“banyaklah ko punya abang bucuk, ada gak mamat yang termakan kasut aku ni” Hazif berdiri lantas menghumban bantalnya kearah Shaq.

“aku tak makan kasut-kasut murah macam tu, lainlah kalau Adidas ke, Nike ke, setakat kasut murah tu, ceh. Yelah yelah aku bangun ni, tunggu jap, aku nak bersiap.”Shaq bangun lantas mengambil tuala dan barang mandinya untuk menuju ke bilik mandi.

“wow! Seksinya, tergodalah.” balas Hazif mengusik melihat Shaq yang hanya bertuala semasa hendak menuju ke bilik mandi di blok hostel tersebut

“kenapa? Nak ke? Tadi aku bagi tak nak.” Balas Shaq lantas disambut oleh gelak ketawa mereka berdua. Begitulah rutin kanak-kanak riang tersebut setiap hari. Tidak sah kalau tidak dipenuhi dengan maki-memaki dan gurauan alah-alah LGBT, namun masing memahami itu hanyalah gurauan dan sedikit pun tidak tersimpan dalam hati, selain tu, mereka juga lelaki normal bukan gay ye,

“kamu ni dah macam pasangan kekasih dah aku tengok, kamu lawan pedang ke di hostel tu? Anak dah berapa?” sapa Shasa seorang wanita pengkid kepada Shaq dan Hazif di kaferia IPTA tersebut selepas habis kuliah. Dia lebih mesra dipanggil Sha, kononnya nak jadi lelaki

“adalah dalam berapa ekor anak,” balas Shaq

“ekor? Anak?” Sha kehairanan

“anak lipas,” balas hazif lalu disambut oleh gelak ketawa diikuti oleh Shaq, begitulah kenakalan mereka berdua yang suka menyakat rakan-rakan mereka yang hairan tentang keakraban yang terjalin antara mereka.

“korang tak terpikir ke nak ada girlfriend masing-masing?”soal Sha

“nak tu nak juga, tapi macam mana nak ada girlfriend kalau mamat sekor ni asyik melekat kat aku, confirm awek-awek tu cakap aku ni songsang. Kenapa kau tanya? Kau suka aku ke? Aku pun dah lama berkenan dengan kau ni” jawab Shaq.

“hek eleh, takde masa aku nak jadi awek kau, I was born to be a les, you know, dah lah. Takde masa aku nak layan korang dua ni. Gay couple!” lantas Sha beralih ke tempat lain

“woi! Jalan pakai selipar, mulut tu jaga sikit erh. Kitaorang normal tau! Kalau kau rasa-rasa nak bertaubat tu panggil je kitaorang, kitaorang boleh bantu ko ke pangkal jalan!” teriak hazif setelah melihat sha sudah jauh dari mereka, sha menjelirkan lidah ke arah mereka. Perlakuan mereka hanya dilihat oleh penuntut-penuntut di situ yang sedang menjamu selera.

Sebenarnya hati Shaq dan Hazif telah terpaut pada seorang gadis bertudung litup dan lembut, tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka terpikat pada seorang gadis yang sama juga merupakan penuntut di IPTA yang sama tempat mereka belajar, Cuma berlainan Fakulti. Masing-masing memasang impian untuk memikat gadis tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience