Bab 4

Romance Completed 18613

Bab 4

“set, aku tunggu kau kat bawah, kalau lambat makanan kau aku kebas, hahaha” balas Hazif lantas menutup piintu biliknya menuju ke kafe meninggalkan Shaq keseorangan mengemas buku-bukunya

Begitulah keadaan mereka seharian apabila waktu makan tengahari kerana sepanjang minggu study week ni, kebanyakan penuntut suka menjadikan kafe tersebut sebagai spot untuk belajar lebih-lebih lagi tengahari,

Sedang Shaq mengemas meja Hazif yang terlalu bersepah dengan buku, tiba-tiba sebuah buku catatan Hazif terjatuh di atas lantai, Shaq mengenali buku tersebut, itu adalah diari Hazif, dia sendiri pun mempunyai sebuah diari. D isebelah buku tersebut terletak sekeping gambar, Shaq terkejut sebaik sahaja melihat gambar tersebut namun cepat-cepat dia menyimpannya di dalam buku tersebut kerana menghormati privacy sahabatnya untuk tidak membaca diari tersebut. Selesai sahaja mengemas Shaq terus menyusul hazif d kaferia.

Kini mereka telah menamatkan pengajian mereka di IPTA tersebut selepas 3 tahun bertungkus-lumus untuk mendapatkan segulung diploma, Shaq dan Hazif graduate dengan keputusan yang cemerlang, mereka berpelukan sambil menangis kegembiraan ketika majlis graduasi selesai, sekali lagi mereka mengalirkan airmata sebagai seorang lelaki, namun mereka sudah tidak mempedulikan itu semua.

Shaq pulang ke kampung untuk membantu bisnes keluarganya yang diusahakan di kampung sebaik sahaja selesai pengajian, dia menggunakan semua ilmu yang dipelajarinya dahulu sewaktu menuntut di IPTA yang dimasukinya dahulu

Manakala, Hazif terus tinggal di bandar dan telah bekerja di sebuah syarikat yang ternama, walaupun hanya sebagai penolong pegawai, tetapi dia bersyukur kerana dia telah mendapat pekerjaan, sekurang-kurangnya dapat membantu keluarganya yang susah dikampung, namun begitu, hazif sudah berpesan kepada Shaq untuk membantunya melihat keadaan keluarganya ketika dia bekerja di bandar kerana mereka duduk sekampung.

You have a new message sir

Handphone Hazif berbunyi yang menandakan whatsapp masuk, Hazif mengambil handphonenya untuk melihat yang diletakkan di atas meja ofisnya,

Shaq: Wei bro,busy ke, dah jarang ko mesej aku, tak rindu aku?

Hazif: Wei wei.. tak reti bagi salam ke, adalah busy sikit dengan kerja yang berlambak ni

Shaq: Oops! Assalamuakum saudara, hahaha. Bila kau balik kampung? Rindu pula aku nak lepak dengan kau

Hazif: Walaikumsalam, nak rindu kau buat apa, takde faedah pun, baik aku rindu makwe aku sekarang, hahaha

Shaq: Patutlah dah jarang wassap, rupanya dah ada awek, tak sound kat aku pun.cun tak? Hehehe, sapa nama bakal adik ipar aku tu

Hazif: Alah, aku rasa kau kenal orang tu, sama-sama kita masa menuntut dulu, tapi lain fakulti, nantilah aku citer kat kau masa aku balik, aku pun dah lama tak balik kampung. Cadang nak balik hujung minggu ni, oklah Shaq, aku ada kerja sikit ni, balik jak aku kita stay, then aku citer sapa awek bertuah yang dapat aku tu, hehe. Aku pun dah rindu nak stay dengan kau.

Shaq: Orait bro, aku tunggu kau balik hujung minggu nie..haha, aku ingatkan rindu bertepuk sebelah tangan, yalahkan, dah ada awek, k lah bro, buatlah kerja kau tu, assalamualaikum

Hazif: ko ingat aku ni lupa ke? Awek aku tu teman seumur hidup dunia akhirat, In shaa Allah, kau tu teman sejati aku, mana boleh lupa. K lah, aku blah dulu, walaikumsalam

Sementara itu, di tempat Shaq

Shaq meletakkan kembali handphonenya di katil sambil berbaring setelah berwhatsapp dengan sahabatnya Hazif, sudah lama dia tidak lepak dengan Hazif sejak dia kerja di bandar. Shaq tertanya-tanya siapakah gerangan puteri yang telah mencuri hati sahabatnya, Hazif mengatakan dia kenal wanita tersebut, siapalah agaknya? Satu IPT? Adakah dia budak yang dilihat dalam gambar diari Hazif dahulu?!! Mata Shaq membulat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience