Bab 6
Begitulah lebih kurang ayatnya yang pernah diberikan kepada aku, laju je airmata aku ni mengalir teringat dia sambil menahan sakit, aku taknak menyusahkan sahabat aku sorang tu, biarlah dia tak tahu sakit aku sekarang ni, dah banyak dia tolong aku, sedarkan aku, bimbing aku. walaupun aku banyak sakat dia, buat dia marah dengan perangai aku, tetap dia nak kawan dengan aku, jahatkan aku ni? memang patut pun kena macam ni, padan muka kau Shaq!
Di Hospital
“Encik, saya harap encik sabar dengan apa yang saya nak sampaikan, mengikut hasil pemeriksaan kami terhadap encik dan juga ujian yang telah dilakukan, encik..~”
“kenapa dengan saya doktor? Apa sakit saya? Cepatlah bagitau saya”
“berat hati saya nak sampaikan, sebenarnya encik disahkan menghidap kanser usus, final stage..saya sarankan encik tinggal disni untuk pantauan kami, sabar ya encik, banyak-banyakkan berdoa”
Ya Allah! Beratnya dugaanMU! Aku rasakan bagai dihempap dengan Twin Tower Petronas apabila mendengar berita itu, jantung aku bagaikan terjatuh ke lantai
“dok, berapa lama lagi saya boleh hidup? Adakah peluang untuk saya pulih?”
Aku menyoal bertubi-tubi
“sabar encik, saya tak boleh ramalkan berapa banyak lagi masa yang encik ada, tapi mengikut pengalaman saya..kalau dah final stage peluang untuk sembuh tu susah atau mungkin mustahil, tapi sebagai umat islam, kita percaya ajal maut tu ditangan tuhan, tiada yang mustahil disisiNYA, walau seteruk mana pun keadaan encik, kalau tuhan tu tetapkan ajal encik belum tiba.. Inshaa Allah, umur encik masih panjang, itu saja yang saya mampu cakap”
Aku terasa ingin menangis, mahu saja aku telefon Hazif berkongsi masalah aku sekarang, tapi aku batalkan, aku hanya menelefon ayahku untuk menghantar barang-barang keperluan aku kerana aku ditahan di hospital, itupun aku tidak memberitahu berita yang sebenar, sekadar aku ditahan untuk pemantauan sahaja.
Share this novel