Bab 3 (semester akhir)
Kini mereka berada di semester akhir di IPTA tersebut iaitu semester 5, kerana sem depan mereka akan menjalani latian industry di di firma yang mereka piliih berdasarkan bidang masing-masing. Sudah banyak pengalaman yang ditempuhi oleh dua sahabat baik itu. Pahit, manis, tawa, duka semuanya diharungi bersama kerana mereka telah berjanji untuk menjadi sahabat yang setia dan menganggap lebih dari sahabat iaitu saudara.
Hari itu mereka hanya tinggal di dalam bilik sahaja, kelas mereka sudah berakhir seminggu yang lepas, yang tinggal hanyalah minggu study week di mana pelajar diberi peluang untuk membuat revision sendiri sama ada individu atau berkumpulan. Minggu depan pula mereka akan menghadapi peperiksaan.
“Zif, sem ni kita last dah tinggal hostel, sem depan kita mesti keluar dari sini. Ko dah terpikir ke tempat ko praktikal?” Shaq bersuara memecah kesunyian di antara mereka setelah masing-masing sibuk mengulangkaji.
“Dah. Aku rasa aku nak praktikal kat bandar jelah, lagipun aku taknak menyusahkan family aku kat kampung tu. Tapi aku nak cari firma yang ada elaun, sekurang-kurangnya elaun untuk makan, bukannya nak mengharapkan duit tapi aku nak juga kirim sikit duit kat family aku tu,” balas Hazif sambIl menyelak helaian-helaian bukunya
“ kita praktikal kat tempat yang sama je lah. Pastu kita sewa rumah yang berdekatan, senang sikit nak ulang-alik kat tempat praktikal,” cadang Shaq
“Sebenarnya aku terfikir macam tu juga, tapi aku takut nak bagitau kau, maklumlah kau tu kan trip macho, kalau aku asyik melekat kat kau je, takut takde awek nak.” Sindir hazif, tapi sebenarnya dia tidak mempunyai niat apapun selain bergurau
“Yelah, aku takut sebab kau tu hensem sikit dari aku memanglah takde awek yang nak kat aku, semua lari tempat kau, yelah aku tahu salah aku” Balas Shaq merajuk setelah menyedari yang dirinya disindir akibat terlalu sering bergurau tentang dirinya yang single disebabkan hazif yang sentiasa dengannya
“Hahaha, aku gurau jelah, janganlah terasa, aku paham sangat dah perangai kau ni.kita kenal pun sejak sekolah menengah lagi, kalau tak sehari kau kenakan aku memang tak sah” balas Hazif setelah menyedari Shaq terasa dengan gurauannya itu
“Nanti kalau aku dah takde, takde lagi dah yang nak kenakan kau, kau mesti sukakan? Owh ya.. Sebelum kita exam ni, aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah aku minta maaf eh, sepanjang kita kenal sampai sekarang” Shaq menoleh kearah Hazif.
“aku pun sama Shaq, maafkan kesalahan aku sepanjang persahabatan kita terjalin kalau aku ada buat salah dengan kau, halalkan makan minum aku.” Balas hazif
Mereka berpandangan, suasana menjadi hening seketika di bahagian meja belajar mereka. Kedua-dua sahabat baik itu merasa sebak tapi masing-masing mahu menunjukkan ego untuk tidak menangis. Sepanjang mereka berkawan ini kali pertama mereka merasakan suasana begitu
“Eh dah lah tertouching pula. Hari raya lama lagi, kalau aku maafkan kau sekarang pun kau buat balik juga, hhee.” Hazif memecahkan kesunyian seketika itu sambil tersengih untuk melindungi kesebakan yang dirasai oleh dia
“Ish ko ni, potong stim betul, aku baru nak touching-touching, romance-romance dengan kau,” balas shaq lantas mengalihkan pandangannya kearah bukunya semula sambal ketawa
“Banyaklah kau punya romance.ambik ni.” Hazif menghumban bantal yang diletakkan diribanya dari tadi ke arah Shaq “Dah nak exam pun pikir benda bukan-bukan, kenapa? Semalam aku bagi tak puas ke?” tambahnya lagi mengusik,
“puas. tapi nak lagi sekarang, boleh tak?” Shaq membalas balik lalu berlari keluar bilik disertai ketawa selepas diacah oleh Hazif dengan menggenggam penumbuk untuk mengejarnya.
“hah! Takut pun kau. dah lah Shaq, kita ni dah macam budak-budak pula, aku laparlah. Jom pi makan.” Ajak Hazif yang duduk semula dikerusinya.
“alah, kita ni pun bukan tua sangat. hhee.” Jawab Shaq tersengih, “aku pun lapar ni.dah setengah hari tak makan, jangan sampai aku makan kau pula, tapi ko turun dulu lah ye booking meja kat kafe tu, takut penuh pula, menu aku macam biasa, aku nak kemas buku jap” cadang Shaq
Share this novel