Bab 5

Others Completed 18607

Bab 5(kisah Shaq)

Sedar tak sedar dah tua rupanya aku, hhee.alah taklah tua sangat masih lingkungan 20 an pun. Lamanya tak balik kampung ni. Tapi bosan pula aku takde mamat Hazif tu kat sini, BFF lah katakan, hahha, teringat pasal Hazif, ingatanku teringat pula budak Ayu. Ya, budak Ayu yang rupanya Hazif pun gilakan orang yang sama dengan aku.

“Assalamualaikum.. bang.. oo.. bang. Ni customer minta minta resit untuk order tadi, ini duit bayaran.” Ish, kacau daun betullah budak Boy ni. Oo, lupa nak bagitau, family aku ni buat bisnes restoran dan katering. Budak Boy tu salah satu pekerja family aku, aku ni Cuma tolong jaga buat sementara waktu je. Sementara tanam anggur ni, hahaha

“Aahh… kenapa?” tanyaku setelah tersedar dari lamunan

“ni customer hujung sana tu minta resit untuk order yang dorang pesan tadi, ni duit bayaran” jawab Boy sambil menghulurkan duit dan sekeping kertas yang berisi senrai order dan jumlah harga.

“Abang ni mengkhayal ke angau ingatkan makwe?’soalnya kepada aku sambil menunggu, menyibuk jak budak ni, buat kerja sudahlah.

Aku segera memberi resit seperti yang diminta oleh Boy untuk diserahkan kepada customer tu berserta dengan duit baki sekali.

“Tak lah, saja merenung masa depan, dah dah dah, pergi bagi baki dengan resit tu, kau budak-budak lagi, jangan menyibuk hal aku” aku membetulkan posisi duduk aku kat kaunter, manalah tau ada minah cun sangkut kat aku masa makan kat sini, boleh aku trip jadi tauke kejap, hahaha, dah Shaq kedai ni bapa kau yang punya, jangan nak berangan.

Hari ni aku tak ke restoran, bisnes family aku buka dari isnin sampai jumaat je, sabtu ahad tak buka, public holiday, boleh luangkan masa dengan family kata ayah aku. Selesai je solat subuh, aku terus terbaring dikatil, perut aku tak berapa nak sihat, memulas je, nasib baik tak meragam masa solat, tak pasal-pasal hilang khusyuk aku, semuanya bermula dari Hazif yang membuat aku jadi baik begini, sekarang aku mampu menjaga solatku tanpa Hazif walaupun kadang-kadang tu ada juga yang tertinggal, maklumlah manusia mana yang sempurna. Ya Allah, aku bersyukur kau kurniakan kawan macam dia kat aku. Kalau bukan pasal dia tak jadi orang aku sekarang ni, hehehe.

“Shaq, mak tengok muka kau ni pucat macam tak cukup darah je, ko sakit ke?’ soal mak aku sebaik sahaja ternampak aku turun ke dapur untuk bersarapan.

“Entahlah mak, perut ni macam tak sihat je, asyik memulas” jawabku sambil menjamah nasi goreng yang mak aku sediakan, itupun hanya sikit je. Aku takde selera makan sebenarnya sekarang ni sebab perut aku yang buat hal.

“Eh, ayah mana mak?” tanyaku lagi setelah perasan bahawa ayah tidak bersama kami untuk bersarapan pagi itu.

“Ayah kau keluar kejap pergi bank-in kan duit untuk abang kau”? jawab mak aku, ya, aku ada seorang abang, tapi takde kat sini, dia study kat Russia, ambik bidang kedoktoran, maklumlah budak pandai, tak macam aku ni setakat diploma je. Lagipun tua setahun je dari aku. Kami hanya dua orang je adik beradik

“kau tak pergi hospital? Pergilah check takut pula ada apa-apa nanti” cadang mak aku

“nantilah mak,sakit sikit je ni, lepas makan dengan rehat nanti ok lah kot, lagipun Shaq tak nak layan sangat sakit ni dengan ubat hospital, nanti terbiasa” begitulah aku, payah nak ke hospital, hanya apabila keadaan terdesak saja baru aku akan pergi, itupun dipaksa, haha.

Sebenarnya sakit ni bukanlah kali pertama datang kat aku, dah banyak kali, tapi aku tahan selagi boleh, tak nak menyusah mak ayah aku, makan banyak tapi melabur jarang, boleh dikatakan dalam seminggu tu, sekali sahaja aku akan berjumpa dengan Mr Tand As. Itupun kalau nak melabur, kalua tak, tak jumpalah aku, tapi perut pula macam nak melabur

Alkisah 2 minggu lepas tu, aku sakit teruk, muntah-muntah, perut meragam, tak lalu makan. Ya Allah tuhan je yang tahu apa aku rasa, kalau boleh rasa baik tuhan tu ambik nyawa aku je dari sakit menanggung macam ni, teringat pesanan Hazif waktu aku susah dulu

“Allah tu tak kejam, Dia takkan membebani hambaNYA dengan beban yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA, Allah tu bertindak mengikut sangkaan hambaNYA, jika baik difikirkan hambaNYA maka baiklah yang akan kita dapat dan sebaliknya, jadi walau apa yang menimpa kita, berprasangka baik terhadap Allah, mungkin itu satu ujian buat kita”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience