Bab 7
Wajah Fatimah sangat gembira bila sampai di depan rumahnya. Fatimah cepat-cepat turun dari motosikal yang di tunggang oleh Fariz. Dan mula menapak masuk ke dalam rumah untuk mencari ayahnya. Fatimah mendengar suara batukkan ayahnya itu. Fatimah menghampiri Pak Karim yang sedang duduk di kerusi malas.
“Bapak, Imah dah balik!” kata Fatimah sambil memandang wajah ayahnya.
“Alah, cepatnya balik,” balas Pak Karim sambil menoleh ke arah anak tunggalnya itu.
“Mana ada cepat... lama kut Imah duk dekat rumah tu. Petang baru Imah balik,” bidas Fatimah yang tidak terima bila dikatakan sekejap saja berada di rumah mak mentuanya itu. Sedangkan Fatimah merasa lama dirinya berada di rumah mentuanya itu.
“Nanti bila-bila Imah kenalah bermalam dekat rumah mak mentua Imah tu. Layanan dia pada Imah baik je kan?” ujar Pak Karim sambil menatap wajah Fatimah.
“Mmmh... mak Abang Fariz tak ada marah Imah pun. Mak minta kita orang makan lagi. Sedaplah lauk yang mak Abang Fariz masak,” kata Fatimah sambil terbayang lauk yang ia makan di rumah mak mentuanya tadi.
“Baguslah, nanti bila-bila Imah boleh pergi lagi ke rumah mentua Imah tu,”balas Pak Karim sambil terbatuk-batuk.
“Tapi Imah lagi suka duk dekat rumah ni je. Imah tak suka pergi rumah orang,” Fatimah memberitahu apa yang ia rasa pada ayahnya. Fatimah tetap rasa tidak selesa bila berada di rumah mentuanya. Bukan rumah mentuanya saja. Fatimah juga tidak suka bila terpaksa berada di rumah bapa dan ibu saudaranya.
“Semua orang akan lebih suka dan selesa berada rumah sendiri, Imah. Termasuk abang. Tapi abang nak buat macam mana dah Imah tak mahu tinggal dekat rumah mak abang,” kata Fariz memberitahu pandangannya.
“Maaflah, Imah dia memang keras hati sikit. Dari kecil Imah memang tak suka berada di rumah orang lain. Kalau ada kenduri-kendara dekat rumah sepupu-sepupunya kita orang tak pernah bermalam. Akan balik hari je tak kira dekat atau jauh,”terang Pak Karim sambil terbatuk-batuk.
“Tak apa saya faham. Sekurang-kurangnya dia mahu juga pergi ke rumah mak,”balas Fariz yang mengerti dengan keadaan Fatimah.
“Bapak, Imah laparlah. Dekat rumah ada benda nak makan tak?” tanya Fatimah sambil memegang perutnya yang mula merasa lapar.
“Tadi Mak Jah ada hantar lauk, nasi pun bapak ada masak. Pergilah makan,” beritahu Pak Karim.
“Okay, Imah nak makan sekarang juga,” sahut Fatimah sambil mula ingin menapak ke arah dapur.
“Imah ajaklah suami Imah ni makan sekali,” ujar Pak Karim memberitahu Fatimah.
“Okay, abang jom makan. Imah dah lapar ni,” kata Fatimah sambil menarik tangan Fariz.
“Baiklah. Ayah jomlah kita makan sama-sama,”ujar Fariz sambil memandang wajah bapa mentuanya itu.
“Kamu berdua pergilah makan. Bapak masih kenyang lagi,”Pak Karim menolak palawaan menantunya itu. Pak Karim sudah tidak ada selera untuk makan. Pak Karim tahu penyakitnya sudah semakin parah. Pak Karim tidak pasti mampukah Fariz bertahan dengan kerenah Fatimah yang kebudak-budakan itu. Pak Karim berharap sangat menantunya itu akan terus bertahan bersama Fatimah bila dia sudah tiada nanti.
Fariz mengikut Fatimah pergi ke arah dapur. Tangan Fatimah mula mengambil pinggan di atas rak kemudia berjalan ke arah rice cooker. Fatimah membuka tudung rice cooker dan mula mengaut nasi ke dalam pinggannya.
“Mana pinggan abang?”tanya Fariz bila melihat Fatimah hanya mengambil satu pinggan untuk dirinya sendiri.
“Abang pergilah ambil sendiri,” balas Fatimah bersahaja. Fatimah melabuhkan punggungnya di atas bangku meja makan.
“Hai, sabar je lah,” gumam Fariz sambil tangannya mula mencapai pinggan.
Fatimah tidak mempedulikan Fariz. Sebaliknya Fatimah membaca Bismillah dan mula menyuap nasi dan lauk ke dalam mulutnya. Fariz hanya mampu mengelengkan kepala saja melihat sikap isterinya itu. Yang tidak menunggu dirinya terlebih dahulu. Habis makan Fatimah membawa pinggan ke arah sinki dan mencuci pinggannya itu. Selesai mencuci pinggannya Fatimah keluar dari dapur. Tiba-tiba Fariz menegur Fatimah.
” Imah nak pergi mana tu? Temanlah abang makan sekejap,” Fatimah menoleh ke arah Fariz dengan mata tidak berkedip.
“Imah nak masuk bilik. Nak tengok cerita kartun dekat dalam telefon,” Fatimah memberitahu suaminya itu sambil mula melangkah menuju ke biliknya.
