Bab 9

Others Completed 18607

Bab 9 (kisah Ayu)

Hari ni hujung minggu, jadi aku duduk di rumah sahaja, lepas kemas rumah, masak untuk makan tengahari tolong mak aku, terus aku masuk bilik untuk tunggu masuk waktu zohor. Sambil menunggu tu aku belek-belek handphone aku, manalah tau kan ada mesej dari abang hazif tersayang. Hehehe

Zzt zzt zzt

Sengaja aku silentkan dan vibrate mode handphone aku kalau dah nak dekat-dekat masuk waktu zohor, takut terlupa pula nanti, ada pula yang khusyuk nanti kalau handphone berbunyi tengah solat. Aku melihat whatsapp dari Hazif

Hazif:assalamualaikum cinta, dah nak dekat waktu zohor ni, jangan lupa solat ye,

Aku: walaikumsalam rindu, ye saya tahu, thanks ingatkan, awak pun ye

Begitulah kehidupan aku seharian, Hazif akan mesej aku 5 kali sehari untuk ingatkan aku, dan begitulah juga aku sebaliknya, kecuali waktu aku bendera merah, waktu tu aku je lah yang jadi alarm dia untuk solat. Hazif pun dah pernah jadi imam kat rumah aku ni, sengaja aku bawa dia datang rumah kenalkan kat keluarga aku masa-masa nak solat, itu semua ujian aku kat dia. Tapi bab salam menyalam tu taklah sampai aku salam dia, belum halal katakan

Sebelum aku sangkut kat dia pun, aku dah buat ujian dulu dari beberapa aspek, walaupun ada beberapa ujian tu dia gagal, tapi kebanyakannya dia lulus, biasalah nobody perfect. Walaupun sebenarnya dah lama aku suka kat dia, hehehe, selain itu aku minta tolong shasa minah pengkid kat kampus aku tu jadi spy aku untuk stalker Hazif. Jadi aku tak risau kalau shasa nak terpikat kat Hazif, sebab dia tu les. Boleh tahan rapat jugalah aku dengan minah pengkid tu sebab aku ni kawan tak memilih. Asal orang tu baik aku okey, harap shasa tak simpan feeling dekat aku, nauzubillah.

Hari ni aku ikut Hazif balik kampung dia jumpa bakal mak mentua, bertemankan adik aku Aishah. Tapi sebelum tu aku ikut dia melawat kawan karib dia di hospital, Shaq. Aku kenal orangnya, mereka berdualah yang dikatakan gay couple masa kat kampus dulu, nasib baik aku tak mudah terpengaruh. Hazif pun dah ceritakan semuanya pasal persahabatan dia dengan Shaq dan macammana dorang boleh rapat macam tu. Bertuah Hazif ada BFF macam shaq, aku pun ada juga BFF masa sekolah menengah, tapi dah lost contact, sebab dia pindah kat oversea, ikut familynya yang berhijrah ke situ kerana mereka buka bisnes dekat sana, secara automatic dia bersekolah di sana. Irwanshana namanya. Dah macam nama artis lelaki Indonesia pula namanya, tapi orangnya perempuan.

Selepas sahaja kami melawat Shaq. Kami terus menuju ke rumah Hazif. Cantik juga kampung Hazif ni. Sebaik sahaja sampai, aku diperkenalkan kepada emak dan papa Hazif a.k.a bakal mertua aku. Aku dan Aishah tidur di bilik Hazif, manakala dia tidur di ruang tamu, kesian juga aku tenguk dia. Tapi nak buat macammana rumah tu ada dua bilik je, rumah kayu. Walaupun begitu, rumah Hazif memang cantik dan kemas. Biliknya pun boleh tahan a.k,a bakal bilik aku. Mak Hazif bagitau aku, Hazif dah call dulu suruh maknya tolong kemaskan, takut tak selesanya katanya. Aku hanya tersenyum.

Tengah aku dan adik aku menolong mak Hazif menyediakan makan malam di dapur.

“Mak, jom ke ruang tamu, dah lama Ajip tak bermanja dengan mak, Aishah jom ikut abang dan makcik ke ruang tamu, tinggalkan kakak engkau kat dapur tu, lagipun tak lama lagi diakan bakal jadi orang rumah juga dekat sini” Hazif memegang bahu ibunya untuk mengajak pergi ke ruang tamu, sebelum tu Hazif memberi isyarat kepada adik aku supaya ikut sekali, macamlah aku tak Nampak.

“tapi Ajip..” belum sempat mak Hazif menghabiskan ayatnya, Hazif mendorong maknya ke ruang tamu. Mak Hazif hanya mampu menoleh kepada aku, aku hanya tersenyum sambil mengangguk. Tapi aku bulatkan mata aku kegeraman ke arah hazif sebaik sahaja mak Hazif toleh ke depan. Tapi kenapa dia bawa adik aku? siapa nak tolong dan temankan aku kat dapur ni. Hazif hanya tersenyum sinis kepada aku. Aku tahu dia sengaja nak uji aku sebab aku dah ceritakan semua benda yang aku buat sebelum aku sangkut dekat dia.

“bye sayang, masak sedap-sedap ye, abang tunggu tau, tak sabar nak tunggu makanan yang sayang masak” tambah Hazif sebelum berlalu pergi ke ruang tamu diikuti adik aku. Macam nak sumbat je sambal belacan yang aku tumbuk ni dalam mulut dia, geramnya!! Sambil menguatkan sedikit tumbukan lesung batu aku tanda protes dekat Hazif sebab bawa Aishah sekali, dia hanya ketawa kecil kearah aku sebelum menghilang dipintu dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience