?Bab 12
“Papa papa, nak yang tu” kata seorang anak kecil kepada Shaq,
“sayang papa yang seorang ni nak mana satu?”Tanya Shaq kepada budak kecil yang di dukungnya sambil mengusap kepala anak kecil disisinya itu
“Shafiz pergi duduk dekat umi dengan ibu Shasa ye, kejap lagi papa dengan adik shaqil datang” kata Shaq sambil menghulurkan aiskrim McD kepada budak yang bernama Shafiz, atau nama sebenar Mohd Shafiz Bin Mohd Hazif iaitu anak kepada arwah Hazif dan Ayu
Budak yang didukung oleh Shaq pula ialah merupakan anaknya dan Shasa iaitu Mohd Shaqil Bin Shaq Amar. Shaq tetap menunaikan wasiat terakhir sahabat baiknya arwah Hazif iaitu menjaga Ayu dan anaknya, tetapi tidak bermaksud menghawini Ayu, biarlah Ayu milik Hazif seorang, sebab dia tidak pernah merampas apa-apa milik sahabatnya itu, sekalipun sahabatnya itu meninggal dunia, walaupun dia pernah menyimpan perasaan terhadap Ayu. Tapi itu semua hanyalah kenangan lama,
Baginya Shasa sudah cukup melengkapi hidupnya dengan ditemani anaknya yang tersayang.
‘Hazif.. aku dah tunaikan semua wasiat kau, anak kau pun dah besar sekarang, wajahnya seiras dengan kau, walaupun kau tiada di sini, tapi kau tetap hidup dalam hati setiap insan yang menyayangi kau, damailah kau disana sahabat” Shaq berkata dalam hati tersenyum sambil memandang kearah Ayu, Shafiz dan Shasa yang menunggunya di meja sambil menjamah hidangan McD.
“eh shafiz, siapa yang Shafiz lambai tu? Ada orang ke kat situ?” Tanya Ayu melihat Shafiz melambai sesuatu tapi tiada orang
“Ada, muka dia sebiji muka muka ayah dalam gambar, pakaian dia putih sangat, muka dia ada bersinar macam lampu” Lancar Shafiz memberitahu ibunya
Semua yang ada disitu terkejut. Mereka tersenyum selepas mendengar apa yang diberitahu Shafiz sebentar tadi.
~Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padaMU Illahi teman yang dicari selama ini telah temui
TAMAT
Share this novel