“Pergilah,” kata Fariz sambil tangan kiri mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Sudah hampir seminggu Fariz dan Fatimah bergelar suami isteri. Tetapi mereka berdua masih belum melakukan hubungan intim. Fariz adalah lelaki normal yang mempunyai nafsu. Ingin saja Fariz memaksa Fatimah melayan nafsu berahinya. Apa lagi setiap malam mereka berdua tidur bersama. Fariz pernah juga cuba untuk memengang aset Fatimah dan cuba mengajak Fatimah melakukan hubungan kelamin. Tetapi Fatimah awal-awal telah menepis tangan Fariz. Sepertinya tidak suka bila Fariz cuba menyentuh tubuhnya. Dengan terpaksa Fariz memendam saja nafsunya itu. Fariz tahu Fatimah tidak faham hubungan suami isteri itu bagaimana sebenarnya. Fariz tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada Fatimah bagaimana kehidupan rumah tangga yang sebenarnya. Fatimah mengagap bila sudah menjadi isteri Fariz hanya perlu tidur bersama setiap malam dengan Fariz. Fatimah tidak tahu bahawa dirinya harus melayan keinginan nafsu berahi suaminya. Fatimah juga tidak tahu apa itu hubungan intim antara suami isteri.
Di ruang tamu kedengaran Pak Karim asyik terbatuk-batuk saja. Kelihatan Pak Karim seperti menahan sakit di dadanya. Fariz merasa khuatir dengan keadaan bapa mentuanya itu. Kerana Fariz dapat merasakan kesihatan bapa mentuanya itu semakin merosot. Tubuh bapa mentuanya itu juga kelihatan terlalu kurus dan agak lemah. Fariz berjalan menghampiri bapa mentuanya yang duduk di kerusi malas diruang tamu.
Khuk... khuk... khuk.
“Bapak nampak tak sihat. Apa kata kita pergi klinik,” Fariz memberi cadangan. Perlahan-lahan Pak Karim menoleh ke arah menantunya itu.
“Bapak okay je. Tak payahlah pergi klinik. Nanti lama-lama baiklah batuk ni,”Pak Karim menolak cadangan Fariz untuk pergi ke klinik.
“Saya risaulah dengan keadaan kesihatan bapak yang makin teruk. Kalau bapak masuk hospital ada jururawat dan doktor yang akan pantau,”kata Fariz lagi cuba memujuk bapa mentuanya itu.
“Kamu tak payah risaulah... bapak masih kuat... bapak hanya harap kamu akan lindungi Fatimah bila bapak dah tiada nanti. Fatimah tu kurang cerdik... pasti ramai yang akan ambil kesempatan atas kekurangannya itu,”kata Pak Karim agak tersekat-sekat.
“Bapak jangan risaulah. Fatimah tu dah jadi isteri saya, sudah tentu saya akan lindungi dia,” ujar Fariz sambil mengukir senyuman kepada bapa mentuanya itu.
“Baguslah,”balas Pak Karim sambil tangan kanannya mengurut dada kerana terasa sakit.
“Bapak! Dekat dalam reban ada telur ayam menetas. Imah kira tadi ada lima ekor semuanya,”jerit Fatimah sambil berjalan menghampiri Pak Karim.
Pak Karim dan Fariz menoleh ke arah Fatimah yang berjalan menghampiri mereka berdua. Pak Karim dan Fariz terkejut bila menyedari di tangan Fatimah ada seekor anak ayam yang baru menetas.
“Imah nak buat apa dengan anak ayam tu?”tanya Fariz sambil memerhatikan tangan Fatimah yang sedang memengang anak ayam.
“Imah nak mainlah,” jawab Fatimah bersahaja.
“Imah tak baik main dengan anak ayam tu. Imah pergilah... letak balik dekat dalam reban,” kata Pak Karim cuba menasihati anaknya itu.
“Yalah, Imah akan letak balik dalam reban,”balas Fatimah sambil memuncungkan mulutnya kerana kecewa terpaksa meletak kembali anak ayam di tangannya ke dalam reban. Dengan terpaksa Fatimah berjalan keluar dari dalam rumah membawa anak ayamnya itu.
Malam telah menjelma selesai menunaikan solat isyak Fariz merebahkan tubuhnya di atas katil. Manakala Fatimah pula sedang memakai makeup di wajahnya. Fariz agak hairan kenapa malam ini tiba-tiba saja Fatimah memakai makeup.
“Imah dah kenapa pakai makeup malam ni?” soal Fariz ingin tahu.
“Tadi siang Imah dengar ceramah agama dekat radio. Ustaz tu cakap kena bersolek untuk suami. Sepupu Imah cakap apa yang ustaz tu cakap tu betul. Sebab tu Imah pakai makeup malam ni,” kata Fatimah sambil menoleh ke arah Fariz yang sudah baring di atas katil.
Fariz terkejut melihat wajah Fatimah yang sudah seperti opera cina saja. Dengan bedak tebal dan memutih di wajahnya. Gincu di bibirnya Fatimah juga agak comot tidak rapi. Kening Fatimah pula sebelah tebal dan sebelah lagi nipis lukisannya.
“Imah tak payah makeup. Pergi cuci muka tu. Dah rupa apa dah abang tengok,” perintah Fariz yang agak terkejut melihat wajah Fatimah.
“Kenapa pula? Imah dah makeup cantik-cantik kena cuci muka pula,” keluh Fatimah sambil memuncungkan mulutnya.
“Imah cantik bila tak pakai makeup,” pujuk Fariz. Mendengar kata-kata Fariz membuatkan Fatimah tersenyum lebar dan mula bangun untuk mencuci wajahnya.
Happy reading semuanya.
Share this novel