Bab 8

Others Completed 18607

Bab 8

Aku hanya tersengih, pandai juga mak si Shaq ni bergurau ye, padahal masa kitaorang kecik-kecik, garangnya macam singa betina, singa betina pun takut kot, lebih-lebih lagi kalau waktu magrhib masa nak panggil Shah balik rumah lepas main, aku pun kecut, hehe. Kami ditinggalkan berdua. Mak Shaq, Ayu dan adiknya ke kantin hospital, Ayu belanja katanya,

“wei mangkuk! Apasal kau tak bagitau aku kau masuk hospital, nasib baik bapa aku call bagitau kalau tak, alamatnya sampai ko tuuut pun aku tak tau” aku memandangnya serius, sengaja aku tidak mahu menyebut perkataan mati tu, tak sampai hati pula.

“sorilah bro, aku tak sampai hati sebenarnya nak bagitau kau, taknak kacau kebahagiaan kau dengan Ayu terganggu, lagipun kau kan kerja, menyusahkan kau pula nanti lawat aku,” jawab shaq, sambil menyalam dan genggam tangan aku, punyalah kuat dia genggam sampai kesakitan aku dibuatnya, nak balas dendamlah tu

“alah, tak menyusahkan aku pun, itulah gunanya kawan, kau sendiri yang ajar aku ayat tu, aku susah, kau tolong aku, kau susah, masa ni lah aku tolong kau. Hidup kita ni macam roda, kadang diatas, kadang dibawah”dah macam tazkirah pula aku rasa,

‘tapi untuk kes macam kita dua ni, sapa diatas? Sapa dibawah?”soal Shaq tersengih

“aku terajang juga kau ni tak lama, dah sakit pun sempat lagi gurau bab-bab macam tu,” aku mengacah Shaq menggunakan penumbuk.

“nak manja sikit pun tak boleh, time-time macam ni lah aku nak manja dengan kau, kalau aku dah mati nanti, ada juga kenangan pasal aku yang boleh kau ingat” aku tersentak mendengar Shaq menyebut perkataan mati, apa maksud dia?

“wei. Tak baik tau cakap macam tu, Tuhan tak suruh kita menyerah kalau ada masalah, menyerah bulat-bulat dengan ujianNYA, walaupun sakit, Dia suruh kita berikhtiar untuk cari penyelesaian setiap masalah, setiap penyakit yang diturunkanNYA Dia ciptakan penawar, kecuali tua, lagi satu, setiap ucapan tu satu doa” aku bersyarah di hospital, dah macam imam muda rasanya.

Shaq hanya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut aku, budak ni walaupun aku berpidato sekalipun, dia tetap jadi pendengar setia, itu yang aku suka kawan dengan Shaq ni dari kecil sampai sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience