Bab 11
“alah~ manalah tahu aku aku mati esok ke, lusa ke, minggu depan ke, bulan depan ke. Ta..” percakapan Hazif terhenti kerana mulutnya ditutup oleh Shaq kerana tidak tahan sahabatnya bercakap pasal mati terus menerus, bila masa Shaq duduk sebelah dia pun tahu.
“sudah! Cukup! Sekali lagi kau cakap pasal mati. Aku tanam kau kat halaman rumah kau ni” marah Shaq yang masih lagi menutup mulut Hazif. Selepas itu dia melepaskan tangannya, suasana diam seketika.
“tapi ko hidu tak bau tanah kat tangan aku ni?” Hazif menghulurkan tangannya ke muka Shaq.
‘kau nak aku gigit tangan kau? Baik kau berhenti cakap pasal benda tu? Ugut Shaq yang kehilangan moodnya kerana Hazif malar bercakap mengenai mati, sebenarnya dia sedih apabila Hazif sahabat kesayangannya itu bercakap pasal benda tu. Kalau begitu kenapa bukan dia je yang mati waktu kena kanser dulu.
“tapi kalau kau nak tanam aku pun agak-agaklah depan rumah aku ni, kubur kampung ni masih luas untuk badan aku yang kecik ni. Haha” gurau Hazif sambil ketawa lalu berlari kearah ruang halaman rumah mereka sambil dikejar oleh Shaq yang kegeraman. Ayu dan mak Hazif hanya mampu tersenyum melihat dua orang sahabat baik itu berkejaran berketawaan sambil menggeleng kepala tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
Bila aku sudah tiada, simpan semua laguku
“hello, walaikumsalam Ayu, kenapa menangis ni, cuba bagitahu saya apa yang terjadi” pantas Shaq menjawab handphone apabila melihat nama Hazif yang keluar tapi Ayu yang menelefonnya dengan suara menangis terketar-ketar pada jam3 10 malam
“hah! Apa?! Hazif maninggal dunia?!!’ telefon ditangannya terlepas, seolah-olah tidak mampu untuk menggenggam. Mama dan ayah Shaq terkejut melihat perlakuan anaknya yang berada diruang tamu. Shaq menunjuk jarinya kearah handphone dengan terketar-ketar yang berada di lantai. Ayah Shaq menyambung menjawab talian yang belum dimatikan.
‘Innalillahiwainnalillahirojiun” Shaq terdengar suara ayahnya yang masih bertelefon.
Ayat itu membuatkan Shaq tidak mampu menahan sebaknya lantas menangis semahunya, biarlah kali ini dia menangis sepuas yang mungkin supaya apabila dia melihat jenazah Hazif nanti dia tidak akan menangis, tidak disangka pertemuannya bersama Hazif di kampung dahulu adalah pertemuan terakhir mereka sewaktu Hazif bernyawa. Hazif meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu memandu ketika hendak pulang dari kerja luar, kenderaannya berlanggar dengan lori balak menyebabkan Hazif tersepit dan meninggal di tempat kejadian.
“Ya Allah Hazif! Kenapa kau yang mati dulu?!! Kkkau ddah kata nnak tungguuu aku khawin nnak mmakan nnasi mminyak aaaaku!! Kenapa KAU tak ambik nyawa aku waktu aku ssakit Ya Allah?!!’ Shaq meraung menangis kesedihan di rumahnya, itulah satu-satunya sahabat dia yang paling baik, yang memahami dirinya, yang sanggup menahan kerana perangainya yang nakal. Yang mengubah dia dari jahil hingga berhijrah ke arah kebaikan dulu.
“sabar Shaq, tak baik meratap orang dah meninggal. Kesian arwah Hazif. Tentu rohnya tak aman kalau nampak kamu begini” kata ayahnya sambil mengusap belakang Shaq yang melutut sambil menumbuk lantai, mak Shaq hanya mampu memeluk Shaq sambil turut menangis kerana melihat anaknya bersedih,
Mak Shaq memahami kenapa anaknya bersedih hingga begitu, dia telah melihat dua orang sahabat baik itu dari mereka berkenalan waktu tingkatan satu membesar dan bermain bersama sehinggalah arwah Hazif meninggal dunia, Shaq dan Hazif memang terlalu rapat bagaikan abang dan adik yang saling menyayangi.
“Hazif.. aku redha kau pergi. Aku akan tunaikan segala wasiat kau untuk jaga isteri dan anak kau juga orang tua kau, aku dah anggap kau macam adik aku. Aku janji aku takkan menangis depan jenazah kau besok. Aku kena kuat depan orang yang kau sayang supaya mereka lebih tabah, aku janji aku akan uruskan jenazah kau dari awal hingga hantar kau ke liang lahad, berehatlah wahai sahabat, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu” azam Shaq didalam hati selepas berhenti menangis. Itupun puas dikawal perasaannya
“Ya Allah! KAU tabahkanlah kami ketika menghadapi jenazah hari esok, KAU tabahkanlah keluarga arwah menghadapi ujianMU ini. Tempatkan arwah dikalangan orang yang KAU redhai dan cintai. Amin ya rabbil allamin” doa Shaq sambil berlutut di lantai ruang tamu.
Share this novel