Bab 3 Takut Gelap

Romance Completed 24868

Bab 3

 

       Malam sudah menjelma Fatimah masih lagi memakai baju pengantinnya. Pak Karim datang mendekati anaknya itu.

        “Imah, bukalah baju tu. Lepas tu pergi mandi,”pujuk Pak Karim sambil terbatuk-batuk.

          “Tapi... Imah tak puas lagi pakai baju ni,”balas Fatimah tetap tidak ingin membuka baju pengantin di tubuhnya.

           “Dah malam ni. Badan Imah pun dah bau,”kata Pak Karim tetap berlembut dengan anaknya itu.

            Fariz hanya diam memerhatikan Pak Karim dan Fatimah. Di hati Fariz hanya berfikir apakah tindakannya ini betul berkahwin dengan Fatimah. Fatimah memang nampak normal dari luaran. Tetapi cara Fatimah berfikir tidak seperti umurnya. Fariz juga perasaan Pak Karim yang sekarang ini telah menjadi bapa mentuanya kerap batuk. Fariz merasakan bapa mentuanya itu ada masalah kesihatan. Fariz bangun dan mendekati Fatimah dan bapa mentuanya.

           “Imah bukalah baju tu! Kalau Imah tak mahu buka sendiri  tak apa biar abang bukakan,” ujar Fariz sambil mula mendekati Fatimah.

           Fatimah agak kurang selesa bila Fariz datang mnedekat. Fatimah juga rasa takut dengan Fariz kerana suara Fariz yang lantang.

          “Yalah, Imah nak bukalah ni. Abang jangan nak datang dekat... nanti Imah cakar dengan kuku,” kata Fatimah dengan memandang ke arah Fariz yang cuba mendekatinya.

             “Nanti dah buka baju tu, pergi mandi tau,” Pak Karim mengingatkan anaknya itu.

              “Yalah, Imah nak mandilah ni,” balas Fatimah dengan memuncungkan mulutnya.

              Fatimah mula cuba membuka zip baju yang berada dibelakang tubuhnya. Tapi tangan Fatimah terkial-kial dan agak susah membuka zip itu. Fariz yang melihat Fatimah ke susahan membuka zip baju itu datang mendekat untuk membantu.

            “Meh sini abang tolong bukakan zip baju tu,” kata Fariz sambil mula menghampiri Fatimah.

              Melihat Fariz ingin menolong Fatimah membuka zip baju anaknya itu. Pak Karim meninggalkan anak menantunya itu. Pak Karim menapak masuk ke dalam biliknya ingin berehat. Dada Pak Karim terasa sakit dan sukar untuk bernafas. Selalunya setelah makan ubat dan berehat sakit dadanya akan hilang.

               “Abang buka zip tu pelan-pelan tau,” kata Fatimah. Mengizinkan Fariz membuka baju pengantin di tubuhnya.

              Tangan Fariz mula membuka zip baju di tubuh isterinya itu. Nafsu lelaki Fariz bergelodak melihat kulit putih Fatimah dibalik zip itu. Fariz hanya membuka separuh saja zip baju itu.

           “Abang dah buka separuh. Yang selebihnya Imah bukalah sendiri,” kata Fariz sambil menjauh dari Fatimah.

            “Alah, kenapa tak buka bagi habis. Tadi kata nak tolong,” bebel Fatimah sambil tangannya mula membuka zip itu sampai habis.

             Fariz hanya diam saja melihat Fatimah membuka zip baju. Setelah membuka zip, Fatimah dengan selamba membuka bajunya. Membuatkan Fariz terkejut melihat Fatimah yang hanya memakai pakaian dalam saja itu. Cepat-cepat Fariz mengambil kain tuala lalu menutup tubuh Fatimah.

           “Pergilah mandi cepat,” perintah Fariz.

            “Imah nak mandilah ni,” balas Fatimah sambil berjalan masuk ke dalam bilik air.

              Didalam bilik Fatimah tersedia bilik air. Supaya memudahkan Fatimah mandi dan menukar bajunya. Tidak perlulah Fatimah pergi ke bilik air yang ada di dapur.

               Selesai mandi Fatimah keluar dari bilik air. Fatimah berjalan ke arah almari bajunya. Fariz pula ralit dengan telefon pintarnya. Ketika ingin memakai baju Fatimah tanpa segan dan malu membiarkan saja kain tualanya melurut jatuh ke lantai. Fariz telan air liur melihat tubuh Fatimah.

