Bab 2
Ayu berjalan menuju kearah sebuah meja didalam perpustakan dimana kawan-kawannya sedang menunggu, mereka hendak membincangkan dan menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah mereka. Tanpa sedar pergerakannya pantas tetapi lembut itu diperhatikan oleh dua orang jejaka yang tidak dikenalinya,
“Assalamualaikum.. sorry aku lambat.. ada hal sikit tadi” dengan nafas yang tercungap sambil mempamerkan muka kasihan kepada rakan-rakannya.
“Hhmm~” jawab icha sambil memukul-mukulkan jarinya diatas jam tangan yang dipakai disebelah tangannya, menunjukkan kepada Ayu..
“walaikumsalam Ayu”jawab Icha, Ana dan Linda serentak
“alah sorrylah, baru lewat 15 minit pun. Hhee” balas Ayu sambil tersengih lalu duduk di sebelah Icha.
“cik Ayu~ tahu tak masa tu emas, emas pun tak boleh beli masa tau” bebel Icha
“yelah yelah, aku salah, kan dah minta maaf tadi,” balas Ayu sambil mengeluarkan semua barang-barangnya untuk membuat kerja dari dalam fail yang dibawanya.
“kalau dia lambat takpe pula” getus Ayu dalam hati
“heii~ korang, korang perasan tak mamat kacak dua orang kat meja sana tu asyik pandang si Ayu ni dari pintu library ni sampailah ke sini?” soal Ana dalam nada separuh berbisik tapi jelas didengari tetapi matanya melirik kearah dua orang jejaka yang melihat Ayu tadi.
“wah! Nampaknya Ayu ada peminatlah.. dua orang pula tu.. hensem lagi, bagilah kat aku seorang ayu” jawab Linda tergedik merayu.
“ye ke.. aku tak sedar pula..kau ni linda, gatal sangat dah ke nak khawin. Ko ambik je sekali dua tu kalau kau nak, aku bagi,” jawab Ayu acuh tak acuh kerana sibuk menelaah buku di depannya
“Betul ke? Bestnya!!” teriak kecil linda sambil menggenggam penumbuknya diletakkan didada kegembiraan. Tiga orang sahabatnya yang lain hanya mampu menggeleng kepala melihat sikap linda yang pantang melihat lelaki kacak.
“eh. Bukan dorang tu couple gay ke? Bukan aku cakaplah, just dengar-dengar dari mulut orang”balas Icha lagi
“Astagfirullah! Kau ni Cha, tak sayang mulut, tak baik tau, kalau tak betul cerita tu, jadi fitnah, kalau fitnah, free-free je kau dapat dosa kering, kau nak?” Balas Ayu serius sambil beristigfar memandang muka Icha.
“yelah yelah, aku salah.. minta maaf ye ustazah pilihan” balas Icha sambil meunjukkan muka sepuluh sen kepada Ayu tanda simpati
“tak payah nak minta maaf kat aku, tu budak dua orang yang ko cakap tu, pergi minta maaf kat dorang, dosa kat Allah, boleh direct minta ampun kat Allah, dosa kat manusia, kenalah minta maaf kat manusia, ye?~ dah dah, korang ni datang sini nak bergosip ke nak study, kalau nak gossip baik aku balik” bebel Ayu sambil membelek bukunya
“yelah cik Ayu oii~” balas rakan-rakannya serentak lantas meneruskan kerja mereka.
Dalam diam sebenarnya Ayu menyimpan perasaan dekat salah satu jejaka kacak tersebut, bukan sekadar kekacakannya yang menarik hati Ayu, tetapi perwatakannya, kacak tu kira bonus bagi Ayu.
Di meja Shaq Hazif
“wei! Mata tu jaga sikit, jadi zina mata karang” Hazif mengejutkan lamunan Shaq yang masih merenung Ayu di meja lain, sebenarnya dia pun sama cuma dia tersedar awal sikit dari Shaq.
“eleh~ kau pun sama, macamlah aku tak nampak, tak berkedip mata kau tu, ingatkan alim-alim kau ni tak tengok perempuan” balas Shaq setelah sedar dari lamunan
“dah fitrah kelakian aku, nak buat camana, nobody perfect kau tau tak, alim-alim aku ni pun masih ada nafsu, apa ingat aku ni robot?” Hazif mencebik
“oohh~ bernafsu rupanya~ ingatkan mati pucuk. Hahah” Shaq mengawal ketawanya dengan menutup mulut
“wei budak.. sekurang-kurangnya aku sedar awal dari kau, kau tak sedar diri kalau bukan aku yang sedarkan. Boleh tembus kepala minah tu kau tenung” tambah Hazif lagi, kalau boleh nak nak dikikis kepala sahabatnya itu dengan penumbuknya,geram!
Shaq masih lagi dengan ketawanya, puas hati dia dapat mengenakan Hazif kembali apabila dia ditegur tentang renungannya terhadap Ayu
Share this novel