           “Nampaknya aku kena keluar juga dari bilik ini. Tak pasal-pasal aku pergi terkam juga isteri aku yang kurang cerdik ni nanti,”gumam Fariz sambil mula bangun dan berjalan keluar dari dalam bilik.

            Fariz pergi ke ruang tamu dan merebahkan tubuhnya di sofa. Mata Fariz mula ingin terlelap tapi tiba-tiba ada tangan mengerakkan tubuh Fariz. Perlahan-lahan mata Fariz celik kembali. Rupanya Fatimah yang menggerak-gerakkan tubuh Fariz. Fariz lihat Fatimah memakai baju tidur gambar beruang.

        “Ada apa ni?”tanya Fariz sambil memandang wajah Fatimah.

         “Imah nak tidur sebelah abang. Bapak kata Imah kena tidur dengan abang lepas kahwin,”jawab Fatimah sambil mula ingin merebahkan dirinya di sisi Fariz.

         “Eh, sofa ni mana muat untuk kita tidur berdua,”balas Fariz lalu bangun dari baring ke posisi duduk.

          “Habis tu Imah nak tidur dekat mana?”tanya Fatimah dengan mulut muncungnya.

            “Okay,okay jom masuk bilik. Kita tidur dekat bilik Imah je lah,” kata Fariz. Lalu Fariz berdiri dan mula menapak ke bilik Fatimah.

            “Okay,” sahut Fatimah sambil mula berjalan menuju ke biliknya.

             Masuk saja di dalam bilik Fatimah merebahkab tubuhnya diatas katil. Melihat Fatimah sudah baring di atas katil Fariz segera menutup suiz lampu bilik. Terpadam saja lampu tiba-tiba Fatimah menjerit.

         “Aah, takut... gelap!” jerit Fatimah. Fatimah sepertinya takut berada didalam gelap. Fariz terkejut mendengar Fatimah menjerit ketakutan. Cepat-cepat Fariz membuka lampu kembali. Fariz melihat ke arah Fatimah yang duduk diatas katil sambil merapatkan kedua kaki ke arah perut dan tangannya memengang kaki.

        “Imah takut gelap ya?” soal Fariz sambil menghampiri Fatimah.

          “Abang janganlah tutup lampu. Imah takut gelap,” kata Fatimah dengan air mata mula jatuh ke pipinya.

            “Okay, abang tak akan tutup lampu. Maaf, abang tak tahu yang Imah takut gelap,” ujar Fariz sambil tangannya perlahan-lahan memeluk tubuh Fatimah untuk menenangkannya.

               “Imah, tak pernah tutup lampu dalam bilik ni. Kenapa abang tutup tadi?” Fatimah memarahi Fariz kerana telah menutup lampu.

            “Abang janji lepas ni tak akan tutup lampu dah. Sekarang Imah tidurlah,”kata Fariz dengan perasaan serba-salah. Fariz merebahkan tubuhnya perlahan-lahan Fariz menarik Fatimah baring disampingnya.

          “Abang boleh tak Imah nak peluk abang? Imah takut,”tanya Fatimah sambil memandang Fariz.

         “Peluklah, abang tak kisah,” balas Fariz dengan terpaksa. Fatimah segera memeluk tubuh Fariz.

          Fariz membiarkan saja Fatimah memeluk tubuhnya. Walaupun tidak ada perasaan cinta terhadap Fatimah tapi Fatimah tetap seorang perempuan yang boleh merangsang nafsu lelaki.

         “Huh... nampaknya malam ni susahlah aku nak tidur. Macam mana nak tidur kalau lampu terpasang terus ni,”rungut hati kecil Fariz.

           Memang benar malam ini Fariz memang sukar untuk melelapkan matanya. Dengan lampu terang-menerang didalam bilik. Sedangkan Fatimah yang berada di sebelahnya sudah pun lena di ulit mimpi. Fariz pandang wajah Fatimah yang kelihatan cantik ketika tidur. Sangat berbeza ketika Fatimah tidak tidur. Kerana Fatimah selalu akan memuncungkan mulutnya jika dia tidak tidur.

         “Kau ni cantik. Tapi sayang sebab pemikiran kau masih belum matang walaupun dah berumur 22 tahun,” gumam Fariz. Lama-lama Fariz tertidur juga.

 

             

Selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience